Assalamualaikum wbt.
Lama bebenau rasa tak post entry
pasal jalan-jalan cari makan kat sini yaw. Asyik-asyik dok cerabih pasal
boipren yang tak penah-penah wujud tu haa bakdatang kau mana abang MPP yang nak
suoh hantaq cincin hari tu? Nasib baik semalam terajin pulak nak teman Si
Mazlinda tu berchopping beg kat JJ so I dengan Haajiaq (Haajar versi Dol) pun
keluaq together-gether yuno. Hani excepted sebab ada dating meeting
dengan someone tak tahu sapalah dia yang cakap tapi yang penting Kak Long restu
kitorang keluaq (walaupun malam tu dia dok bising dekat wall fb jugak).
Sekarang Kak Long, sila jeles
lagi. Entry ni memang I hapdet khas untuk you dengan harapan hajat adik kecik
kita yang dok mengidam Sunway tu tercapai haaa tengok perangai hapdet blog
sebab nak menunjuk kang cakap Ocha makan grand brilliant apa barang
makan kedai mamak padahal kau tak tahu duit makan dekat Kenny Rogers tu duit belanja
makan yang aku simpan seminggu weh. Gila sesedap rasa mulut kau bercakap.
Tu sementara tunggu abang teksi
sampai, kita pose sikit. Alaaa, kawasan uitm je tak ada apa yang menarik pun
lainlah kalau korang nak cakap kagum sangat tengok bas uitm dengan fac engine kat belakang tu
kan…
Kanak-kanak riang nama dia Haajar.
Dah plan dah nanti sampai je JJ ingat nak serbu
Nando’s pasal tak pernah try bajet confident sangat la nak masuk. Sekali tengok
menu semua muka macam kerang wangi baru lepas mandi tersengeh-sengeh faham
maksud tersirat dalam hati very the telephaty dan blah dari pintu masuk Nandos tu dengan muka tak besalah.
Maka untuk selamat, masuklah
Kenny Rogers sebab perut lapaq gilos memang sumpah kepala gajah pun boleh telan
waktu tu. Kang masuk Nandos tapi tak tahu nak makan apa dah la mahal sekali tak
menepati tekak dan perut dah menyumpah. Tapi bila dah masuk Kenny tu terus pulak bertukar terencat aku tak tahu faktor apa kami dok jadi lagu tu Jah.
See the background? Mana ada orang sebab tu kau berani berleluasa dok ambek gambaq tak ingat dunia sampai aku rasa waiters lagi ramai daripada customers haa macam mana tu?
Saja posing mesra nak kasi Kak Long Hani jeles. Haa tu dia dah geram.
Saja jugak nak bagitau Kenny Roger ada menu MEXICAN BAKED FISH padahal tak order benda tu pun kata nak bagitau kan haaa itulah suka buat iklan tak berbayar dah jadi habit pulak rasa.
Menu Linda aku tak hafal nama dia tapi standard punya set la cuma kemain segala benda dok vegi dalam pinggan ko ni weh Linda kagum aku tengok tak tahu bila aku nak berperangai macam ko ni asyik dok makan lemak je.
Macaroni Cheese hambek kau ni masuk sauna lapan hari lapan malam pun belum tentu hilang lemak ni. Dah tersilap order nak buat macam mana maka aku pasrah je tukar menu dengan budak kecik tu untung la dapat kakak bertoleransi dan berdedikasi begini kan Haajar kan kan kan.
Tapi sebab dia 'anak kandung' aku, aku nak pose jugak dengan dia tak kira!
Tapi part yang tak boleh blah tu aku datang nak teman Linda shopping sekali aku dulu yang sambar baju dekat Voir tu masuk fitting room hoh pedia perangai terok sangat nih.
Beli t-shirt je pun. Itu pun nak over.
Tapi tak seover kanak-kanak ni melampau sangat perangai habiskan 3 ringgit beli token semata-mata nak main tembak-tembak tu. Memang patut la tak layak kawen lagi entah orang ingat korang ni tak akil baligh lagi ke hapa ntah.
Over kau dalam fitting room pun nak snap gambar. Bersih lagi nama kau Haajar, suci lagi nama kau Linda pasal tak ada bahan bukti yang korang pun sakan masuk fitting room semalam. Aku letak gambar ni pun sebab nak bagitahu baju tu aku punya next aim. Semalam dah rembat jeans dengan t-shirt tadi maka kena tune nafsu jadi waras kembali.
Sekian. Lepas ni boleh shopping JJ selalu pasal mana tahu ada lagi bakal menantu ibu bapa di kampung bakal tersangkut. Ok, text me!
P/S: kau apahal tajuk karangan tak sama dengan content? potong markah!
No comments:
Post a Comment