Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW
Tiga minggu tak balik rumah adalah bersamaan dengan tiga minggu tempoh meroyan. Masa nak masuk je simpang rumah, tak sangka boleh terselisih kereta dengan dia. Orang yang menarik habis darjah normal aku ini sekian lama. Bila diingat-ingatkan balik, lebih dua bulan jugaklah. Berderau jantung. I don't even see my mom's face, selamba dia potong line. Kuasa Allah, hari kedua aku kat rumah, aku terserempak lagi dengan dia dekat pasaraya. Masa tu aku nak beli telur sebab nak buat kek coklat untuk Beruang. He's 18 years old already. Sanah helwa ya akhi. Err, akhi yang aku terserempak tu, no komenlah.
Kalau nak kira-kira balik, mana cukup 2 hari dok kat rumah. In fact, tak-sampai-dua-hari-pun-sebenarnya. Stress. Nak salahkan proposal boleh tak? Ok, proposal tak salah. Blame diri sendiri sebab tak pandai manage time dengan bijaksana bijaksini bijaksitu bijakthere. Tapi masa singkat di rumah itu rupanya banyak benda yang di'reveal oleh mummy. (Haish perlu bagitahu ke tidak ye?)
Ok, tak payah. Takut kalau-kalau terlampau mengharap nanti menangis di kemudian hari. Ustazah sebelah rumah sampai tanya dekat mak,
Ustazah: Along tu dah ada orang belum?
Mummy: Entah la Maziah, tak ada orang lagi. Akak pulak yang bising suruh dia mencari.
Masa aku dengar cerita mummy tu, sakan aku tergelak dengan sepenuh hati. Sampai jiran pun concern pasal aku apatah lagi mummy and daddy sendiri? Masa nilah aku cepat-cepat cakap dengan mummy,
Aku: Kenapa mak tak suruhkan je cik Maziah tanyakan ustaz kat Maahad tu untuk along?
Mummy: Ha'ah, mak tak teringat pulak.
Point dia bukan apa. Aku cuma nak bagitahu, the moment I heard my mom's answer, I do realized that she's now accepting the way I looking for my jodoh. Aku bukan tak pandang lelaki langsung. It's just once I found them, I lost my next step. So, dia akan berhenti setakat tu je. Maybe mummy dah sedar aku bukan jenis yang akan start relationship dengan orang. Pendek kata, aku ni bukan macam orang lain yang nak bercinta dulu sebelum kahwin. So daripada jawapan dia tu aku dapat rasakan yang dia patut involve sekali dalam proses nak cari menantu. Otherwise, she won't get one.
Aku pun cakap dalam hati, Mak, mak bukan bakal mak mertua yang biasa tau! Cara mak tak boleh sama macam mak mertua lain dapat menantu tau ^_^ Jadi, mak tak boleh biarkan along cari jodoh sorang-sorang. Mak pun kena cari sekali. (bukancarijodohmaktapicarimenantumak)
Well, orangnya dah ada. It's just a matter of time.
Sabarlah Ocha ^_^
Itu satu hal. Satu hal lagi, ni yang pangkat adik-adik ni yang selamba nak masuk line. Gentlemen dan cukup dah. Datang rumah, jumpa mak nak mintak izin masuk meminang. Tapi kalau dah namanya pun adik, kalau dah namanya pun 5 tahun lagi muda, haruslah mak terus reject sendiri tanpa bagitahu aku dulu. Setakat setahun tu aku boleh terima lagi. Ini sampai dah beza lima tahun, harus istikharah lebih nampaknya.
Malangnya aku, yang abang-abang tak dengar berita sampai sekarang. Entah sibuk ke mana agaknya sampai tak sempat nak fikir pasal kahwin. Jangan sampai bila time aku dah start jadi workaholic baru nak datang bertanya. Ye. Memang dulu aku reject sekeras-kerasnya kahwin awal. Tapi zaman sekarang ni, cabaran nak jaga hati tu teramatlah besar. Macam-macam boleh jadi. Sampai tahap gila pun boleh tau!
Jadi daripada gila sorang-sorang, lebih baik ajak suami jadi gila sekali. Aaaaw, apa yang aku merepek ni?
p/s: I love him for the sake of Him. Hei hei, 22 tahun bukanlah muda sangat nak fikir pasal kahwin.
p/s: I love him for the sake of Him. Hei hei, 22 tahun bukanlah muda sangat nak fikir pasal kahwin.
2 comments:
hihihi :)
^_^
Post a Comment