ASSALAMUALAIKUM WBT
Sebenarnya tak ada motif nak tulis benda ni. Saja sebab tarikh hari ni yang cantik tapi tak berapa nak cantik sebab dah ramai sangat orang mention nak chop untuk kahwin la, nak chop untuk bertunang la, nak chop untuk beranak laaa uish untung anak kau jah nombor ic chantek je 111111-XX-XXXX.
Dan mujurlah mood aku
malam ni agak baik. Dengan angin kipas di siling yang sepoi bermacam-macam
bahasa, dengan lagu hindustan yang sedang berkumandang di speaker Aki
kesayangan bole churiya bole churiya katanya dan ermm apa lagi? Dengan Fish
yang empuk bergelimpangan dekat sebelah aku ni hoih hoih habis satu rumah kau
nak describe. (konon-konon marah pasal nak cover line.)
Assignment baru
siap. Apa tak heppy. Maka I selak-selak magazine kejap kasi break sebelum
continue assignment ketiga. Apa magazine tu cakap? Ok, tips macam mana nak elak daripada
nampak tua. Untuk kita-kita yang masih kategori remaja dan gadis-gadis sunti
gitu (bajet muda sangat haku) tak mau la nampak macam kaum-kaum ibu kan. Maka tips yang pertama...
Kalau u ols keluar
jalan-jalan atau keluar pergi ke mana-mana, jangan sesekali angkat beg yang digendong hitu ke telinga untuk nak kasi sure ‘hanphone aku ke yang bunyi tu?’.
Gila. Memang akan mendapat kritikan bernas lagi pedas bagi setiap mata yang
memandang. Seriyes. Tak percaya cuba buat aksi begitu di khalayak ramai. Recommended: Dataran Cendekia during lunch hour. Kelas kau jaaaaah.
Kedua. Pakai
perfume bau ros klasik. Ahah. Tu dah kena tembak dah tu. Ambik kau Timah.
Perfume ros dalam wardrobe kau tu baik kau buang tukar kepada bau strwberi dot
dot dot ke, banana ke, epal ke, cellery ke...??? Sorry, saya tak pakai perfume tak
tahu bau apa yang tengah in sekarang. Yang pasti magazine tu cakap jangan pakai
klasik ros so kau jangan pakailah.
Ketiga. Kalau
lagu-lagu Hetty Koes Endang, Sharifah Aini, Al-Jawaher ada dalam ipod kau, baik
berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Pastikan tak ada
kawan-kawan kau yang tahu rahsia godang kau itu atau kau akan berada di ambang maut. Gila maut apanya.
Pergi bukak carta era sekarang donlod list 20 diorang sekarang! (yang aku dok
layan hindustan sekarang boleh pulak)
Keempat. Jangan
pakai barang-barang ‘dalam’ yang menggelebeh atau sudah tamat riwayat getahnya
kalau anda mahu nampak bergetah. (Sejak bila aku pandai bermain ayat
begini?) Kau faham maksud aku kan? Maka no further komen. Itu ‘barang’ kau.
Kalau kau nak buat khazanah seratos tahun pun kau punya pasal la.
Kelima. Kalau kau
tengah stress ke, frust ke, tension ke, jangan petik heater bancuh sebarang air
panas even hot chocolate yang dengar macam
wow-pasti-tenang-jiwaku-dengan-aromanya. Tenang tu kalau memang kau betul-betul
berjiwa keemakkan maka jauhilah teknik menghilangkan tekanan begitu. Banyak lagi
versi muda-mudi yang korang boleh buat contohnya layan drama korea, dengar lagu
korea, tengok variety show korea. Dah, kau pergi daftar jadi warga korea
sekarang!
Keenam. Jangan
pergi kedai makan atau port lepak yang sunyi. Maksudnya jangan parking dekat
kafe-kafe yang hanya kau dan kaum-kaum ibu kau sahaja yang ada. Memang kalau
kau berbisik pun orang hujung meja boleh dengar. Very tak remaja. Jadi kalau nak
tahu mana port-port menarik, kunjungilah pusat komersial seksyen 7 dan
kawasan-kawasan sekitarnya pasti anda akan rasa muda sentiasa.
Ketujuh. Harus peka
dengan teknologi semasa. Jangan jadi macam aku, tak pandai twitter, tak pandai
upgrade blog, tak pandai pakai hanphone tashskrin, tak pandai main game. Ok,
bab yang ni je aku jadi kaum ibu dan I don't even care! Moral of the story, get updated!
Kelapan. Memang
high waisted selesa dipakai. Tak kiralah, kain ke seluar ke, tapi peraturannya
ialah jangan sesekali pakai pakaian yang terdapat di mother’s department di
shopping complex berhampiran anda. Melainkan kalau kau memang nak pergi
dinner dengan tema ‘makcik-makcik sedunia’ maka dipersilakanlah tanpa was-was.
Kesembilan. Cuba
cek beg tangan atau apa-apa beg yang u ols selalu gendong ke ulu ke ilir tu?
Banyak barang atau tidak? Kalau banyak, barang-barang tu betul-betul penting ke
tidak? Tak payah tengok koranglah. Beg aku pun sama. Purse gabak, pencil case
gabak, payung, minyak angin cap kapak saiz XL, patutlah tulang aku rapuh. Ok,
jom minum anlene! (tibe-tibe)
Last sekali.
Sepuloooooooooooh (eksaited sikit pasal dah nak habis). Ok, part ni aku tak pernah
alami lagi. Kalaulah, ok kalau... Boyfriend atau girlfriend atau bestfriend
atau beastfriend kau tiba-tiba kasi hadiah berupa produk anti-aging heeee
(muka sinis) maka kau harus lempang pipi kau kiri dan kanan dan
muhasabahlah diri bahawa kau sememangnya sedang menuju ke alam berzakh
tua.
Tips cover line:
- I
pakai macam ni sebab nak feeling retro.
- Aku minum hot chocolate pasai aku memang nak minum laa hang sibuk pasai apa?
- Saya nak cari jeans untuk nenek saya? Yang getah punya ada?
- Perfume ros ni nak letak dekat bunga rampai.
- I lepak kat Pak Li ni untuk cari ketenangan. (sejak bila Pak Li tenang?)
No comments:
Post a Comment