Monday, May 21, 2012

Hey, It'S ReJaB


Bismillahirrahmanirrahim
Solawatuwassalam ala Rasulullah SAW,
And Assalamualaikum peeps!!!




Setelah sekian lama asyik dok letak gambar google je dalam entry kan, jadi sempena malam yang barakah ini aku menggigihkan diri capai kertaih (kertas) A4 hok kaler hitam yang konfirm tak bulih nak tulis nota tu dan capai liquid paper maka akhirnya...!!!




motif sangat nak cover muka kan




Well, tak payah nak terbitkan isu aku tunjuk muka ke tak sebagai manusia biasa sudah semestinya aku bukan artis dan semestinya tak ada siapa nak kisah dan berbalik kepada point utama HEY-IT'S-REJAB. Seronok kawan-kawan kat pesbuk suma dok update status cakap pasal bulan Rejab, fadhilat bulan Rejab, doa malam Rejab, moh puasa satu Rejab hai, satu Rejab je ke yang afdhol puasa? Haaa, begitu kau kemain emosi membuak tiba-tiba.




Tapi apa-apa hal pun, kita baca doa dulu noh,








Dan baca niat untuk berpuasa Rejab besok,




SAHAJA AKU BERPUASA REJAB SUNAT KERANA ALLAH TAALA




Yang ni tak ada gambar. Eniwei, nak tanyalah. Yang semangat sangat nak puasa sunat Rejab tu puasa ganti dah habes khatam finish oredi ke? Yang dah settle tu Alhamdulillah dan tahniah la ye. Yang belum lagi tu, segera-segerakanlah. Takut tak sempat nak ganti puasa nyawa pun hilang wallahualam. Jodoh rezeki ajal maut semua di tangan Allah lagipun kan sunah mengingati mati so aku ni mengingatkan saja. Janganlah sentap. Dahulukan yang wajib. Jangan excited sangat nak puasa sunat tapi wajib tak buat. No point yuno!




Dan kalau nak cerita fadhilat-fadhilat Rejab ni nescaya akan panjang dan lebar dan lapang dan luas entry aku ni nanti. Dan kalau nak cerita puasa di bulan Rejab ni bukan 1 Rejab sahaja afdhol puasanya. Pendek kata tersangat banyaklah benda kalau nak cakap pasal Rejab ni. Tu belum masuk cerita Isra' Mikraj lagi. Cerita solat fardhu 50 waktu jadi 5 waktu lagi. Cerita Perang Tabuk lagi. Haish, boleh kalah panjang proposal aku kang bab satu pun tak siap lagi hew selamba kan. Tapi gistnya, bulan Rejab uniknya pada 27 Rejab which is peristiwa Isra' Mikraj tadi. Then bulan Syaaban fadhilatnya dengan Nisfu Syaaban dan Ramadhan semestinya dengan Lailatul Qadar.




Apa lagi? Bonus 3 bulan berganda sudah pun tiba. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. (macam promosi iklan pulak kan). Ye. Tak kisahlah. Yang penting marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan dalam ketiga-tiga bulan tadi dan kalau boleh sampai puasa 6 nanti. Eh, kalau boleh sampai bila-bila laa. Gitew kan. Barulah kelaskaujah. Belum raya dah dapat bonus.




Sekian. Nanti-nanti kita borak pasal Rejab lagi okeh. Proposal dah panggil. Selamat berpuasa semua. Assalamualaikum. 

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

puasa ganti pun tak habis lagi ni.. kalau bab2 puasa memang paling malas.. ya allah apalah nak jadi dengan diri ni.. T_T

Unknown said...

haish, pisah ni nak kena ketok ni.. perabihkn cepat pose ganti tuu.. hei bertuah..

the history

Followers