Wednesday, August 15, 2012

aMaRaN : kEeP yOuR pRoMiSe!


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT DEAR BROTHERS AND SISTERS






So, that's my seat. Recently. Yes it takes a week to fulfill the promise I made minta maaflah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Mak Jemah sibuk bebeno nak raya ni kan kau bayangkan 2 hari berturut-turut 5 jenis kuih aku bantai. Sambil buat kuih sambil layan Main Hoon Na. Movie dah habis, kuih tak siap-siap nak cerita dia punya lamalah kan. So hari ni baru sempat nak update. Amacam? Boleh tahan kan nama aku terus jadi Kamil.




Well, tuan meja ni actually tak ada. Cuti rehat 2 tahun yaaa DUA TAHUN cuti rehat jangan tak percaya, ini bukan typo. Menurut senior citizen di sini, beliau bercuti 2 tahun kerana menjalani pembedahan kanser paru-paru. Sebelah dah dibuang. Jadi erm, jadi begitulah ceritanya.




Jadi pagi-pagi dekat office tadi dah kecoh-kecoh cakap pasal janji. Kak Nan dekat meja depan aku bukan main marah lagi. Tak puas hati betul dia dengan seorang hamba Allah ni yang janji nak datang mesyuarat tapi tak datang-datang. Pelik-betul-dengan-manusia-macam-ni. Kata Kak Nan.




Betul, aku pun pelik. Macam mana ye boleh ada manusia yang boleh hidup dengan memungkiri janji. Bukankah Tuhan sudah berkata dalam Surah Al-Maidah ayat 1;



"Wahai orang-orang yang beriman, tepatilah janji."



Rasulullah juga pernah bersabda: 



"Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim. Pertama, bila berbicara dia bohong. Kedua, bila berjanji dia mungkiri. Ketiga, bila menerima amanah dia khianati."



Pernah dengar kisah seorang lelaki pada zaman Rasulullah, beliau mengikat janji dengan Baginda Rasulullah SAW. Tetapi beliau lupa terhadap janji yang dibuatnya sehingga menyebabkan Rasulullah menunggu tiga hari berturut-turut. Sebaik lelaki itu sampai ke tempat yang dijanjikan, Rasululllah masih menunggu di situ lalu Baginda berkata,



"Wahai pemuda, engkau telah menyakiti aku dengan janjimu kerana aku berada di sini menunggu sejak tiga hari yang lalu."



Kan pedih tu. Sedangkan Rasululullah juga merasa disakiti apabila seseorang memungkiri janji, apatah lagi kita dan aku yang manusia biasa ni. Adik-adik sekalian, hindarilah daripada memungkiri janji. Kalau tak mampu nak tunaikan, cakap saja tak mampu. Atau ucapkanlah InsyaAllah. Jangan sesedap rasa buat janji kat mulut. Tak cantik perangai tu.




Kalau nak diikutkan memang rasa macam nak lempang je. Tapi tak ape lagi at least dia tunaikan janji jugak walaupun dah berkurun berabad berzaman nak tunggu kan. Yang spesis langsung tak tunaikan janji tu haaa canne? Oh, sila renung-renungkan dan selamat beramal. Kepada Kak Nan, jangan marah-marah kak oooi, baby dalam perut tu nanges kang. ^_^ Gurau Kak Nan.


4 comments:

haajarpuad said...

sy dah tepati pape janji x???

Unknown said...

dunt wory, semuanya ditepati.. kalau ada sure da lama tuntut cik adek..haha.

Sayidah Nafisah Ruslan said...

tapi sekarang ni tema kemerdekaan janji ditepati.. kalau tak ditepati? kesian rakyat yang menangis :(

Unknown said...

Haha, no comment...^_^

the history

Followers