Tuesday, June 19, 2012

ThE DeCLaRaTiOn Of FreEdOm



Help you one another in Al-Birr and At-Taqwa (virtue, righteousness and piety); but do not help one another in sin and transgression. And fear Allah. Verily, Allah is Severe in punishment - (Surah Al-Maidah, verse 2)


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT BRO N SIS ^_^



Mengenangkan berita pembunuhan kejam rakyat Syria pada Mei hari tu, aku rasa bersalah yang teramat bersalah rasa nak mengutuk diri sendiri sebab tak ada sense langsung pada waktu tu even tak ada perasaan nak ambil tahu pun apa yang terjadi kepada abang, kakak dan adik-adikku di sana. Walaupun ada faktor emosi yang menghalang, tapi sebelum tu pun, perangai aku begitu jugak. 



Yang aku kisah, 


Siapa-yang-dah-download-running-man-episod-baru? 

Super-junior-nak-buat-comeback-stage-wow-cool.

Sekarang-tengah-SALE-eh? Jum-shopping!

Err-ayah-bank-in-duit-boleh?



Seandainya Allah memerintahkan Izrail datang mencabut nyawa aku ketika itu, adakah dialog yang aku ucapkan itu akan membawaku ke syurga?



Ok, so tomorrow, I'll do the presentation on International Business Management subject and Mr. Reeza is the lecturer. Aku sangat kagum dengan beliau sebab the subject does not really relate with the Islamic issues but he always tells us about those Syrian, Palestinian, Iranian, West Bank updates and bla bla semualah. And because of that, I really admire and respect him. (kan-bagus-kalau-semua-pensyarah-uitm-ni-macam-tu)




Selama ni pun, aku bukan tak ambil tahu. Tapi honestly, isu antarabangsa yang especially melibatkan politik macam ni agak susah nak masuk dalam kepala otak aku. Tak kiralah berapa banyak kali aku baca pun. Semakin aku nak faham, semakin susah aku nak faham. (mesti-ada-something-wrong-somewhere-ni) But I still care. Because I know that at least, I do something for them. Not just sitting leisurely layan Running Man, Music Bank, shopping, jalan-jalan cari makan sungguh aku kesal dengan diri aku sebelum ini. Malu mengenangkan perangai sendiri.




Let's say, masa aku tengah shopping sakan tu, atau masa aku tengah terkinja-kinja tengok konsert k-pop, suddenly adik-adik aku menjerit. Aku buat bodoh je ke? Lagi teruk kalau aku nampak depan mata, kakak aku kena rogol atau dicederakan orang. Aku masih boleh volume up tv lagi ke? Sebab tak dengar Super Junior menyanyi? Sebab kakak aku tu menjerit kuat ya amat? Macam tu ke aku akan buat kalau aku kat tempat mereka?




Bukan tu je. Warga emas cuba korang bayangkan. Tua, lemah, tak berdaya. Tengok diorang kena herdik pun kita dah rasa marah yang membuak-buak. Tak ada adab sungguh orang tua pun kau nak tengking aku tangan kang. Itu kita dekat Malaysia. Macam mana dengan orang tua kita kat sana? Ibu bapa saudara-mara seislam kita yang ditindas, disembelih tanpa belas kasihan. Tentera Iblis Yahudi laknatullah tu buat kekejaman depan mata. Apa kita buta?




Nikmat melihat itu Allah pinjamkan kepada kita tapi kenapa kita masih tak nampak? Atau kita nampak tetapi sengaja buat-buat tak nampak? Atau nak tunggu Allah butakan mata kita baru kukuh sikit reason nak cakap yang kita tak boleh nak peduli? Cukup dengan alasan! Tanya diri sendiri, ISLAMKAH-AKU? ISLAMKAH-KITA?






Yes, instead of 'kau', aku gunakan 'aku' dan 'kita'. Sebab aku memang sedang alpa dan lalai sekarang ni. Kita sedang leka dibuai syaitan ketika ini. Kalau adik-adik kita kat sini dok main bola, tapi adik-adik kita kat sana diorang main dengan peluru korang boleh bayangkan tak? Kalau kakak-kakak kita kat sini dok sibuk shopping nak cari warna tudung apa nak matching dengan baju, tapi kakak-kakak kita kat sana tudungnya dilucut, pakaian direntap, rakus, kehormatan mereka dicabul. Korang boleh bayangkan tak? 




Abang-abang kita kat sini pulak, kemain lagi seronok merempit. Lepak tepi jalan, macam melepak itu satu ibadah yang berganda-ganda pahalanya. Tapi abang-abang kita kat sana, giat melaungkan semangat Jihad. Tak ada gentar dalam hati mereka nak dapat title syahid walaupun luluh hati dan jiwa melihat nyawa ahli keluarga masing-masing diragut di hadapan mata.




"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap." - Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Israa' ayat 81.




Aku tak tahu apa yang tengah bermain di fikiran korang sekarang ini. Mungkin ada yang kata, 



Ada-aku-kisah? 

Syria-dia-punya-pasallah-aku-duduk-Malaysia-ok.

Banyak-benda-lain-aku-nak-fikir-tak-kuasalah-nak-ambik-tahu.

Test-pun-tak-habis-baca-lagi-nak-baca-pasal-Syria-Palestin-bagai-heh.


atau mungkin juga yang dalam hati tu membuak-buak nak cakap,


Poyolah-kau-Ocha-tak-payah-nak-bajet-aktivis-sangat-kat-sini.


Ada kan? 
Mesti ada punya ^_^






Listen, my dear brothers and sisters. I may not be able to do anything with my physical strength. I may not be able to line up with them and get them free from those tentera Iblis Laknatullah. Korang pun tak mampu kan? Tapi dengan jari-jari ini, dengan hati ini dan dengan sedikit masa yang aku ambil daripada 24 jam aku hari ni, aku ingatkan kepada kalian kepada korang dan kepada u ols, kalau kita tak mampu nak buat apa-apa untuk tolong mereka, at least janganlah kita terkinja-kinja dekat sini.  Malu tahu tak? Macam monkey!




Dah sedar diri tu tak mampu nak dapat title mati-syahid, tak payahlah sampai nak memperlekehkan usaha orang lain. Dahlah tak support agama sendiri, lagi nak layan mat saleh, puppet-puppet syaitan semua tu. Suruh boikot, tak nak boikot. (i-cant-live-without-israels-product-katanya). Suruh sebarkan berita Syria, Palestin sume bagai pun tak mau. Azan pun tergagap-gagap macam mana nak suruh laung ALLAHU AKHBAR di medan perang?






I know that's quite rude. Tapi bila dah sampai tahap sakit mata tengok orang-orang di sekeliling yang tak tahu bila nak sentap dengan isu-isu macam ni, aku jadi sedih. Baru cakap pasal  Syria, Palestin, mula ada yang buat muka ignorance. Belum cerita Israel dan Yahudi Laknatullah tu lagi detail. Gambar atas tu baru sikit. Kang aku tambah cerita hari qiamat lagi, cerita kisah kuasa-kuasa Allah kat muka bumi ni, cerita pasal pergaulan bebas, couple, zina, anak haram, makhluk-makhluk haram jadah yang kau excited tengok masa Hari Belia hari tu dan kawasan-kawasan yang sekawasan dengannya, baru nak menangis, baru menggelabah cari sejadah, baru nak repent!




Cukuplah. Dan maaflah, aku tak pandai la nak explain isu-isu macam ni in a proper way. This is my writing style. Kalau nak baca versi yang bersopan santun bagai, silakan gugel. Sekelip mata semua akan terbongkar dengan lebih jelas. Motif aku pun, bukan nak emphasize detail about the situation in those countries. Sekadar peringatan untuk semua termasuklah diri sendiri. As mentioned by Allah in Surah Al-Asr;









Have faith on Him, my dear. Surely the day will come. Bashar will end his life just like Hosni Mubarak and Gaddafi and those 'Firauns'.




Cuba kelik iyerker.blogspot.com for additional knowledge. Then only u'll know the feeling.

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

kita yang jauh ni hanya mampu menolong dengan berdoa minta pada allah supaya mereka sabar dan tabah hadapi dugaan ni.. kalau boleh mahu mereka hidup aman tanpa perang2..

Unknown said...

InsyaAllah, berdoa itu adalah bantuan yang paling sikit boleh kita lakukan.. nak lebih lagi, jum daftar masuk sukarelawan palestin ^_^

the history

Followers