BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Ini lagi sorang punya mak nenek semangat nak beraya kemain sampai mesej ntah berapa kali minta resipi beskot dekat aku. Yang hari tu resipi kek. Ni beskot pulak ye. Haaa, yelah. Pagi-pagi buta semangat datang office dengan tujuan menghapdet belog tentang resipi. Ok, standby dik. Resipi hari ini, akak letak yang top 3 faling fofuler setiap kali Aidilfitri menjelma. Tak pernah miss eberi year.
Tapi aku warning awal-awal, resipi yang dalam sukatan cawan itu resipi asal daripada Mummy. Yang resipi dalam gram itu adalah resipi aku. Rujukan utama kelik sini, tiffinbiru.com. So kalau tak biasa sukat pakai gram, kau pandai-pandailah convert kepada cawan atau mangkuk atau besen ikut banyak mana kau nak buatlah. Sifir gram tukar ke kilogram pun aku tak hafal, inikan pulak nak tukar ke cawan. Haish, tak dapek den nak nolong ea tu.
1- BESKOT MAZOLA / BESKOT KACANG / BESKOT FEVERET MUMMY.
Ghopa mereka cenggini lah
Bahan-bahan:
1 KG KACANG TANAH - (Goreng dengan sedikit minyak dan kisar halus)
1 KG TEPUNG GANDUM - (Habiskan satu peket tu)
500 GRAM GULA AISING - (Aku selalu kurangkan setengah)
500 GRAM MINYAK MAZOLA - (Minyak masak biasa pun boley)
SECUBIT GARAM
SEDIKIT KACANG TANAH YANG TAK DIKISAR DAN KUNING TELUR UNTUK HIASAN
Cara membuat:
Campurkan semua bahan-bahan tu - Canai - Tekap ikut acuan yang kau suka - Hiaskan dengan kacang tanah yang tak dikisar tadi - Sapukan kuning telur sikit untuk bagi nampak berseri - Bakar sampai masak.
Jangan tanya aku berapa lama nak masak. Tapi mengikut pengalaman, beskot-beskot ni kalau nak sedap, api jangan godang. Kang keluar beriya je meriah kat dalam rasa mentah. Alaaah, tu tak payah ajar you ols tahu kan.
2. BESKOT KELAPA / BESKOT FEVERET NENEK
My beskot ^_^
Bahan-bahan:
6 CAWAN TEPUNG UBI (Goreng tanpa minyak sampai ringan)
3 CAWAN KELAPA PARUT (Goreng tanpa minyak jugak)
3 CAWAN TEPUNG GANDUM
3 CAWAN MENTEGA
2 CAWAN GULA AISING
2 BIJI KUNING TELUR
ESEN VANILLA
KELAPA GORENG TADI TINGGALKAN SIKIT UNTUK HIASAN
Cara membuat:
Ayakkan tepung - Kemudian gaulkan dengan kelapa - Ketepikan - Pukul mentega dengan gula sampai kembang - Masukkan kuning telur dan esen vanila - Campurkan ke dalam adunan tepung tadi - Tekap dengan acuan - Hias dengan kelapa goreng tadi. Oh, tips untuk kasi kelapa hiasan tu melekat elok dekat beskot, bila dah hias, satu sikit PUTIH telur. Dia akan jadi ala-ala gam gitew.
Lepas tu bakar sampai masak - Dan siap untuk dimakan! (selepas berbuka)
3. BESKOT SEMPRIT / BESKOT DAHLIA
Sekian, semua gambar yang aku letak ni gambar kuih raya tahun lepas.
Tahun ni belum start lagi. Bye!
Bahan-bahan:
240 GRAM TEPUNG GANDUM *
100 GRAM TEPUNG JAGUNG *
160 GRAM TEPUNG KASTARD *
300 GRAM MENTEGA
160 GRAM GULA AISING
2 BIJI KUNING TELUR
ESEN VANILLA
SEDIKIT CERI MERAH UNTUK HIASAN
(Ayak dan gaulkan semua bahan *)
Cara membuat:
Putar mentega dengan gula JANGAN sampai kembang - Masukkan kuning telur - Esen vanilla - Gaul sebati - Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habes - Tekap dalam acuan dahlia - Bakar sampai masak.
Sekian. Pesanan terakhir aku, SELAMAT MENCUBA. Kalau tak faham, direct call akulah. Haish, macam mana nak jadi bini orang ni. Kuih raya pun tak pas. Haha, gurau gurau. Bulan puasa tak baik marah-marah dik. Ok, sekian. Tata titi tutu. Wassalam.
7 comments:
ske pakai gram...bagi la cawan..
Haha, ko kan budak account kak.. convert sendiri laa..kikiki
chef ocha, chef ocha.. macam mana nk buat kerepek pisang? tau tak. hehe
kepek pisang? Alahai sonang yo.. boli kek kodai laa..kikiki
jgn lupe post yer kak ngah!haha
~roy yean~
Hik, insyaAllah... Kalau tak sampai ganu, datang ambek sendiri kat rumah k.ngah eh..^_^
Post a Comment