Saturday, June 30, 2012

GoOd LuCk FoR FiNaL eXam sPaiN. Eh?



IN THE NAME OF ALLAH
THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



IQ, EQ, SQ, PQ



I hope this would be the simplest one. But firstly, dia cantik sangat! Irma Hasmie. Aku tengok gambar akad nikah dia dekat beautiful nara pergh serius rasa nak kahwin hormon miang meningkat dengan mendadak sampai lupa besok 1st paper final. Bukanlah suka sangat dengan Irma Hasmie (tapi suka la jugak) just the moment I saw her wedding dress, terus terdetik dalam hati eh, design dia sama la macam design baju pengantin yang aku borak-borak dengan mak malam tadi - masa tu tak bukak beautiful nara lagi ok. 




Sambil baring sebelah mak atas katil tu, pandang siling, berangan design baju kahwin aku ok korang kena faham situasi aku bila final exam memang begini. It's just kaler je lain. Mak nak warna dark grey untuk bersanding. Untuk nikah, aku suggest peach dengan bronze mummy pun terus approve best kan belum kahwin dah ada designer untuk wedding dress. Ok cukup! (macam tak ada harapan nak buat entry simple je)




Tahniah Kak Irma ^_^








sumber daripada: beautifulnara




Macam ni lah. Exactly just like my mom said. Ada manik-manik dekat lengan. Lengan baju pulak jenis yang cerut tu. And dekat pinggang pun ada manik-manik jugak. Tak mahu dekat dada sebab nanti tudung tutup labuh so tak nampak kan. Then dia tak mau too crowded. Ala-ala jubah dan tak ikut shape sangat. Senang cerita simple and elegant. (nampak gaya kalau nak kahwin nanti kena book Hatta Dolmat jugaklah ~ takpercayastatementsendiri)




Sudah sudah. Actually aku nak cakap pasal exam. Macam yang aku tulis IQ, EQ, SQ, PQ dekat atas tadi kan. Obviously IQ memang sangat penting. Intelligent quotient tu kalau tak ada tak bertamadunlah hidup. Tapi kita tak boleh bergantung kepada IQ semata-mata sebab dalam exam EQ which is emotional quotient pun penting jugak sebab kalau tak pandai nak bajet emosi mana nak bajet kepala otak kan?




Ni yang tibe-tibe rasa nak relate balik dengan cerita kahwin tadi ni.
Ok next!




Then followed by SQ which is spiritual quotient haaa part ni yang aku paling suka sebab spiritual ni means kita menjaga hubungan dalaman kita. Hubungan kita dengan Allah, diri kita, hati kita serba-serbi yang dalaman punya part lah. Jadi inilah point yang aku nak cakap sebenarnya. Sempena musim exam ni, jangan lupa solat, yang wajib tu semestinya tapi upgrade kan lagi dengan solat sunat lagi best kalau dapat tahajut a.k.a qiamulail. Baca al-quran. Berzikir. Pendek kata, bergantung sepenuhnya kepada Allah. Tapi dengan syarat kita berusahalah. Jangan kau rilek tak baca buku lepas tu mengidam nak dapat dekan tak dapek do jang.




Dan sesibuk mana pun, jangan jadikan itu alasan untuk lalai menunaikan kewajipan kepada Allah ye adik-adik ^_^




Oh bercakap pasal dekan tadi, cukuplah selama ini aku belajar dengan harapan untuk mendapat title itu. Kali ni tidak lagi. Aku hanya mahu ilmu yang aku belajar itu bermanfaat untuk aku di masa hadapan, berguna dan paling penting berkat. Result yang aku dapat nanti, tak kiralah apa sekalipun yang penting aku nak berkat jugak. Faham tak betapa pentingnya berkat itu? Bayangkan kalau dapat result gempak pun tapi kalau result gempak hasil daripada meniru, lepas grad susah dapat kerja jangan tanya kenapa ye tanya diri sendiri dah cukup example satu je.




even in the exam hall ^_^




And satu lagi physical quotient atau orang sebut PQ. Maksud dia, jaga fizikal kita. Walaupun aku sekarang tak berapa rajin nak berjoging, tapi dalam proses nak rajin. Paling penting jaga makan. Jangan selamba badak nak sumbat segala makhluk dalam mulut tu. Kang malas satu hal. Sakit demam pening cirit-birit satu hal. Kalau beli dekat luar kang entah halal lagi suci entah tidak wallahualam bukanlah aku nak kata tak boleh nak makan kat luar langsung cuma berwaspadalah ye. Jangan lupa sebut nama Allah. Jangan membazir. Err, dah macam mak-mak pulak rasa. So dahlah tu.




Sebab semua yang aku sebut tadi sebenarnya adalah antara isi-isi yang disampaikan oleh Ustaz Syarizan dalam Munajat Kecemerlangan yang aku pergi minggu lepas eh eh dua minggu lepas. Tak sure lah anjuran siapa rasanya MPP kerohanian kot tapi tak kisahlah yang penting isi dan pengajarannye itu ambillah buat renungan kalau tak banyak sikit pun jadilah. Sekadar berkongsi sedikit notes yang sempat aku catat dalam buku. Kalau salah tolong betulkan ye. Nak ilmu extra? Boleh kelik sini. Sekian...




Akhir kata daripada saya AIN NATHASHA BINTI OMAR,




SELAMAT MENDUDUKI FINAL EXAM!!!
GOOD LUCK EVERYONE




AND GOOD LUCK TO YOU TOO SPAIN







Bukan nak cakap apalah tapi Fabregas handsome sangat masa dia jaringkan gol yang last tu. Ok its just a penalty tapi dah dua-dua tak nak mengalah kan. Pucat kau Ronaldo..haha. Ok dah kang kalau sambung cerita EURO kang sampai maghrib besok korang tak habis baca belog aku. Lain entry aku story. Bye!




p/s: tengah fikir macam mana nak tengok final match diorang nih! (apalahmalang) ~ siapa willing nak teman aku lepak kedai mamak pagi-pagi buta?

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

minat betul ko dengan bola eah.. aku niha xtau langsung sape yng menang.. hahaha

goodluck untuk ko weh. banyak2 kan berdoa, insya allah mudah je ko nak jawap soklan nanti. :)

Unknown said...

amin, tenkiu syg.. xpe, bola x penting.. tu minat je. lagipun duniawi sume tuh..hihi.

the history

Followers