Sunday, October 30, 2011

EhEm, NeGeRi SeMBiLaN tU NeGeRi SaYa


ASSALAMUALAIKUM WBT




Saya nak cakap sikiiiiit je hari ni.


Saya lahir dekat KUALA PILAH.


Kampung saya dekat GEMAS dan REMBAU.


Rumah dan sekolah saya dekat GEMENCHEH.


Tempat shopping saya pulak dekat TAMPIN.


Kalau rajin nak jalan jauh, saya pergi SEREMBAN.


Sekolah adik-adik saya dekat BATU KIKIR


Dan walaupun saya tak kuat makan cili api,


Tapi saya NEGERI SEMBILAN dan spain sejati..


ALHAMDULILLAH, Abang Hai-O dan Kunalan dah kasi kembang Tuanku Besar,


Aku memang dah sedia kembang, ok bye!



Kandid by Haajar malam tadi.
Tak mampu pegi stadium, Mek Ayam Goreng pun jadi.
Kau mampu?



p/s: my secret of confident = eyeliner... (tibe-tibe)

Friday, October 28, 2011

FiNaNcE, Aa Aa AiSHiTeRu...


Assalamualaikum wbt



Memang macam nak gila aku bila fikir test this coming Monday. Dan-dan terus menyesal tak sambung law sebab kau bagilah kitab tebal mana pun aku tak kisah as long as menghafal dan pandai-pandai kaulah nak kasi faham macam mana kan. But this FINANCIAL MANAGEMENT punya subjek seriyes kasi aku senggugut yang kaw-kaw punya even aku datang bulan pun tak pernah senggugut haaa macam mana nak buat tu?




Memanglah kalau nak cakap faktor aku amat rajin ke kelas FINANCE ni agak banyak jugak like aku as a class rep wrap kena standby awal dekat kelas. Ambik projector dekat cempaka. On call sentiasa kot-kot Sir bagitau yang dia akan lambat masuk kelas (even he always earlier than me). Nasib baik Sir FINANCE aku SUNGGUH COMEL. Sungguh tak ada faktor yang lebih kukuh untuk aku datang ke kelas FINANCE selain daripada itu. Sungguh weh sungguh!




Sekarang aku baru habis baca chapter 3 out of 4. Baru habis BACA padahal kau harus faham bila FINANCE punya subjek maka it's automatically has nothing to do with reading kau faham kan kan kan? Then kalau begitu, latihan kira-kira semua topik tu kau rasa aku dah buat sampei mana yaw? 




Oh Tuhan, minta nyawa, minta nyawa...




Gambar ditaja oleh Encik Google
(Untung la kalau ada ada pria in accountancy or business yang sudi dekat aku. Boleh cari alasan nak dating.)

Thursday, October 27, 2011

BeRsEdErHaNaLaH SaMbUt DeEpAVaLi

Assalamualaikum wbt



Macam hapa ntah aku bilang begitu pada tajuk entri hari ini. Kau tahu betapa aku ingin sangat menulis dan menceritakan every single thing yang aku buat setiap hari tapi macam tak senonoh pulak kan perangai. Tapi fine, sebab kali ni memang tak rajin pun nak ber'hand's talking' sangat maka saya tujukan kepada CIK HANI AFIQAH yang MEMANG DAH LAMA GILA TAK NAMPAK MUKA DALAM BELOG NI maknanya dah LAMA GILA TAK JJCM LA KAN tapi tu bukan bermakna Linda yang sering tertera di sini menggantikan beliau NO LAH NO NO, beliau tu hos jemputan macam biasalah kan bila dah seKOLEJ so keluar pun nak seSAMA yuno. 




Linda kau jangan sentap no intention here just nak kasi CIK ANI BELOVED sorang tu yang pagi-pagi dok 'GUD MORNING SUNSHINE' dekat aku tapi batang hidung bapaklah lama gila tak nampak tu haaa sedar diri sikit bahawa berkurun sudah dia menghabaikan aku yang sebatang kara dekat melati ni haaaa kau tengok Jah bagaimana aku punya introduction kata je malas nak tulis tadi...


So lokasi terpilih kali ini ialah EAT LAUGH SHARE sempena hari rabu (hari tiket murah cinema semalaya) dan juga Deepavali. (terima kasih haajar sebab kotakan janji kau untuk tak makan pizza ini tanpa aku terlebih dahulu.) Jadi beginilah cara kami menyambutnya.




Pergi PIZZA HUT yang agak-agak cukup untuk minyak kereta sewa viva yang tengah mengerlip itu.




SACC MALL menjadi pilihan walaupun kau memang takkan nampak any evidence bahawa itu adalah SACC MALL. Fine!




 
Dan camwhore dengan rakus seperti tiada manusia lain yang wujud di kawasan kejadian.




Makan dengan penuh berselera ditambah lagi dengan choco shake itu. (betulkah itu namanya choco shake aja?)




Terus tukar tempat sebab kesian ajaa ambik gambar solo.




Terus merakuskan diri lagi. Linda kau sangat cumel dalam gaya ni sumpah!




Buat gaya model nak kasi cover line aksi cumel tadi. Dan aku tercabar dengan bakat model kau itu sila jangan buat perangai begini lagi lain kali ok.




Si single tadi yang masih tak puas camwhore. (Tolonglah pilih beliau sebagai teman hidup supaya tiada lagi gambar single begini.)




Motif gambar? Tak faham kenapa semenjak dua menjak ni aku jatuh cinta dengan kau Haajar. Hani Afiqah masuk line cepat sebelum aku songsang terus...!!!



p/s: bila buat nota tak siap-siap maka itulah faktor entri seperti ini wujud. tq

Saturday, October 22, 2011

ReMiNd Me..! ImMaLsO a hUmaN GeT iT?


Assalamualaikum wbt



Sikit je nak cerita pasal sentap dengan member sendiri. Bukan member la. It's more to 'team' member and obviously you know what 'team' that I in recently. MCC yeah that's definitely the only one I mean. Memang lumrah manusia kan kalau buat baik berjuta lemon epal stoberi banana orang sikit tak mau pandang apatah lagi nak appreciate. Tapi a single little mistake U did bagai nak terkeluar bijik mata dok canang perli-perli kasi mesej sentap menusuk kalbu dan jiwa raga whohooo I honoured sumpah!




Kak, lain kali dengan saya ni kasi direct je. I do remember my duty dan anak-anak buah yang seangkatan dengannya. If there's sudden lack about that, KOL! Bukan CALL nak bazir-bazirkan your precious credit, it means ALERT in term of mine. Tak kiralah dengan apa cara sekalipun as long as it direct towards me. Yuno, it did happened sometime especially when you feel terrible with something around. And tak dinafikan it's my duty to remind my mentees blah3 macam budak kecik and so on tapi kalau dah manusia lah namanya kan, I do forget and do mistakes.




Untung la kau dapat balik every week tak macam aku rumah jauh nak mati weh so sometimes kalau sistem saraf gagal berfungsi dengan normal sebab eksaited terlampau itu kau harus faham. Another word, be straight to me cause I'm naturally behave that way. Jangan sampai disebabkan aku annoying dengan kau aku annoying dengan satu team ni. 




p/s: mood nak balik dah spoil... demmmmm!

Thursday, October 20, 2011

OnEGaiSHiMaS...!!!


Assalamualaikum wbt


Masih nak cakap pasal minggu lepas sebenarnya. Ya, memang banyak benda nak cakap. Birthday daddy and bestfriend jatuh pada hari yang sama itu you ols tahu kan? Tapi ada sorang lagi yang aku tak pernah mention dekat sini birthday siapa yang jatuh pada hari 15 oktober itu. Donghae oppa. Kau kenal kenal lah. Tak kenal sudah lah. Aku masih mengaku kau kawan aku jangan gundah gulana disebabkan hal kecik begitu. Ok wish entry yang ketiga aku tujukan kepada,




LEE DONGHAE 
yang ke-25




Tak sempat nak edit konon ambik gambar ni sama-sama dengan abang Donghae la padahal google je. Ok no further komen sebab kawan-kawan tertentu je tahu siapa itu Lee Donghae bagi aku. Anyway, terima kasih kepada encik google. Lebiu.




Jadi begitulah secara ringkasnya. Lain kali beruang dalam kepala 15 OKTOBER adalah sambutan birthday yang paling ramai committee members nya iaitu DADDY, BFF dan DONGHAE. Macam gila tak perangai bila nak sambut birthday committee yang last sekali tu? Ok, gomen. Natural Ain Natasha memang macam tu sila bawak bersabar.




Seterusnya 15 OKTOBER hari tu juga adalah hari di mana 2 event yang aku join berjalan serentak. A DAY WITH MCC as Biro Promosi dan Publisiti tapi tak berapa nak promote sangat la kan dan juga tak ada gambar obviously sebab aku busy sebelum event je. And pada hari kejadian aku cabut pegi another event which is Japanese Festival aka J-FEST (which the one that I joined) alaaa as Biro Makanan je. Tapi kalau dah Japanese tu apa lagi, sushi, onigiri, mee jepun segala (yang aku tak tahu nama) of course la menjadi makanan sepanjang hari baik kau cakap bahagia ke tak bahagia?




Thanks to fay ex-rumet saya (the one on the left) sebab invite me to be part of the committee.




Dan for those yang rasa familiar dengan beliau, itu Wani. 
BLS part 3. Also committee partner yang tukang kepal-kepal onigiri.




Moral of the story, kalau join apa-apa program, jadilah biro makanan. Daebak!



Dan memang taklah aku nak list satu-satu game yang ada sepanjang hari tu. So, in conclusion, pertandingan cosplay adalah yang paling best sebab tengok contestant pakai costume character anime yang memang satu haram pun aku tak kenal nama dia. Kang aku letak snow white, repunzel, little red riding hood kang ?????



Tak tahu




Tak kenal




Tak sempat nak baca komik dia




Tak faham




Tak minat




Tak minat jugak.




Tak tahu apa motif.




Ok yang ini sebab saya memang sayang dia muah muah muah seribu kali. Bukti? Kelik sini tenkiew...





Dan sebab tak sempat nak merasa pakai yukata begini...
Sekali lagi terima kasih encik google.




Pakai ini pun jadi. Dan pun tak tahu apa nama dia. Teruk kan perangai? Ada hati pulak nak mengaku committee Japanese Club. Gelilah woih.



Dan akhir sekali, saya cuma nak cakap saya dah pandai buat sushi...!!! (hidung kembang kempis)

Wednesday, October 19, 2011

NuRuUuUuLLLL.... kOL...!


Assalamualaikum wbt u olls...


Serious weh aku rasa bersalah dekat budak sekoq ni. Dah la aku tak wish birthday dia hari tu. Fesbuk tak, mesej tak, kol apatah lagi. Kuang hajau kan? Lepas tu bila dia kol, memanjang je aku nak bizi. Sampai last dia siap pesan, kalau kau free miskol la. Itu pun aku tak mampu nak buat. Yang ni baru boleh kau nak cakap KAU MAMPU dekat aku. Memang seriyes dasat punya perangai seorang BFF kepada BFF nye yang lain macam ni. (Muka sadis)




To Nurul Nabihah aka BIBAH.




Sebab birthday kau sama dengan daddy so of course aku harus utamakan entry untuk daddy bukan, nanti kalau tak ada duit belanja nanti menangis kau siapa nak jawab? Kau sila buat-buat terharu walaupun entry ni aku tulis dengan tergesa-gesa dan nak kata penuh perasaan itu tidaklah sebab tu aku tak rasa aku boleh buat kau terharu dengan beberapa perenggan ini. Aku seriyes sibuk yang teramat. Makan minum terabai. Kesihatan pun terabai. Nak buat macam mana tak ada orang nak beri kasih sayang. Sadis lagi tak?




Maka aku buat keputusan, entry khas untuk kau aku postpone dulu. Sebab 24 jam aku bukan untuk aku lagi dah. Menangis diari aku pasal banyak gila page kosong. Postpone-postpone jugak. Tapi aku still nak wish dekat kau









Dah. No further comment. Selamat mendaftar SPR!

Saturday, October 15, 2011

pEsaN DaDdY


Satu. In term of relationship.

  • Walau sibuk macam mana pun, jangan lupa jenguk atok wan, nenek,, mak pak sedara kau. Sok kalau kau susah diorang la tolong. 
  • Macam mana bergaduh pun dalam adik beradik, jangan tak bertegur.
  • Tolong mak kat rumah. Jaga adik-adik.




Dua. In term of saving.

  • Duit tu jimat. 
  • Jangan rajin shopping. 
  • Beli makanan. Isi perut tu. 
  • Tak cukup duit telefon ayah. 
  • Jangan pinjam duit kat orang.




Tiga. In term of safety.

  • Pakai seatbelt. 
  • Pegang stereng betul-betul.
  • Nak melintas tengok kereta kiri kanan. 
  • Kalau nak jalan jauh, check minyak hitam dengan air.
  • Jangan seronok-seronok time tengah bawak kereta.




Empat. In term of study.

  • Belajar sungguh-sungguh.
  • Ayah sentiasa ada di belakang along.
  • Tunjuk contoh untuk adik-adik.




Lima. In term of future.

  • Sok kau kahwin tak payah membazir, buat yang wajib je.
  • Tak payah cari orang jauh-jauh.



^_^

Daddy, wish you 

Happy 52nd Birthday!

minta ampun sebab tak dapat balik buat kek untuk ayah. next week along promise!

stay strong and healthy,
i love u <3

Friday, October 14, 2011

sHe'S tYpe B!


Assalamualaikum wbt


Bukan senang nak dapat courage untuk merelakan diri di tembak dengan jarum dan tiub besar itu nak bagi darah pada Tabung Darah Negara. (muka bangga). Ok siapa cakap derma darah scary? Siapa cakap derma darah sakit? Boleh menangis sekarang sebab abang senior fac mathematic yang laid besides me semalam cakap,




“derma darah ni bagus. dia kasi cuci toksin yang ada dalam badan kita ni dan ganti dengan darah baru.”




Yeke bang? Sebab abang lelaki mana datang bulan memanglah darah kotor tak keluar. Kitorang yang perempuan ni lain sikit. Mujurlah aku senyum je. Kalau aku jawab macam tu semalam, confirm abang tu sentap.




Tapi seronok jugak main cucuk-cucuk semalam. Memang at first rasa nak lari tengok kakak nurse tu set up tabung darah dia, jarum, tiub, plastic bag darah tu semua rasa macam masuk bilik operation yuno. Tiba-tiba eh, bila masa darah ni keluar. Pandang tangan je nampak tiub tu dah merah. Plastik bag tu pun dah suku darah penuh. Apakah ini mimpi? PAAAAAAANG! Ambek kau.




Lokasi: Menara S&T. (menara faveret yg berkembar tu).
Waktu: Aku pergi semalam time lunch hour
Procedure: Isi borang, check darah, ckeck up borang dan boleh baring atas kerusi tu.




Oooh, itu adek Leeya, yang sama-sama eksaited nak derma darah beliau 4 the 1st time.
(samew lew kitew)




Adek Roy. Yang dah 5 kali derma termasuk yang ni. Padahal cakap datang nak teman je.




Satu-satunya gambar yang ada gambar aku. Gambar baring masa ambik darah tu tak ada pasal malu dengan abang sebelah tu kang apa pulak pandangan masyarakat terhadap aku baring sebelah lelaki begitu pergh. Anyway, nampak wajah satisfied pegang sijil tu?




 Dan yang penting jugak dapat makanan free.




Dan yang penting lagi dapat certificate dari Pusat Darah Negara.




Dan pil kasi tambah darah dengan saguhati berupa key chain huruf B sempena jenis darah aku. YEAY!!!



Anyway, tolong jangan gelak sebab aku baru tau yang I’m a B type. Sumpah selama ni ingat aku type O. bajet nak ‘O’ for ‘Ocha’ sangat kan. Sekali kakak tu check, haaaah, bagai nak rak aku kena gelak dengan budak-budak ni. Sumpah kena bahan abes.




And sila cakap YES dengan fakta ini. Penat akak google tadi. Ok bye!




Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)



  • Pantas membuat keputusan
  • Boleh menjadi sangat fleksibel
  • Tidak kisah pada peraturan
  • Menghormati penemuan sains dan perkara praktikal
  • Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam. 
  • Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan
  • Kelihatan tidak sabar
  • Tidak sukakan kerja yang berulang
  • Golongan yang periang
  • Memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. 
  • Tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar
  • Boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar
  • Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan. 
  • Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif.
  • Walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu
  • Cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca
  • Tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa
  • Kreatif dan memiliki idea baru
  • Tidak boleh membezakan kerja dan hobi
  • Sukar menerima arahan
  • Tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif
  • Tidak takutkan kritikan.



Untung la orang darah B i buat entry special untuk u olls. Yang bukan darah B, kelik sini untuk keterangan lanjut. Ok meow~

Sunday, October 9, 2011

tExT mE ^_^


Assalamualaikum wbt.


Lama bebenau rasa tak post entry pasal jalan-jalan cari makan kat sini yaw. Asyik-asyik dok cerabih pasal boipren yang tak penah-penah wujud tu haa bakdatang kau mana abang MPP yang nak suoh hantaq cincin hari tu? Nasib baik semalam terajin pulak nak teman Si Mazlinda tu berchopping beg kat JJ so I dengan Haajiaq (Haajar versi Dol) pun keluaq together-gether yuno. Hani excepted sebab ada dating meeting dengan someone tak tahu sapalah dia yang cakap tapi yang penting Kak Long restu kitorang keluaq (walaupun malam tu dia dok bising dekat wall fb jugak).




Sekarang Kak Long, sila jeles lagi. Entry ni memang I hapdet khas untuk you dengan harapan hajat adik kecik kita yang dok mengidam Sunway tu tercapai haaa tengok perangai hapdet blog sebab nak menunjuk kang cakap Ocha makan grand brilliant apa barang makan kedai mamak padahal kau tak tahu duit makan dekat Kenny Rogers tu duit belanja makan yang aku simpan seminggu weh. Gila sesedap rasa mulut kau bercakap.




Tu sementara tunggu abang teksi sampai, kita pose sikit. Alaaa, kawasan uitm je tak ada apa yang menarik pun lainlah kalau korang nak cakap kagum sangat tengok bas uitm dengan fac engine kat belakang tu kan…









Kanak-kanak riang nama dia Haajar.




Dah plan dah nanti sampai je JJ ingat nak serbu Nando’s pasal tak pernah try bajet confident sangat la nak masuk. Sekali tengok menu semua muka macam kerang wangi baru lepas mandi tersengeh-sengeh faham maksud tersirat dalam hati very the telephaty dan blah dari pintu masuk Nandos tu dengan muka tak besalah.




Maka untuk selamat, masuklah Kenny Rogers sebab perut lapaq gilos memang sumpah kepala gajah pun boleh telan waktu tu. Kang masuk Nandos tapi tak tahu nak makan apa dah la mahal sekali tak menepati tekak dan perut dah menyumpah. Tapi bila dah masuk Kenny tu terus pulak bertukar terencat aku tak tahu faktor apa kami dok jadi lagu tu Jah.





See the background? Mana ada orang sebab tu kau berani berleluasa dok ambek gambaq tak ingat dunia sampai aku rasa waiters lagi ramai daripada customers haa macam mana tu?




Saja posing mesra nak kasi Kak Long Hani jeles. Haa tu dia dah geram.




Saja jugak nak bagitau Kenny Roger ada menu MEXICAN BAKED FISH padahal tak order benda tu pun kata nak bagitau kan haaa itulah suka buat iklan tak berbayar dah jadi habit pulak rasa.




Menu Linda aku tak hafal nama dia tapi standard punya set la cuma kemain segala benda dok vegi dalam pinggan ko ni weh Linda kagum aku tengok tak tahu bila aku nak berperangai macam ko ni asyik dok makan lemak je.




 Hajiaq dengan set 'anak angkat' beliau pasal 'anak kandung' dia sebenaqnya yang ni...




Macaroni Cheese hambek kau ni masuk sauna lapan hari lapan malam pun belum tentu hilang lemak ni. Dah tersilap order nak buat macam mana maka aku pasrah je tukar menu dengan budak kecik tu untung la dapat kakak bertoleransi dan berdedikasi begini kan Haajar kan kan kan.




Tapi sebab dia 'anak kandung' aku, aku nak pose jugak dengan dia tak kira!




Tapi part yang tak boleh blah tu aku datang nak teman Linda shopping sekali aku dulu yang sambar baju dekat Voir tu masuk fitting room hoh pedia perangai terok sangat nih.




Beli t-shirt je pun. Itu pun nak over.




Tapi tak seover kanak-kanak ni melampau sangat perangai habiskan 3 ringgit beli token semata-mata nak main tembak-tembak tu. Memang patut la tak layak kawen lagi entah orang ingat korang ni tak akil baligh lagi ke hapa ntah.





Over kau dalam fitting room pun nak snap gambar. Bersih lagi nama kau Haajar, suci lagi nama kau Linda pasal tak ada bahan bukti yang korang pun sakan masuk fitting room semalam. Aku letak gambar ni pun sebab nak bagitahu baju tu aku punya next aim. Semalam dah rembat jeans dengan t-shirt tadi maka kena tune nafsu jadi waras kembali. 




Sekian. Lepas ni boleh shopping JJ selalu pasal mana tahu ada lagi bakal menantu ibu bapa di kampung bakal tersangkut. Ok, text me!




P/S: kau apahal tajuk karangan tak sama dengan content? potong markah!

Friday, October 7, 2011

I hEaRd ThaT aGaiN




Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat semuwaaa...!!!
(nada gembira)


Ini cerita minggu lepas achelly. Lambat sikit update pasal over malas dan bizi. Masa balik rumah hari tu saja la mengadap mak aku yang tengah gunting baju si tomato tu. Tak tolong apa pun, memang tolong tengok semata-mata. Tiba-tiba member aku mesej ajak lepak Alam Sentral padahal dia tak tahu aku balik rumah ni. Tu dia mak aku dok jeling semacam. Aku ingat dah tak dengar dah "ayat" tu, sekali bila mak bukak mulut...




Mummy: Kau ni dah patut mencari dah.



(muka blur selepas enamplohsaat baru digest soalan)



Me: Cari? Rilek la mak, baru 21.



Mummy: Habis kalau kau nak kahwin 25, takkan 25 baru nak cari.



Me: Siapa nak kawin 25. Paling awal pun 30 kot.



Mummy: Hoih. Agak-agak sikit kau ni nak kawen 30.



Me: Alah, ok apa. Banyak benda nak kejar ni mak. Nak senang mak ayah, nak sara adik-adik. Keluar kereta satu, rumah sebijik (hujah standard). Lepas tu baru cari laki.



Mummy: Tak payah nak beriya pikir mak ayah ni. Cari calon je dulu. Bukannya mak nak suruh kau kahwin terus.



Me: Bukan tak cari mak. Ada pun tak berguna nak buat apa.



(mak aku gelak)



Mummy: Tak berguna macam mana pulak?



Me: Yang suka kat along tu semuanya hampeh. Yang tak hampeh tu pulak masalahnya tak pandang along ni haa camne?



(mak aku gelak lagi)




Muka tension, aku sambung reply mesej member aku yang dok ajak melepak dekat Alam Sentral tadi. Gila menyesal menebeng depan mak. Tapi kesimpulannya mak dah tak sabar nak menantu. Bakdatang abang MPP orang Pahang tu hantaq cincin kat Negeri Sembilan meh...

Monday, October 3, 2011

10 tHiNgS wE tHiNk We NeEd BuT wE dOn'T



Bismillahirrahmanirahim 
Assalamualaikum wbt...



Cleo bulan ni agak best. Lagi-lagi cover page Chuck and Blair gossip girl maka angin marah, angin lintang pukang habis hilang semua. (Padahal tak ada kena mengena pun). Tapi ada benda best nak kongsi. 10 benda yang kita rasa kita perlu tapi sebenarnya kita boleh cakap I DON’T CARE pada benda tu. (intro tak boleh panjang-panjang pasal bawah ni laaaaaagi berjela) ^_^



PLASTIC SUGERY -  Obviously u ollz tahu itu HARAM di sisi agama. Tapi tak mustahil bila sampai satu tahap iman tu bergoyang sikit hei ada yang pernah terfikir tau. Nauzubillah kau. Janganlah sampai begitu. Allah tu cantik. Maka semua makhluk ciptaannya cantik-cantik belaka. Boyfriend kau nak kau jadi macam Angelina Jolie? Hang suoh dia pi kawen dengan minah tu. Banyak songeh nak bini lawa tapi muka dia macam Brat pitt ka? Cer tengok cermin sikit.



USELESS KITCHEN GADGETS – Yang banyak keluar dekat Smart Shop dolu-dolu kan macam pisau elektrik la, pembuat roti la, pembuka tin automatik la, padahal nak apply secara manual pun bukannya susah. Tu bakdatang automatik segala nampak sangat pemalas. Kalau pemalas toksah pi masuk dapoq dik. Pi drive tru breakfast, lunch, dinner semua. Senang laki hang bagi reason bukak cawangan lagi satu.



AZAM TAHUN BARU – Part ni aku terasa sikit. Bukan takat tahun baru, sem baru pun nak berazam haa apa kes? Lepas tu asyik fail then recycle balik azam yang sama tahun depan. Daripada dok pi mai pi mai tang tu, ada jugak pekdah kalo kita kasi fire up mood sendiri then improve dan-dan tu jugak. Nak tunggu sampai new year? New sem? Bertangguh tu pun amalan syaitan yuno.



SERBABOLEH – Memang baguih la orang yang boleh dok buat semua kerja dalam satu masa ni. Pagi-pagi siap breakfast untuk adik-adik, pergi kelas, remind lecturer kelas dah tukar ke pukul 2, lunch break pergi fotostat notes, sebelum kelas start discuss assignment dengan classmates, siapkan homework last minute, ambik projector, edarkan notes yang baru fotostat tadi, terkial-kial catch up tajuk lecture dalam kelas sambil dok tahan pedih perut pasal skip lunch lepas tu berangan pikiaq petang nak masak apa untuk adik-adik padahal dia yang terliur nak makan. See the effects? Tak payah tamak berlagak macam KAU MAMPU buat semua kerja padahal energy kau hilang, masa kau terbang, diri kau lintang-pukang. Fokus tu penting!



SeGAZILLION FB FRIENDS N TWITTER FOLLOWERS – Ek hem, kakak yang hujung sana tu sila terasa. Ooh, cik abang yang rambut terpacak tu pun sila sentap. What’s the point you all ada beribu of them kalau setakat contact 10 orang je? Ok la. Let say 100. The rest hang campak pi mana? Bajet hot kah kau kalau orang tengok pergh-1000-friends-budak-ni-mesti-hangat-di-pasaran and depa add hang and hang pun approve. Tu tak apalah. Kalau hang yang dok gatai pi add depa tu padahal tak kenai pun WHAT THE HAL GILA?



KASUT HITAM YANG SAMA STYLE – Unfortunately, aku ada sorang kawan yang masuk kategori ni. Sumpah dah berapa pasang style kasut macam tu yang dia ada, tapi bila keluaq dengan dia, had tu jugak dia dok kejar. Apakah merah itu tak menarik? Kuning itu tak awesome? Sapphire blue itu ketinggalan zaman? Flat, wedges, heels, hitam sehitam-hitamnya. Who cares how many pairs you have anyway? Nak style pun variety la sikit nok.



BOYFRIEND 4 HAPPINESS -  Siapa cakap single bosan? Aku pernah ada boyfriend 2 bulan tapi menyusahkan dan menjengkelkan dan SERABUT. Terjumpa Mr.Wrong nak buat macam mana kan. And of course you can list all the cool stuff he can do for you but expecting them as the main reason to make you happy is NOT SO COOL. Single pun boleh gembira apa. Nak keluar dengan lelaki mana pun boleh. Nak mesej ke, nak call dengan lelaki mana pun hang buleh buat hang punya suka. Tapi agak-agak dik, hang perempuan Islam. Tadi tu ayat propa ja hang jangan gatai dok ikut pulak aku kerat hang lapanpulohlapan kang.



PUASKAN HATI SEMUA ORANG – Memang termasuk dalam ketegori yang kita tak berapa nak perlukan. And of course yang ni sebijik kena dekat muka aku. Tak boleh nak bodohkan semua orang dengan berpura-pura baik sebab kita bukan TUHAN untuk melakukan semua benda dengan sempurna. Kalau feeling detector kau cakap kau dah berubah all you can do is admit it. Because sometimes, God gives you no options. YES I’VE CHANGED. Terus terang saja tang mana tu yang berubah. If I did upset your feeling, BITE ME!



DILAYAN MACAM PWINCESS – Tak perlu expect orang untuk layan you allz macam tu sebab you allz sendiri boleh layan diri you allz macam QUEEN. Besides, kalau hang pun tak mampu nak treat orang sebaik pwincess, jangan mimpilah nak orang treat hangpa lagu tu. Bajet hangpa hot sangatkah? Gossip girl macam aku?



Last weh last. FABULOUS CLOTHING – Pada harga yang tak masuk akai pulak tu. Hang bukan artis nak pakai baju sekali seumoq hidup. Buleh main pakai buang gitu. Recycle, mix and match, redesign (kalau hang pandai jahitlah), obviously jimat separuh akaun saving. Tu dok beli baju mahal-mahal sekali tak muat kan dah membazir. Kalau dah muat, time tu lah nak baju lain pulak. Pedia perangai tak senonoh lagu ni haaaaai, budak-budak zaman sekarang. (hang terasa tak?)



Memang 10 benda ni berbeza. Tapi satu conclusion yang aku boleh buat kat sini, PEOPLE KEEPS CHANGING. Yes, including me. Berubah ke arah lebih baik atau berubah ke arah lebih buruk, nobody knows me better than I.



p/s: Lecturer saya cakap, different is good cause it makes you better. Why don’t you do the same.


the history

Followers