Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum wbt...
Cleo bulan ni agak best. Lagi-lagi cover page Chuck and Blair gossip girl maka angin marah, angin lintang pukang
habis hilang semua. (Padahal tak ada kena mengena pun). Tapi ada benda best nak kongsi. 10 benda yang kita rasa kita perlu tapi sebenarnya kita boleh cakap I
DON’T CARE pada benda tu. (intro tak boleh panjang-panjang pasal bawah ni laaaaaagi berjela) ^_^
PLASTIC
SUGERY - Obviously u ollz tahu itu HARAM
di sisi agama. Tapi tak mustahil bila sampai satu tahap iman tu bergoyang sikit
hei ada yang pernah terfikir tau. Nauzubillah kau. Janganlah sampai begitu.
Allah tu cantik. Maka semua makhluk ciptaannya cantik-cantik belaka. Boyfriend
kau nak kau jadi macam Angelina Jolie? Hang suoh dia pi kawen dengan minah tu.
Banyak songeh nak bini lawa tapi muka dia macam Brat pitt ka? Cer tengok cermin
sikit.
USELESS KITCHEN GADGETS –
Yang banyak keluar dekat Smart Shop dolu-dolu kan macam pisau elektrik la,
pembuat roti la, pembuka tin automatik la, padahal nak apply secara manual pun
bukannya susah. Tu bakdatang automatik segala nampak sangat pemalas. Kalau
pemalas toksah pi masuk dapoq dik. Pi drive tru breakfast, lunch, dinner semua.
Senang laki hang bagi reason bukak cawangan lagi satu.
AZAM TAHUN BARU – Part
ni aku terasa sikit. Bukan takat tahun baru, sem baru pun nak berazam haa
apa kes? Lepas tu asyik fail then recycle balik azam yang sama tahun depan.
Daripada dok pi mai pi mai tang tu, ada jugak pekdah kalo kita kasi fire up
mood sendiri then improve dan-dan tu jugak. Nak tunggu sampai new year? New
sem? Bertangguh tu pun amalan syaitan yuno.
SERBABOLEH – Memang
baguih la orang yang boleh dok buat semua kerja dalam satu masa ni. Pagi-pagi
siap breakfast untuk adik-adik, pergi kelas, remind lecturer kelas dah tukar ke
pukul 2, lunch break pergi fotostat notes, sebelum kelas start discuss
assignment dengan classmates, siapkan homework last minute, ambik projector,
edarkan notes yang baru fotostat tadi, terkial-kial catch up tajuk lecture
dalam kelas sambil dok tahan pedih perut pasal skip lunch lepas tu berangan pikiaq
petang nak masak apa untuk adik-adik padahal dia yang terliur nak makan. See
the effects? Tak payah tamak berlagak macam KAU MAMPU buat semua kerja padahal
energy kau hilang, masa kau terbang, diri kau lintang-pukang. Fokus tu penting!
SeGAZILLION FB FRIENDS N
TWITTER FOLLOWERS – Ek hem, kakak yang hujung sana tu sila terasa. Ooh, cik
abang yang rambut terpacak tu pun sila sentap. What’s the point you all ada
beribu of them kalau setakat contact 10 orang je? Ok la. Let say 100. The rest
hang campak pi mana? Bajet hot kah kau kalau orang tengok
pergh-1000-friends-budak-ni-mesti-hangat-di-pasaran and depa add hang and hang pun
approve. Tu tak apalah. Kalau hang yang dok gatai pi add depa tu padahal tak
kenai pun WHAT THE HAL GILA?
KASUT HITAM YANG SAMA STYLE
– Unfortunately, aku ada sorang kawan yang masuk kategori ni. Sumpah dah berapa
pasang style kasut macam tu yang dia ada, tapi bila keluaq dengan dia, had tu
jugak dia dok kejar. Apakah merah itu tak menarik? Kuning itu tak awesome? Sapphire
blue itu ketinggalan zaman? Flat, wedges, heels, hitam sehitam-hitamnya. Who
cares how many pairs you have anyway? Nak style pun variety la sikit nok.
BOYFRIEND 4 HAPPINESS
- Siapa cakap single bosan? Aku pernah
ada boyfriend 2 bulan tapi menyusahkan dan menjengkelkan dan SERABUT. Terjumpa
Mr.Wrong nak buat macam mana kan. And of course you can list all the cool stuff
he can do for you but expecting them as the main reason to make you happy is
NOT SO COOL. Single pun boleh gembira apa. Nak keluar dengan lelaki mana pun
boleh. Nak mesej ke, nak call dengan lelaki mana pun hang buleh buat hang punya
suka. Tapi agak-agak dik, hang perempuan Islam. Tadi tu ayat propa ja hang
jangan gatai dok ikut pulak aku kerat hang lapanpulohlapan kang.
PUASKAN HATI SEMUA ORANG
– Memang termasuk dalam ketegori yang kita tak berapa nak perlukan. And of
course yang ni sebijik kena dekat muka aku. Tak boleh nak bodohkan semua orang
dengan berpura-pura baik sebab kita bukan TUHAN untuk melakukan semua benda
dengan sempurna. Kalau feeling detector kau cakap kau dah berubah all you can
do is admit it. Because sometimes, God gives you no options. YES I’VE CHANGED.
Terus terang saja tang mana tu yang berubah. If I did upset your feeling, BITE
ME!
DILAYAN MACAM PWINCESS
– Tak perlu expect orang untuk layan you allz macam tu sebab you allz sendiri
boleh layan diri you allz macam QUEEN. Besides, kalau hang pun tak mampu nak
treat orang sebaik pwincess, jangan mimpilah nak orang treat hangpa lagu tu. Bajet
hangpa hot sangatkah? Gossip girl macam aku?
Last weh last. FABULOUS CLOTHING
– Pada harga yang tak masuk akai pulak tu. Hang bukan artis nak pakai baju
sekali seumoq hidup. Buleh main pakai buang gitu. Recycle, mix and match,
redesign (kalau hang pandai jahitlah), obviously jimat separuh akaun saving. Tu
dok beli baju mahal-mahal sekali tak muat kan dah membazir. Kalau dah muat,
time tu lah nak baju lain pulak. Pedia perangai tak senonoh lagu ni haaaaai,
budak-budak zaman sekarang. (hang terasa tak?)
Memang 10 benda ni berbeza. Tapi
satu conclusion yang aku boleh buat kat sini, PEOPLE KEEPS CHANGING. Yes,
including me. Berubah ke arah lebih baik atau berubah ke arah lebih buruk,
nobody knows me better than I.
p/s: Lecturer saya cakap,
different is good cause it makes you better. Why don’t you do the same.
3 comments:
best lah ocha. so true! huhu
alamak terasa lak bab kasut, bab kau dah berubah haha...sorry dear..yg ritu just main2 tau.. :O
dik: originally from cleo, aku ejas sikit2..hehe. glad u like it ^_^
ajaa: haha, no worries.. no intention to point you out.. tp part feeling detector tu adela sket..kui3.
Post a Comment