Akhirnya, aku keseorangan di UiTM ni.
(tajuk entry aku panjang gilo kan weh?)
ASSALAMUALAIKUM WBT
Semua orang dah balik kampung. Ye, aku tahu. Raya Haji dah dekat. Aku sepatutnya post pasal Raya Haji atau sesuatu yang sewaktu dengannya seperti mantai, semolih lombuu, bagaimana nak memasak nasik impit, rendang, kuah kachang dan sebagainya tapi aku tak mampu dik. Memang Melati ni sayang nak lepaskan aku rupanya. Anyway, kepada yang sudah selamat tiba di samping famili jangan lupa sinsing lengan tolong mak abah di rumah. Jadilah anak yang baik yang tak menghabihkan boreh ok.
Dan kepada insan yang bertuah itu,
TERIMA KASIH BANYAK WEH KORANG AKU YANG DAH SEPARUH MENTAL NI TERUS HIDUP SEMULA BILA DAPAT KELUAR DARIPADA SHAH ALAM PETANG TADI AND SUMPAH BEBAN MASALAH AKU HANYUT TERUS DAH HILANG SEMUA KUSUT SERABUT MEMANG KALAU KANAK-KANAK RIANG DI HARI RAYA, AKU LEBIH RIANG DARIPADA MEREKA. SEKIAN.
Maka, tips-tips menghilangkan tekanan hari ini, macam biasa, JALAN-JALAN CARI MAKAN edisi yang ke berapa aku tak tahu sebab memang dah lama gila tak gigih keluar bersama. Maka wajib terharu bila plan dua minggu lepas telah terlaksana jua akhirnya. (kesat air mata)
THE MANHATTAN FISH MARKET bersama duta beliau Cik Siti Wan Haajar, akhirnya lokasi we oll hari ni. Bukan sebab duit masing-masing tengah berkepuk dalam poket so dengan meriahnya kau nak melabur duit mummy and daddy di situ tapi sebab memang nak makan di situ. Tak payah blogwalking past entries sebab memang tak pernah JJCM di sini so this is the first time dan memang gayat habis kau tak payah tanya.
THE MANHATTAN FISH MARKET bersama expert Cik Siti Wan Hani merangkap kakak, merangkap tukang order merangkap driver merangkap ketua rombongan dan memang semua benda kau merangkap-rangkaplah kan gila!
Kan dah cakap memang wajah gayat sangat teserlah. Hani Apikah je behave dengan senyuman manis bak bergula bermadu bercreamer dan sebagainya sebab sebagai kawan kepada duta dia harus mengekalkan imej The Manhattan tersebut. Well done Hani! (tepuk tangan dengan meriah)
The duta again. Ok, the very nice pose. (aku tak tahu tang mana yang nice) Muka berseri-seri bak bulan mengambang. Memang sah aku tak faham motif tulis begini. Haajar kau comel. Ok bye!
So, bercerita apa yang dimakan, ringkas saja murid-murid...
Mine and Hani, Small-grill-set (wakil satu gambar je ok Hani.)
Small grill - Dori, prawns, cuttlefish, fries and vege on top of the rice
With regular soup and fizzy seperti beberapa gambar di atas.
And for Haajar, Small-flame-set,
Small grill - with dori (tapi gabak sikit daripada aku la)
Also with prawns, fries, vegetables on top of the rice.
Dia kasi flame live depan mata ok!
And each, forRM29.90 only tapi BEFORE tax.
Kalau aku tunjuk resit kang takut kau pengsan pulak so tak payahlah.
Kau jangan risau ibu-ibu bapak-bapak sekalian, walaupun tidak sesedap air tangan ibu di kampung tapi kau takkan menyesal sampai keluar air mata darah apabila makan di sinun. Maka silalah datang ke THE MANHATTAN FISH MARKET di outlets yang berdekatan. Macam mana Haajar? Boleh aku sain kontak jadi duta after kau tak?
Ok sekarang round 2!
(Aku tak tahu kenapa tapi aku suka GILA gambar ni)
Mungkin sebab senyuman kau berdua begitu tersirat tapi aku suka dah ok, seperti yang aku katakan di awal rancangan tadi tentang tips-tips mengurangkan tekanan (nak kasi hilang terus memang takkan la), so this is the best method bagi aku. Kau suakan saja apa jenis cap aiskrim pun, memang aku takkan pernah tolak. And fine cup aku yang paling besar (refer gambar atas) maka sudah terang lagi bersuluh lagi bersilau lagi berkilau maka akulah yang paling tension di kala itu. Hanya gossip girl yang tahu behind the scene jadi untuk keterangan lanjut sila tanya mereka kalau kau memang busybody.
Percaya dah?
Dan sekarang sesi...
Mencari duta BASKIN ROBIN
Dah tapayah susah-susah semua considered as qualified.
TAHNIAH ANDA BERTIGA.
Actually mood aku sangat swing hari ni. Kalau nak mention satu-satu memang kau boleh kenduri depan laptop ni makan, minum, segalanya di sini nak kasi khatam tapi cukuplah aku ringkaskan bahawa mereka berdua sungguh tak dapat ditukar ganti. Kau bagilah aku rumet dengan siapa pun, still takkan ada seperti yang ini...
Ai wan nobadi nobadi bat chu tak-tak-tak (tak-tak tu sound effect). Ok, aku ada krisis dengan rumet lately. Double it with club-mate, neighbour-mate, class-mate, subject-mate haaah apa lagi MATE kau nak letak? Dan, aku cuma nak keluar dari Shah Alam ni. Tak ada yang tak stress dekat sini. Tak ada yang tak serabut dekat sini. Itulah definisi Shah Alam merujuk kamus anamekudotblogspot edisi keempatbelasratos sila dapatkan di pasaran sekarang. TQ.
Sebagai penutup, THE ONLY ONE, self-camera with three of us sebagai bukti GOSSIP GIRLS IS STILL ALIVE! Siapa cakap aku dah berpaling-tadah? Siapa cakap aku dah lupa kawan? Siapa yang cakap aku dah berubah? Kau yang bermulut manis di sana tu, sila renung-renungkan dan selamat beramal. Depa the best girlfriend ever. KAU MAMPU?
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH.
SELAMAT MID-TERM BREAK
SELAMAT HARI RAYA
SELAMAT SEMBELIH LEMBU
tapi jangan lupa dating dengan buku ok!
BONUS
(walaupun tak faham motif dan objektif)
p/s: takjub dengan kejaiban bilik after balik jjcm tadi. tepuk tangan untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment