Wednesday, July 6, 2011

mOTiVaTe DiRi sEnDiRi - SaYa BuKaN MaNja aTaU cENngEnG (season finale)


Salam everyone...



Nak tahu, I used to complain about almost everything masa mula-mula bekerja dulu. Badan sakitlah, tangan pecah-pecahlah, penat, mengantuk, sakit hati with all people around macam tak wujud langsung anasir positif dalam diri ni. Seriously, it's really hard for a 21st years old girl yang tak pernah bekerja seumur hidupnya. And seperti yang pernah saya cakap sebelum ni, first week bekerja memang disaster. Rasa macam hilang tenaga batin. HILANG TERUS.




Macam contoh bila buat kerja lambat dan kerja lambat siap sedangkan kerja yang lain bertambah-tambah maka tension pun bertambah. Faktor itu boleh digunakan sebagai alasan untuk mintak berhenti kerja kalau saya benar-benar MANJA dan CENGENG. Kedua, mungkin kalau masak nasi terlebih air dan nasi jadi lembik (even masih boleh dimakan) atau masak nasik tapi periuk senget so nasik jadi hangit dan boss keep asking you why why why maka itu pun boleh dijadikan reason untuk berhenti kerja kalau saya benar-benar MANJA dan CENGENG.




Ketiga, it's normal kalau kita pergi ke mana-mana takkan ada semua orang yang akan suka atau berpuas hati dengan kita. For example kalau saya disuruh buat kerja yang bukan sepatutnya saya kena buat, ok fine. Tapi kenapa orang tak pernah terlintas at least tolong ringankan kerja saya? Kejam kan? Sebab itu fikiran orang yang MANJA dan CENGENG yang tak pandai nak berdepan dengan cabaran. Why not kerja lebih sikit. Saya set mind begitu dan positif sajalah. Berhenti kerja semata-mata masak nasik lembik? Not worth it. Ish ish ish...




Keempat. Ramai orang mungkin tak tahu benda ni. Even besties saya sendiri sebab benda ni tak pernah berlaku depan mereka. Saya ada haemophobia dan phobia yang agak ekstrem terhadap serangga yang lembik-lembik dan yang tak bertulang macam ulat-ulat sampah ke berengga ke mentadu ke haish whateverlah. Haemophobia tu boleh tahan lagi sebab takkanlah hari-hari nak berlaku pertumpahan darah kan. Just hari tu tangan Kak Ain terkena pisau and masyaAllah sumpah rasa gelap dunia macam nak pitam tengok darah dia. (Kalau darah aku sendiri tu lain ceritalah.)




Tapi pasal fobia ulat tu saya agak susah nak terima. Bayangkan kalau tiap-tiap hari kau akan jumpa seekor makhluk itu di tempat kerja no matter how the situation is. Kadang-kadang jumpa dalam plastik udang, kadang-kadang jumpa dalam plastik cili, kadang-kadang dekat bawah sinki, apa tak ke berderau jantung dibuatnya. It's even a nightmare kalau makhluk itu boleh muncul dalam pinggan lauk kau. (Dan masih hidup dan bergerak-gerak.) Haaa, silap hari bulan boleh putus nyawa akak ni dik. Kan saya dah cakap tadi, kalau saya ni MANJA dan CENGENG memang konfiirm berhenti kerja lah. KONFIRM.




Jadi kesimpulannya, demi mempertahankan bahawa saya bukan MANJA atau CENGENG, saya tetap teruskan jugak bekerja di situ. Kalau nak melayan karenah badan yang MANJA dan tak biasa bekerja ni, banyak alasan sebenarnya untuk saya berhenti. Baik duduk rumah, goyang kaki berlagak macam princess. Tapi what's life with no challenge? Dah 21 tahun hidup apa yang saya boleh banggakan dengan diri sendiri? Even bukan senang nak bear with the phobias and get along well with peoples around, saya tetap akan cuba. Macam mana nak berdepan dengan dunia kerja yang sebenar nanti kalau small and tiny little things macam ni pun tak boleh handle?




So, mari kita gali sebanyak mungkin positive side dalam diri orang lain. And orang juga akan nampak positive side dalam diri kita. Bukan susah kalau kita betul-betul ada motivasi.




OCHA HWAITING...!!!







p/s: thanks tu Encik L sebab most of the support was from him. cheh kantoi...

Tuesday, July 5, 2011

ProMoTe KeDaI bOsS


Assalamualaikum wbt...



Maafkan saya. Enrty bersiri tu masih tak dapat nak diteruskan. Ni pun hapdet sebab tengah tunggu kek lumut masak and once makhluk hijau itu dah masak karang, saya akan terus naik katil. Sekian. So... Untuk mengisi masa menunggu, apa kata meh saya familiarkan you allz dengan environment tempat kerja saya sekarang ni...



THE ENTRANCE. Selamat datang. Sawadeekaaaap. (Waaah, mentang-mentang kedai tajuk dia 'tomyam' terus jadi orang Thai ngko.)




Then, THE MAIN KITCHEN. Ada pernah saya mention tak nama-nama rakan setugas saya sebelum ni? Okeh kalau tak ada, yang itu ABANG APIS. Wait, ada 3 orang apis dekat kedai ni ok. Tapi boss saya panggil 'ABANG' saja. Tapi bukan dalam tone yang geli kau jangan pikir yang biru-kuning-hijau segala. Yang gambar atas ni, saya panggil full name 'ABANG APIS' which is yang sorang lagi saya panggil 'APIS' saja. Clear punya description kan?




Yew, Abang Apis yang senget yang kat atas tadi. Haaa, ini dia orangnyew. Status dah berkahwin. Kak Ira punya. Ok jangan kacau.




Then, THE SUB-KITCHEN. Kalau tadi masak segala menu utama, dapur ni pulak khas untuk air dan nasik lemak dan western food. Dikelolakan oleh APIS dan KAK ANI. Gambar ada tapi pon tak clear jugak. Nanti kalau ada kat bawah saya mention lagi.




THE WASH DISHER DEPARTMENT. I mean, MY department. Yang sentiasa gelap dan tak nampak masa depan tapi lokasi yang sangat strategik untuk berangan dan melayan perasaan tanpa perlu berhadapan dengan customer yang banyak songeh.




MY EXPERT lagi. Periuk nasik yang selalu digembar-gemburkan tuu. Haaa, inilah dia yang saya hadap hari-hari.




Introducing, KAK YAM. Pembuat nasik ayam dan otak-otak kempas macam dalam gambar ni haa. Husband dia pulak berniaga sate. Itu saja tentang KAK YAM sekian.




Gambar diupload tanpa perancangan yang rapi. So, pasal malas nak arrange balik, taram jela. Ini pemandangan dari depan kedai menghadap jalan besar. Told you, my hometown ni bukan ada shopping complex pun. Tuu yang agak-agak 500 meter simpang sebelah kanan tu, taman perumahan saya. And another thing tadi lupa nak cakap, ABANG APIS and KAK YAM tu jiran setaman dengan saya rupanya. Dah kerja sini baru tahu. Ya Allah kesiannya budak ni tak kenal jiran tetangga.




Candid KAK UDA. Adik boss saya. Pasal dah kenal dari kecik, thats why panggil saja begitu. Her background, student account part 6 UiTM Jengka. (Pergh, candid depan surau tu yang mahal dik.)




Candid lagi. KAK YAM, KAK TAM (which is baru habis STPM and sekarang ni dia dah tak kerja lagi dah) dan APIS yang tengah tengok CINTA MELODI haish, takde kerja lain depa nih. And sorry, memang tak ada gambar yang sebijik-bijik depan hidung diorang. Yang penting saya introduce mereka dan you allz baca sajalah jangan banyak songeh.




And THE BESTY, kawan daripada sekolah rendah yang memang tak jumpa sejak lepas UPSR main pakat-pakat tegur kat fesbuk saja dan-dan lani hangpa jadi rakan sekerja noh. Yelah, panggil pun KAK CHIK, obviously, dia pun adik boss sama macam KAK UDA and KAK TAM tadi. Si kecik itu Alisya, anak boss yang saya panggil boss kecik pasal hobi dia suka play around and supervise hampir semua orang dekat kedai ni. Pssst, nampak cincin kat jari KAK CHIK tu? Haaa, tak lama lagi kompang akan dipalu. Kompang saya je yang tak tahu bila masanya. Apapun, tahniah ye KAK CHIK...




EDISI KHAS,

A few gambar-gambar kedai baru yang masih tak siap tapi kau bayangkan sajalah kedai tu baru.

















Kesimpulannya, kek saya dah masak. Dan gambar saya mesti satu saja dan mesti letak last sekali sebab tak boleh nak tunjuk fotogedik sangat dekat tempat kerja. Kang bos potong gaji siapa nak jawab (waaah, macam ada kena-mengena pulak fotogedik dengan potong gaji.) Apapun, kat atas tu, gambar assistant boss dan ABANG APIS tadi, namanya KAK AIN. (Tak paham kenapa ramai sangat kembar nama dekat kedai ni.) Tapi beliau NOR AIN saja cukup.




Dan kesimpulannya lagi, sebab bos selalu masuk kerja lambat, maka gambar bos tak ada. Maka kita stalker fesbuk dia and ini boss saya bila dia tak pakai uniform yang bajet ala-ala iron chef itew... ECIK HAFIZ DATO' AZAM. Dah kahwin jugak yew. Kak Hajar punya. Eh, teringat pulak kawan saya pun nama Haajar kuikuikui.




(bila compare Alisya yang ni dengan yang kat atas tadi, dah berapa tahun yang lalu ntah agaknya gambar ni ye)



Okeh ni last-last-last. Kesimpulan yang betul-betul KESIMPULAN, ini air ciptaan saya. Nama dia Ain Nata de Laici. Bahan-bahan dia, buah laici - air gula - air - ais - last sekali taburkan nata de coco penuh-penuh atas ais tuu. Hahahaha, jiran aku yang tadika kemas tu pong tahu buat. Cheh nak bangga diri pon tak boleh.




P/S: Lagi dua orang saya lupa nak mention tadi. KAK YATI DAN KAK ANI, mintak maaflah tak sempat nak haplod gambar. Ngantuk sangat dah ni. Lain kali yew kaaaaak... Jangan marah. :D

Sunday, July 3, 2011

EnCiK L vS EnCiK FiSh


Salam semua...


Actually aku nak update pasal "Saya bukan manja atau cengeng part III" konon nak tamatkan cerita la kang banyak-banyak part kang kalah Harry Potter pulak. Tapi masalahnya, akak ni baru balik kerja. La ni pun dah pukui 252am macam apa dah muka ni kau bayangkahlah. Tak lain dan tak bukan kegigihan itu datangnya daripada Encil L. Kerana aku pun tak tahu kenapa abang itu selalu berjaya pancing perhatian aku setiap kali aku kat tempat kerja padahal banyak je orang lain yang keluar masuk datang lepak-lepak dekat kedai tu. Even, orang-orang lain tu aku tak pernah pandang pun, apatah lagi tertarik. Tapi Encik L ni...



Oooh, tadi dia belek handphone aku. Nampak nombor dia aku letak Encik L di situ. Dia tanya kenapa? Of course la that's ur initial name cik abang buat-buat tanya pulak aku paaang kang. Then dia selamba tukar. Jadi FISH. Bukan fishcake atau fishball. Cukup fish saja. Tiba-tiba it's sounds fishy. Bila tanya suka makan ikan ke? Nope. Ayam Dori hapa kejadah ntah dia cakap tadi tuu feveret dia. Neno neno neno, langsung menyimpang topik nama FISH sampai sekarang pon aku tak tahu kenapa dia letak nama tu. So mulai sekarang, aku akan mention Encik L tu sebagai Fish saja. (Kalau ada entry yang aku nak mention laa)



And tabiat pelik dia bila pegang telefon aku, suka lap skrin handphone aku itu dengan hujung lengan baju dia. Sejak bila sony flip aku itu menjadi touch screen sampai kau nak jaga begitu sekali? Nasib baik kau senyum bila aku buat muka pelik tengok perangai kau yang pelik tu. Kalau kau pun pandang aku pelik jugak aaaa canne tu?

the history

Followers