Friday, December 9, 2011

EnTrY mErOyaN Di PaGi HaRi


Assalamualaikum wbt



Tak sampai 12 jam aku post entry konon excited gila nak balik semalam, aku tiba-tiba dapat forwarded message daripada lecturer aku yang tengah meroyan entah apasal dia tiba-tiba nak cancel kelas pagi ni ganti pukul 12.30 lepas tu stop untuk sembahyang jumaat lepas tu sambung balik pukul 3 di saat aku menanti detik bas transnasional tu bertolak pukul 1.30 nanti kenapa semua ini berlaku kenapa kenapa KENAPAAAAA...!!!




Apa dosa aku dekat Shah Alam ni sampai kena sumpah tak boleh balik negeri sendiri aku pun tak tahu. Padahal aku tahu sebenarnya. Semangat sangat mengutuk lecturer sendiri apa tak? Kan bala dah menimpa. Anyway usahlah kau tambah dosa lagi pagi-pagi ni Ocha. Aku rasa nak layan je semua 25 episod boys over flower dengan harapan perasaan macam ***ch yang aku rasa sekarang boleh hilang padahal boleh je aku solat sunat dhuha, baca yaasin, maathurat ke apa yang patut pagi-pagi Jumaat begini nampak sangat graduan Maahad Ahmadi (kononnya) ini sedang menuju kesesatan nak layan movie kapiaq tu apahal...!




Maaf la kalau aku ni balik-balik mengundang annoying orang. Tulis entry semua nak mengutuk mengumpat mengata menambah dosa tapi ini aku punya belog tak suka baca kelik tanda pangkah atas sebelah kanan kau. (terima kasih)




Dan kepada warga MELATI yang mungkin tersinggah dekat sini, sila tukar arah kiblat anda mulai hari ini. Pejabat dah mengesahkan bahawa arah kiblat kita ialah dengan darjah yang sama cuma senget ke kiri bukan ke kanan macam sekarang ni. Sumber disahkan oleh JPK cuma belum keluar pekeliling and kalau u ols perasan, arah kiblat dekat siling floor kita dah dicabut so boleh sebar-sebarkan kepada sekalian muslimat yang lain. *kesal dengan pentadbiran Melati sebab tak ihtimam dengan perkara macam ni.




As I told you before, I got my Finance Test hari ni. Within 2 hours from now dan aku tak ada nafsu langsung nak sentuh marketable securities, account receivable, short-term long-term financing and leverage tu semua bagai. Tolonglah bagi aku petua-petuih macam mana aku nak buang meroyan aku ni hoih..!!!




p/s: mungkin juga aku ditakdirkan untuk menjadi cheerleader APB SAF kali ni. Abang-abang dan kakak-kakak bola tampar semua, jumpa besok dekat pusat sukan okei. (pasrah habes)







2 comments:

budak degil^_^ said...

sian kat die..sabar yew..
..wahai x-maahad..kembalilah kamu ke pangkal jalan..haha^,^

Unknown said...

kakaaaaaak,...!!! aku rindu kau. aku rindu maahad kita juge...

the history

Followers