Assalamualaikum wbt
Tak sia-sia balik rumah. Tahu kenapa? Manusia yang sekian lama tidak berjumpa dengan encik tv akan cakap begini;
"Kau tahu, Hawaii Five-0 season 2 dah broadcast dekat axn aku tak tahulah starting bila tapi yang pasti aku baru tengok eposiode satu tadi. Sambungan season 1 lepas McGarret kena tangkap sebab kononnya dia yang bunuh gabenor, tapi akhirnya dia dilepaskan sebab arwah ayah dia (arwah?) ok fine sebelum ayah dia mati, ayah dia sorokkan kamera video dekat pejabat gabenor tu then Danny dengan Chin jumpa, then Stve pun dilepaskan."
Ada macam ayat karangan UPSR tak weh? Fine, apa-apalah. Yang penting point aku kat sini 'SIAPA-SIAPA YANG ADA DONLOD TV SERIES INI SILALAH WAR-WARKAN KEPADA AKU. I TAK LELAP TIDO KALAU TAK TENGOK MCGARRETT SEHARI' (muntah)
Cuba angkat tangan sikit siapa-siapa yang muka cenggini?
Rasa-rasa nak jadi 2nd husband I tak?
1st husband of course I nak Melayu. Orang nogori kalau boleh?
Ok, kita kembali ke jalan yang lurus. Sekian.
Dan selain daripada McGarrett, saya juga ingin meng'war-war' kan kepada anda semua bahawa minggu ini saya balik sebab minggu depan saya tak balik. Sebab apa saya tak balik, sebab minggu depan akan lebih bizi daripada biasa. Dah minggu ke berapa? Yang kesepuluh. So macam biasa, time-time beginilah akan sibuk dengan assignment submission, presentation, plus this weekend, saya ada satu lagi event anjurran KELAB KOMPUTUR MELATI atau lebih dikenali sebagai MELATI COMPUTER CLUB (MCC) yang omputih always sounds commercial kan?
Dan saya sebagai timbalan pengarah projek, berasa sangat takut dan gementar memang kalau nak jumpa mak mertua pun tak takut macam ni sebab seumur hidup saya tak pernah handle projek melainkan handle rombongan ke Melaka masa zaman SPM dulu. Dan haruslah cuak sebab banyak halangan sebenarnya yang saya and the gang lalui. Oh, lupa nak cakap event apa. Ini...
Terima kasih kepada team promosi di atas poster yang omel ini. So, u ols, kami Kelab Komputer Melati akan mengadakan event Kembara Hati Bersama MCC which is, charity event yang melibatkan anak-anak yatim di Rumah Anak-anak Yatim Puteri Siti Khadijah dekat Meru Klang.
Dan of course, projek ni tidak menelan belanja yang banyak (even we hope it could be more), so harapan saya, kepada sesiapa yang bermurah hati ingin menyumbangkan sebarang bentuk bantuan tidak kiralah dari segi kewangan atau material boleh berhubung dengan Roy dengan Intan seperti yang tertera pada poster di atas ataupun kepada saya menerusi talian 013-4130579. (ini bukan promote number phone ok. hanya pertanyaan tentang charity event ini sahaja yang akan dilayan). So peeps, please show your concern towards society. Siapa tahu, sumbangan sikit pun dapat berkat. Dekan sem ni?
Tapi hati mesti ikhlas ok. Itu saja.
Lagu tema entry ni.
Walaupun lirik tak ada kena-mengena.
Tapi tajuk entry nak dekat sama kan kan kan?
So, aku tak pedulik.
Sekian,
Entry carca-marba ini dibawakan khas oleh,
perniagaan budu cap layang-layang.
p/s: tak ada pi es.
No comments:
Post a Comment