ASSALAMUALAIKUM WBT
Kalau tanya macam mana opening season 5 JJCM kali ni, my answer would be,
it was awesome and daebak!
(tak tahu maksud 'daebak', sila rujuk kamus korea atau kawan-kawan yang hantu korea)
So macam tulah gambaran dia walaupun tak berapa nak tergambar sangat dekat fikiran korang kan. Jadi first and foremost, paling terima kasih sekali saya tujukan kepada Miss Queen B saya. you-know-who. (macam Harry Potter pulak sampai tak boleh sebut nama). Sebab pinjamkan DSLR NIKON dia yang sangat gojes tu. And juga Linda. you-know-who. Sebab completekan team ni. Sekian, foreword daripada saya.
percubaan kamera.
Then, we're heading to PUTRAJAYA. Sebab masih terlalu awal untuk JJCM so kitorang pun ber'photoshoot' sepuas hati. And of course the pictures is more than you can see here kau gila ke nak aku upload satu folder kat sini? And yes, tangan Haajar adalah tangan yang paling ber'SENI' antara kami bertiga. Dapat tang gambar yang aku tangkap, semua hancus. Bagilah kamera mahal macam mana pun, memang wajib hancuslah.
Menikmati pemandangan di bawah langit yang cerah, (it's panas terik actually).
Melepak depan dataran Masjid Pink. Tengok bayang-bayang pun boleh tahu macam mana sunburn yang bakal aku lalui di masa depan kan? But still we had so much fun and joy.
Akhirnya mencari tempat berteduh di Masjid Besi. It's Masjid Tuanku Mizan actually. Untuk menunggu masuk waktu Zuhur. And since it's Jumaat, maka sempatlah kitorang dengar Khutbah Jumaat sekali. Semoga bertambah keimanan dalam dada. Dan semoga mendapat suami yang soleh. Aminkan untuk saya dan kawan-kawan saya plis.
Posing best daripada Haajar.
Posing vogue daripada Linda
Posing maut daripada aku. Nah!
(cover panas pakai purse. fine, aku sorang tak ada shades)
Yang tengah tu kebanggaan saya.
Dan peduli apa dengan panas. Posing lagi.
Linda pandai cari port cover panas. Still background view photo dia awesome.
And terus buat profil picture. Ambek kau!
Sekian cerita pasal Putrajaya. So sebelum jalan jam dengan kaun muslimin yang berpusu-pusu keluar selepas menunaikan solat Jumaat, maka kitorang cabut terus pergi Sunway untuk menunaikan kewajiban kepada perut.
And everybody can tell it's FULLHOUSE!
baby, shalalalala lalala
(saja buat effect lagu tema drama full house)
Linda punya fresh orange, Haajar punya vanila+strawberry+dragonfruit+iced blended (kau punya menu selalu bikin susah payah aku nak sebut), and mine, banana milk shake. Sekian. Semua memang teramatlah sedap gilos.
Muka teruja apabila makan tengah hari pada pukul 3. Maka lunch set yang jimat dah habis maka kena makan menu yang tak set dan sudah semestinya tak berapa nak jimat. Mereka berdua ambik spaghetti dan semestinya juga aku tak ingat apakenama makanan depa ni suma noh.
And so do I. Cuma nak bagitahu aku makan mushroom soup yang memang setiap kali suap dalam mulut tu maka mata akan terpejam secara automatik sebab pertama kali datang, dua kali datang, tiga kali datang, memang itulah menu cinta pertama aku dekat FULLHOUSE so darling, next time datang you sila faham-faham ok. And mee korea (konon korea sangat tu) it's actually mee maggi yang dicampur dengan sosej godang je. Macam mana tak meletop perut.
Dan sesi bergosip. (yang fake)
The best thing about FULLHOUSE ialah bila dah kenyang, maka aktiviti berposing di sekitar restoran itu amat baik untuk sistem penghadaman.
Dan kau tahu kenapa mata aku buntang sebegitu. It's actually because of the pencuci mulut. Creme Brulee. Ceritanya begini...
Sem lepas, aku dengan Haajar lepak dekat DC nak beli burger. Then sementara tunggu burger tu siap, aku pun baca la kosmopilitan yang aku baru beli masa tu. Lepas tu ada la terselak satu page ni dia cakap, 50 perkara yang korang jangan behenti buat. Salah satunya is pergi kedai mamak and cakap kuat-kuat roti canai atau teh tarik dekat kedai tu sedap. Then Haajar yang bijak bistari tu dia pun ter'idea' nak cabar aku. Dia suruh la aku cakap dengan abang burger tu yang burger dia sedap. And dia bagi chan sikit tak payah cakap kuat-kuat, just cakap dengan abang burger tu je. Kalau aku buat, dia nak belanja subway. Sekian, I did the challenge and since Subway tak boleh makan, aku pun tukar request kepada Creme Brulee Fullhouse. Dan kesimpulannya, aku yang ajak makan Fullhouse..haha.
Kemain panjang cerita aku. Ok, nanti lain kali aku cerita lagi! Thank you so much kosmopolitan.
No comments:
Post a Comment