Friday, July 20, 2012

YaNg SaYa NaNTi-NaNTiKaN - wELcOmE RaMaDhaN


Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW
Assalamualaikum wbt tuan-tuan dan puan-puan



bayangkan aku tengah pose macam ni depan korang sekarang ^_^




Tahu tak kenapa ramai wanita yang apabila bercakap nak turunkan berat badan tapi tak turun-turun? Macam main teka-teki kan mujur tak mulakan soalan dengan ayat ‘dalam-banyak-banyak...’ haa pang kang aku bagi. Ye. Terlalu lama nak dapatkan mood menulis balik ni pun rasa rajin sekejap sebab hari ni tak bizi sangat macam semalam. Tiga hari tolong mak gubah bunga sempena nak raya ni. Satu hall wajib ada at least 3 pasu. Kalau dua hall? Plus dalam bilik lagi? Dekat siling lagi. Kau tak percaya kat siling rumah aku ada bunga? Mai datang raya nanti kau tengok okeh. Tu mujur mak tak gila sangat nak gubah bunga dekat toilet phew. Mahu sampai seminggu untuk gubah bunga semata.




Oh pasal kenapa berat badan susah nak turun tadi. Dah ada jawapan? Senang je. Sebab perempuan ni banyak nafsu. Sembilan tu bukan singular tau. Tu yang bila nafsu nak makan tu datang, memang rasa Ya Allah tolonglah berikan aku apa sahaja kepala gajah pun aku sanggup makan tapi bila once dah kenyang macam nak bunuh diri rasa menyesal sebab makan banyak terus berazam lepas ni tak nak makan, berazam nak diet, berazam nak pantang makan rasa nak perang makanan habis-habisan perangai apa tu?








Jadi berita gembira kepada kaum wanita yang menghadapi situasi seperti di atas, iaitu kecelaruan emosi dan sebagainya, RAMADHAN SUDAH TIBA. Maka inilah masanya untuk anda kita mendidik diri berjihad melawan nafsu. Bukan tang makan je, tang shopping, tang emosi, tang bercakap semualah. Dah jangan lupa the best thing about Ramadhan is TERAWIKH. Haaa, mudah-mudahan penuh masjid dan surau-surau setiap malam nanti ye. Jangan awal Ramadhan je penuh. Dah hujung, suam-suam suku pulak padahal Lailatul Qadar itu la yang kita nak cari setahun sekali.




Dan jangan liat bangun sahur. – niat puasa tiap-tiap malam. Kalau takut lupa, niat dulu puasa sebulan terus. Manusia ni biasalah kang dah kenyang moreh tidur terus tak jumpa qiamullail. Ingat sabda Nabi SAW,




Daripada Umar bin Khathab RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)




Ini niat puasa sebulan ye adik-adik. 
Supaya kalau terlupa nak niat setiap hari taklah batal puasanya nanti.
Nanti malam baca tau!




Ini niat puasa untuk setiap hari.
Dah biasa kaaaaan.
Pandai alololo




Dan ini doa berbuka puasa.
Surely semua orang hafal betul betul betul?




Sekian, semoga Ramadan ini dapat menjadi permulaan bagi amalan-amalan kita seterusnya. Kalau selama ni selak Al-Quran sehelai sehari, apa kata Ramadhan ni selak banyak-banyak helai setiap hari. Kalau sebelum ni susah nak solat qobliyah ba'diyah, apa kata Ramadhan ni upgrade kan lagi dengan rawatib tu semua kalau boleh plus dengan tahajud qiamullail dan sebagainya. Pergh, wa respek lu habis-habisan der. InsyaAllah mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.




p/s: hai, kalaulah nafsu aku ni ada dekat luar badan, senang aku picit-picit dia sampai lumat kasi campak jauh-jauh. Ssyuuuhhh!!!

4 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

awal2 aku atakleh pose weh.. sedih aku tak dapat nak terawih malam pertama ni... waaa

AsmaAqilah said...

aiyo..kuat2!
jemput la mai http://ismyasmaaqilah.blogspot.com/

Unknown said...

pisa: same la kite~ off dua hari.. ops ^_^

Unknown said...

asma-aqilah ~ insyaAllah, terima kasih blogwalking ^_^

the history

Followers