Friday, June 15, 2012

mY RoOmaTe nOw iS a bLoGgEr


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA 
NABI MUHAMMAD SAW



Dan sempena hari jumaat ni, marilah kita perbanyakkan ibadah dan amalan. Kalau yang tak boleh nak solat atau baca quran atau kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya itu, perbanyakkanlah zikir dan sedekah dan selawat ke atas Nabi hey hey banyak lagi amalan-amalan yang boleh mendatangkan pahala. Jangan jadikan period sebagai alasan untuk tidak beribadah yaw. Practicing Islam is not that hard. Tak payah pakai modal. Tapi untung berlipat-lipat ganda. Wah kemain kalau bagi makan free, bagi hadiah, semua berebut-rebut. Bagi pahala free tak nak pulak. Perangai ape tu?






Jadi di pagi jumaat yang hening dan barakah ini, aku tak ada kelas, jadi bilik ini anayangfunya. Rumet saya balik rumah macam biasalah itu rutin mingguan beliau. Eh, tapi pagi tadi beliau kejutkan saya bukan kejut weh-ocha-bangunlah-aku-datang-ni bukan begitu, aku terjaga masa beliau nak pergi kelas and singgah dekat bilik eh eh motif bagitahu? By-the-way, tenkiu rumet. Kuey teow goreng itu sangat sedap ^_^




Untuk pengetahuan, rumet saya sekarang sudah mula berjinak-jinak dengan blogging. Her name? Syamimi Hanun bt Hasni. Malaysia future accountant. Kelantanese. Single? Err, it's complicated. Hampir setahun duduk sebilik dengan dengan aku. And she's a nice girl ^_^ (kalau-tak-nice-dah-lama-aku-pergi-pejabat-melati-mintak-tukar-bilik)



Memang dua orang yang kiri kanan tu saja bagi effect blur so that's only me and roomate!
*tibetibeinsafmengenangkanzamanlampau*



Ok, so faktor yang mendorong beliau ber'blogging? Haruslah diri beliau sendiri. Jangan cakap sebab beliau rumet dengan seorang blogger maka beliau pun terinfluence untuk berblogging TIDAK! That can't be the top reason. Letak la siapa-siapa pun duduk sebilik dengan aku kalau memang bukan jenis rajin nak menulis, so tak jadi blogger jugak ^_^ Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. (tak tahu apa kaitannya saje nak letak peribahasa)



Jadi kepada sesiapa yang ingin menziarah (blogwalking), bolehlah terjah belog beliau di spongebalqis.blogspot.com. Jangan pertikaikan nama tersebut, beliau memang hardcore dengan spongebob squarepants isn't that cute? Dan juga seorang auntie yang penyayang sebab letak nama niece beliau sebagai nama url haaa ngko mana nak dapat dapat lovely CikMie begini? Ok, put aside all those things, the point is jangan melihat nama blog ke, illustration blog ke atau the blogger itself. It's about the contents and the messages in there.




Me myself, quite impress with the messages she came out with. Banyak kena dekat batang hidung especially entry pasal jangan-tido-lepas-subuh tu. Nak buat macam mama Mimi oooi, aku ni tido paling awal pun pukul 2, lepas tu mulalah tak bangun qiam, subuh pun 6 setengah. Astaghfirullah al-azim. Kena ajar diri buang tebiat tido pukul 10 lepas ni. Nak tido nanti ajak aku eh ^_^






But that's a part of life. Kalau nak kejar akhirat, kita akan rasa dunia ini macam neraka. Kalau nak buat dunia ni macam syurga, sorry, there's no syurga for you in akhirat. You're a big girl You know dosa pahala. Kenapa ending aku macam ni? Ok, tukar tukar. So kepada roomate, teruskan berblogging. Teruskan berdakwah dan sebarkanlah Islam. Kepada kawan-kawan yang sedikit sebanyak ter'influence dengan perubahan ini, aku terharu dengan korang. Semoga diri kita terus istiqamah. 



LET'S BECOME A...






Sekian ~ Assalamualaikum wbt.



dont-feel-tired-to-spread-the-beauty-of-islam ^_^

No comments:

the history

Followers