"..permudahkanlah
jalan hamba-hambaMu yang inginkan kemudahan Ya Allah..kurangkan khilaf antara
kami..perbanyakkan kesatupaduan membawa kebahagiaan dan kemenangan.."
Aku tujukan entry ini khas buat kawan-kawanku. Yang dekat mahupun yang jauh. Yang baru berkenalan mahupun yang sudah bertahun menyulam persahabatan. Yang brothers mahupun sisters. Yang tua dariku atau muda dariku atau pun yang seiring sejalan seusia denganku. ASSALAMUALAIKUM WBT SEKALIAN INSAN YANG AMAT AKU CINTAI. Mari mulakan dengan BISMILLAH. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.
Entry ni adalah entry untuk memohon maaf daripada rakan-rakan sekalian. Sebab aku dah cakap yang aku manusia yang sangat emosi dan manusia yang tak pandai nak kawal emosi, jadi banyak salah silap aku, banyak kata-kata aku yang membuatkan hati orang terluka. Kalau dulu aku pernah tulis yang aku terlanjur kata dengan emak aku sendiri. Emak sendiri weh. Dengan kawan-kawan apatah lagi. Jadi semua keterlanjuran yang pernah aku lakukan itu, dengan serendah-rendah hati, aku minta agar diampunkan. Dunia akhirat. Zahir dan batin. Kalau mahu aku melutut menyembah, katakanlah. Asalkan maaf itu sampai kepadaku.
Ada satu hadis menyebut, kalau kita tutup aib manusia, nescaya Allah akan tutup aib kita di hari akhirat nanti. Tapi bukan akulah manusia yang melakukan itu. Bercakap tentang orang. Menyebut keburukan orang. Mengumpatlah senang cerita, boleh dikatakan habit aku dulu. Remember the term normal that I used to mentioned? Gossiping for me is normal. Walaupun aku tahu hukumnya haram. BERDOSA BESAR. Lebih besar daripada membunuh. So bakdatang la siapa-siapa yang rasa takmau hidup lama tu bagi aku bunuh. At least dosa tu tak la sebesar mengumpat kan. Analogi sahaja. Aku dah tak normal lagi. Remind me with that.
Aku memang jenis yang cakap lepas. Bergurau kasar. Tak fikir pun hati orang lain. Verbally or not. Memang begitulah aku. Sebab tu, bila orang baca blog aku pun depa boleh jadi sakit hati. Sebab ayat aku memang sangat best. Macam oh-saya-sayangkan-mamee. Biasalah, pakar bahasa kan? Tapi menyalah gunakan kepakaran. Memang hobi aku selalu perli orang. Sindir-sindiran. Kasi sentap semua kenalan. Sampai menitik air mata anak orang aku kerjakan. Sampai malas orang nak tegur aku dah. Sampai orang tak mahu kawan dengan aku baru aku nak sedar oh-aku-dah-terlepas-cakap. Manusia apakah aku? Ada otak tapi tak berfikir. So I'm a human with no brain. Sekian.
Tetapi, kerana aku masih sayangkan sahabat-sahabat aku. Kerana aku masih perlukan kawan-kawan aku. Kerana aku rasa yang kawan-kawan aku juga perlukan aku. Maka sekali lagi, dengan serendah hati, aku mohon kemaafan dan keampunan daripada kalian. Special dedicated to...
Kawan-kawan asasi yang disayangi
Hani Afiqah Mohamad Jamal
Haajar Mohd Puad
Mazlinda Mahmud
Farahana Said
Lydia Salleh
Bakal-bakal peguam semuanya,
Kita grad sama-sama nanti ok!
Ikhwan dan akhawat Usratul Uthman,
Nurul Jannah
Siti Nabiha
Sayidah Nafisah
Siti Humaira
Nur Shaliza
Sya'rani
Firdaus
Fakhruzradzi
Zul Azreen
Izat Saleh
dan semuanya yang ocha tak dapat nk state kat sini,
Buat yang terbaik di Al-Azhar, semoga kabir najahnya,
dan yang di Malaysia, berbaktilah sebaiknya di Tanah Air ini,
Kawan-kawan junior high school yang digilai,
(new york sangat nak junior high school kan)
Nazurah Hamdan Junho
Nurul Nabihah Razali
stok ulang alik ke rumah korang selalu
walaupun sekolah kita bukan lagi SMRA Gemencheh,
tapi kenangannya tetap ada di situ.
Adik-adik junior sekolah yang comey sokmo,
Haziqah - selamat ber'Darul Quran.
Fatin Diyanah - selamat ber'accounting di UIA.
wariskan adik-adik kalian pula dengan sebaik ilmu di dada,
Kawan-kawan MCC,
(pun nak jugak)
Kawan-kawan APB,
(yang aku dok tatap hari-hari)
Hari-hari dok ngadap belog ape nak jadi nih!
Kawan-kawan blogger,
silent reader mahupun stalker setia,
U know how much I appreciate your support,
Sorry if there any heart feeling
Dan,
silent reader mahupun stalker setia,
U know how much I appreciate your support,
Sorry if there any heart feeling
Dan,
Sekian,
Moga ukhuwah ini berpanjangan ke syurga,
Sesungguhnya aku mencintai kalian,
LILLAHI TAALA,
p/s:
jangan taching dengan aku lagi noh
4 comments:
Lydia Salleh*, my dear. With double L. mana gambau saya? :)
begitukah? sorry for the typo...
sat na aku pi edit~ ur picture tiadakah? never mind.. gambar dlm hati sentiasa ada..hihi.
hahaha. thanks cha! dah tukar! :)
Heheh, sama2.. sorry noh syg~
Post a Comment