Tuesday, August 7, 2012

cHiS kEk UnTuK KaK LoNg ~ HeH, TaK mENYaBo





Comel kan aku bagi salam pakai bunga-bunga cinta. Semua kak long aku punye pasal beriya semangat dia nak buat ciskek. Jadi sebab aku tak tanya dia nak resipi kek cis ape, aku pun bagi yang blueberry cheese ni eh kak. Semestinya aku pernah buat dan pernah jadi dan pernah berlemak di dalam perut aku. Bagi sesiapa yang sedang berdiet saya nasihatkan bertaubatlah daripada memakan kaum kaum cis ni ngeri yaw. Ngeri yang kabir ^_^ (kononnye laaa)




Ok jadi ini gambar lama, aku repost balik. Sample dia saja. Ambik bau tak boleh. Nak rasa lagi tak buleh. Hooo kau tak puase eh?





Jadi boleh siapkan duit pergi supermarket sekarang, cari barang-barang seperti berikut:



BAHAN A:

500 GRAM CREAM CHEESE (biasa aku guna brand Philadelphia)
50 GRAM GULA HALUS
200 GRAM WHIPPING CREAM
5 BIJI KUNING TELUR
120 GRAM TEPUNG GANDUM
1 CAMCA TEH ESEN VANILLA


BAHAN B:

5 BIJI PUTIH TELUR (pakai putih telur yang asing tadi je)
SECIBIT CREAM OF TARTAR (dia ala-ala baking powder)
100 GRAM GULA HALUS
BLUEBERRY FILLING


BAHAN BASE:

150 GRAM BESKOT MERI CHRISTMAS (dikisar halus)
1/3 CAWAN MENTEGA (cairkan)



CARA-CARA MEMBUAT:



Mula-mula baca BISMILLAH. Haaa, nak lagi best, SELAWAT sikit. Ok, sinsing lengn baju kiri kanan. Dan capai beskot Meri dulu. Ok kak long, cara dia gaulkan dengan mentega cair tadi pakai tangan. Kalau tak pakai tangan dia tak jadi. So, jangan risau tangan kotor, bukan kotor sampah, benda nak makan jugak kan. Dan gaul gaul gaul, sampai semua bahan tu boleh dikepal. Boleh tengok dekat gambar atas tadi, dia akan jadi tebal tu untuk loyang saiz sederhana. Kalau nak tebal lagi base, boleh tambah beskot lagi tak ada masalah. Lepas tu padatkan dalam acuan. Simpan dalam freezer. Ok dah siap.




Lepas tu, sementara tunggu beskot tadi sejuk a.k.a keras, putarkan cream cheese dengan gula sampai lembut. Gula yang 50 gram tadi. Yang bahan B jangan usik dulu. Ok then, masukkan whipping cream. Whipping cream dengan cream cheese kalau cari kat supermarket tak jumpa aku tak tahulah nak cakap apa. Pergi department yang jual butter segala tu konfirm jumpa. And pastikan yang HALAL ok!




Seterusnya putar sampa licin, sampai halus, sampai kembang, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi agak-agak dalam 2 ke 3 minit, masukkan tepung pulak. Jangan masuk sekali semua. Tu gelojoh namanya. Dekat dapur ni kena sabar, kena cermat, kena sopan santun, lemah gemalai, baru suami nak makan pun lembut je hati...haha, geli. Ok cut cut. Masuk tepung sikit-sikit ye kak long. Putar sampai dia rata dan siap jadilah koko crunch eh eh dan siap sila ketepikan kita ambik bahan B pulak.




Dalam mangkuk lain ye, jangan kau campur dalam mangkok tadi pulak. Ok, putar putih telur sampai berbuih a.k.a sampai dia pekat. Kalau pro macam dalam AFC tu dia pakai whisk je. Aku? Pemalas macam ni lupakan sajalah. Oh lepas dah kembang tu, masukkan gula pulak. Yang 100 gram tadi. Lepas tu masukkan cream of tartar. Putar lagi dengan gigih sampai adunan tu kenyal eh, bukan-bukan. Sampai dia pekat betul. Bak kata tukang masak terer, sampai dapat soft peak. Soft peak tu macam mana, sampai bila kita angkat whisk tu, adunan tadi tercacak kat situ. Haaa, ingat senang nak buat ciskek...haha.




Sekian, masukkan yang bahan B tadi ke dalam bekas bahan A. Time ni tak payah pakai mixer. Pakai spatula. Kalau tak ada spatula, pakai la apa-apa yang berkenan di hati. Sudu ke, senduk ke, sudip ke, jangan pakai cangkul suda la eh...




Kemudian dah setel, tuang dalam acuan, bakar sampai masak. Around 45 minit - 1 jam. Guna kaedah water bath. Water bath tu camano? Ko letak air dalam tin oven tu, atas dulang air tu baru letak acuan tadi. Baru dia selamat daripada tragedi kek hangus. Ok. Paham? Once kek tu dah masak, alihkan daripada loyang atau dulang air tadi, dan biarkan dia sejuk. Biarkan dia sejuk dalam oven je. Tak yah main jauh-jauh. Lepas tu dah sejuk betul, boleh la hiaskan dengan filling tadi. Yang filling ni kalau aku nak kena ajar jugak susah laa. Pakai jem blueberi je sapu atas tu..haha. Ok, tak klaka.




Aku punya filling, masakkan buah blueberi dengan gula sampai pekat. Dan hias! Tada...~






Sekian, itulah dia. Nah, tak menyabo sangat. Wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Semoga berjaya kak. Hwaiting! ^_^

4 comments:

Syamimi Hasni said...

macam tukang masak kt tibi dah..

Unknown said...

haha, demimu kak long... nak bg ko paham punya pasal. tengok la 2,3 tahun lagi ada la muka aku kt AFC tuu..hik3.

Sayidah Nafisah Ruslan said...

aku ni maleh nak masak2 macam ni..

agak2 ko ade buat servis delivery x? nak jugak aku merase.. hehe

Unknown said...

nak delivery serbis, bank in 100 dulu..kui2.

the history

Followers