Friday, January 6, 2012

sHe'S gOiNg To ReMaiN...


Assalamualaikum dan salam jumaat dan selamat berfinal (lagi)



Biasalah, sekarang semua orang dah switch on mode hibernate. Aku jangan cakap nak tukar mode, switch on pun tak lagi. Bukan tak ada kesedaran tapi memang tak pernah ada kesedaran. Bukan tiba-tiba tak pandai susun ayat tapi selama ni memang tak pernah tahu macam mana nak susun ayat maafkan saya Nek Mah (panggilan manja mentor kesayangan) sebab dah dua tahun masuk akademi bahasa pun masih tak berganjak carta perosak bahasa terunggul. Jadi macam mana nak buat tu? Bertapa sendiri dalam gua. Bye!




Ini entry ketiga Januari. Nak cakap pasal azam tahun baru, tak payah nak budak-budak sangat setiap tahun pun nak azam baru. Orang buat semua nak ikut. Cuba buat apa yang orang tak buat. Aku azam setiap lima minit kau mampu? Lepas tu mentang-mentang tengah musim final sekarang, semua orang nak update tips-tips-menjawab-peperiksaan, tips-tips-membuat-nota-ringkas, aku bagi tips-bagaimana-meniru-dalam-dewan-tanpa-dapat-dikesan-pengawas-peperiksaan kau nak? Haa tu muka macam nak nanges tu apasal. Sentap la tu.




Ok, aku ringkaskan khutbah. Sebenarnya, aku nak wrap up sikit pasal semester ni. Benda paling biasa nak cakap, semester ni aku sunyi sekejap daripada skandal se'fakulti', se'kelas', se'kampung', se'mentor', oh Nizam excluded. Dia kawan baru aku semester ni. Nak kenal, terbang kejap belog dia. Gossip girl pun jarang bertemu. Masing-masing vvvvvip sangat sebab tu sibuuuk memanjang tak ada masa nak jjcm dah aku pencen lah macam ni.




Dah 2 tahun aku dekat Shah Alam. Kalau ambik diploma lepas spm dulu mesti dah naik pentas dah pegang skrol dah campak-campak topi dah pegang jambak bunga dan sebagainya. Kalau. Sekarang aku dah masuk tahun akhir ijazah. Tak lama lagi la maknanya tu. Harapan ada nak sambung master, insyaAllah (kalau ada rezeki). Kalau ada rezeki lain, aku kerja dulu. Nek Mah suruh cari pengalaman. Kalau jodoh sampai dulu,  Nek Mah suruh kawin dulu. Aku rapat dengan Nek Mah kau jangan tak percaya walaupun dia pensyarah aku tapi dia mentor aku merangkap advisor aku merangkap mama aku merangkap semua aku nak merangkap. 




Tapi yang pasti, sebelum aku pegang skrol ijazah nanti, 




i'm going to remain single
(berani nak cabar aku?)




except that I'm still secretly dating him.
sekian. fishily.

4 comments:

budak degil^_^ said...

hukhukhuk..x abez2 ngn abg korea die...0opps...'abg' ke?ntah2 bwh lg..hikhikhik...

..miss u dear..

Unknown said...

nurul jeles...!!!

Sayidah Nafisah Ruslan said...

amboi kemain lagi entry yang ni.. haha

Unknown said...

geli...haha.

the history

Followers