Wednesday, July 11, 2012

aMBiL bErKaT MaHaR sEDiKiT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW




Ada jugak la terselit sedikit rasa serba salah pasal lama tak update blog especially bulan Julai ni bulan yang sepatutnya aku bias sikit tapi rasa macam Julai ni akan jadi macam Julai tahun lepas je. Tega sungguh aku membiarkan kau bersawang kan belog kan kan kan? Tengoklah berapa banyak je entry bulan Julai tahun lalu. Asal Julai je sedih. Asal sedih je Julailah tu.




Seminggu lebih aku tak berkawan baik dengan internet. Kononnya fokus sangat untuk final, tapi sama je. Layan movie jugak, main game jugak. Tambah lagi dengan gab paper yang agak lama almost a week maka almost a week jugaklah tempoh aku bertapa di rumah. Four papers previously, no komen (tiru ayat rumet). Serius NO KOMEN! Walaupun ada certain part yang rasa confident tapi still nak no komen jugak. Sekian habes cakap pasal final.







Dan sepanjang minggu exam ni jugaklah ramai sedara mara nak kahwin la nak bertunang la nak kenduri hitu la kenduri hini laa. Eh, bukanlah aku nak menunjukkan sisi tak-suka-kenduri kononnya tapi faham tak kenduri itu memenatkan lagi-lagi bila masa kenduri itu sepatutnya lebih afdhol diisi dengan menghafal nota-nota untuk final tapi apakan daya, kenduri is kenduri, final is final.




Dan dikalangan mereka yang berkenduri-kendara itu, ada pulak yang dengarnya sampai berhutang. Saudara saudari cikebum cikebum, perlu ke sampai berhutang? Patut la orang tak kahwin alasan dia tak cukup duit padahal rasanya syarat kahwin tak ada pun cakap kena berduit beribu riban. Ok tapi dunia hari memang harus berduit maksud aku in future tu harus la stabil financial account nye tapi part nak buat kenduri tu perlu ke sampai berhabis sakan? Yang perempuan pulak, perlu ke sampai letak hantaran puluh-puluh ribu dik ya Allah sumpah tercekik aku kalau aku ni lelaki la sungguh aku makan kepala ikan bilis agaknya hari-hari nak jimat kumpul duit punya pasal.








Itu yang gigih la. Yang tak gigih tu mahunya sanggup nak tunggu? Itu pasal la yang sudahnya berhutang. Tak kisah la berhutang mummy daddy ke, berhutang bank ke, berhutang saudara-mara ke, nak kahwin punya pasal kan? Padahal berkahwin tu sepatutnya menyenangkan bukan menyusahkan. Perkahwinan itu nikmat bukan musibat. Eh, musibat ke musibah? Ye, paper final kali ni tak ada bahasa Melayu. Gagap sikit. Haaa, belum cerita pasal mas kahwen lagi. Tu ada lagi best yang aku dengar sampai nak kahwin songlap duit orang. Lagilah best. Dahlah songlap. Lepas tu dengan bangganya mengaku duit tu duit sendiri. Bagus, memang anda lelaki sejati.




Bilang mummy, ambil pengajaran daripada orang sekeliling. Kahwin ikut cara Islam bukan cara Melayu. Islamic, tapi tak kuno. Moden, tapi tak barat. Begitu ayat aku seminit yang lalu tibe-tibe terfalsampah heh. Ok sekian, aku pun tak dapat nak bayangkan perkahwinan aku nanti macam mana. Tapi yang penting, hantaran atau mas kahwin aku nanti, bukan ikut taraf pendidikan seperti yang digembar-gemburkan tu. Islam tak cakap macam tu pun. Yang buat syarat tu sah mengarut.




Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, 
"Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah 
mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".




Jadi mana nak datang berkat tu kalau awal-awal kahwin pun dah berhutang? Mana? Mana? Nanti lepas kahwin mengungkit-ungkit pasal hutang, masa tu mulalah terasa ringan je nak angkat periuk belanga semua kan? Sebab tu laa suami-isteri sekarang susah nak bahagia. Sebab awal-awal lagi dah niat kahwin nak bermewah-mewah, nak bermegah-megah, nak menunjuk-nunjuk. Kau ada, aku pun mesti ada. Tengok orang dulu-dulu, kahwin murah-murah je belanja. Bahagia sampai sekarang.




(kenapa mesti Irma?)




Tapi reasonable la sikit ni bukan 1980-an nak mintak hantaran 2 ribu bang. Macam mana nak buat wedding macam Irma Reeza pakai 2 ribu?

4 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

saya sokong entry ni! :D

umi abi fisa tak tetapkan berapa2 pun untuk anak perempuan diaorang ni.. umi kata "bagi yang termampu sahaja" kan mudah tu :)

tapi janganlah terlalu murahkan.. bajet 2ribu tapi tukang datang makan kenduri 1ribu.. parok2..

mudd(^_^) said...

hmm...bila baca entri ni..macam terusik hati..terbuai beribu persoalan..macam mana agaknya majlis sendiri nnt..harap ianya serba sederhana dan memadai. insyallah..

Unknown said...

nafisah: betul tuu.. ringankan beban lelaki.. baru ada ciri2 isteri solehah..hihi. sepatutnya mahar tu mmg ikut kemampuan lelaki pun.. terpulang brp yg dia mampu..

Unknown said...

mudd: insyaAllah.. tp walau mcm mana pun harus stndby duit banyak2 jgk.. bukan sbb nk menunjuk, tp brg2 kt malaysia ni mmg cekik darah.. sabar jelaa ye~ lg2, awak tu lelaki..hihi ^_^

the history

Followers