BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT
This is something that I wrote by myself, on behalf of my friend. She's a mag editor and she asked me to write an article. Yeaah, I don't know if I can call this an article and I don't know if this 'article' are going to publish in that magazine. God knows how hard I tried to stick in a monolingual. So, here, the malay one :
Firman
Allah, Surah Al-A’raaf ayat 182, maksudnya:
Dan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik sedikit demi sedikit (ke jurang
kebinasaan) menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.
Pernahkan
kita terfikir, kenapa seseorang itu tidak menunaikan solat, tidak menutup
aurat, tidak mematuhi suruhan Allah dan sebagainya tetapi dia diberi
kesenangan, kekayaan dan kemewahan? Bagaimanakah pula dengan mereka yang
dikurniakan Allah dengan kebijaksanaan dan kepintaran sedangkan dia bergelumang
dengan maksiat? Betulkan pernyataan itu kerana apa yang diberikan Allah kepada
mereka bukanlah kurnia tetapi Istidraj. Ya, Istidraj namanya.
Istidraj
bermaksud perkara luar biasa yang diberikan Allah SWT kepada seseorang yang
membawanya kepada kebinasaan. Ia bahkan juga menambah keburukan dan kehinaan
sehingga sampai saat dan masanya untuk Allah SWT memberi balasan ke atas
mereka. Jika kita memecahkan istidraj ini, ia mempunyai empat bahagian :-
Pertama
sekali kepada pengamal ilmu hitam Mereka yang diberi kelebihan seperti
mengubati sakit orang lain, menjadi kebal, berkata-kata dengan makhluk lain
atau sebagainya melalui cara yang sesat tidak lain dan tidak bukan adalah
semata-mata kerana mereka bersekutu dengan jin dan syaitan. Itu bukanlah
kelebihan yang dikurniakan Allah tetapi istidaraj kepada mereka yang
mengamalkannya. Sehingga sampai satu ketika, Allah membuka hijab dan keaiban
mereka, ketika itulah manusia akan tahu siapa yang lebih berkuasa dan kelebihan
itu datangnya daripada Siapa?
Keduanya,
adalah kepada pemimpin. Jika Bashar Al-Asad boleh hidup senang dan bergembira
dengan keadaan rakyatnya yang sentiasa bergelumang dengan ketakutan dan
kesakitan, itu adalah contoh istidraj yang paling mudah untuk kita lihat.
Kejahatan yang dilakukan, penyelewengan, kezaliman dan sebagainya, segala itu
diberikan Allah SWT kepada pemimpin yang lupa bahawa kuasa yang mereka miliki
itu adalah hak mutlak Allah semata-mata sehingga sampainya masanya Allah akan
tarik kuasa itu kembali seperti firman Allah SWT maksudnya :
"Katakanlah:
'Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang
Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.
Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau
kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
atas segala sesuatu"
(Surah
Ali-Imran:ayat 26).
Seterusnya
istidraj terhadap harta dan kekayaan seperti yang disebutkan di atas, di mana
segala harta dan kekayaan diberikan Allah SWT kepada mereka bukanlah satu
kurnia melainkan istidraj yang bertujuan untuk menguji mereka serta melihat
sejauh mana mereka bersyukur kepada nikmat yang Allah berikan. Biar sebesar
gudang sekalipun harta dan kekayaan mereka, jika tiada perasaan syukur dan
rendah diri kepada Allah, maka kebinasaanlah balasan mereka. Seperti sabda Nabi
SAW :-
"Jika kamu melihat Allah
memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari
apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah istidraj".
Istidraj
dari aspek kemajuan dan teknologi pula jika kita lihat, sekalipun kepintaran
yang Allah SWT berikan kepada seseorang hamba itu, jika disalahgunakan seperti
menggodam komputer, memuat naik video-video lucah dan sebagainya, itulah
istidraj Allah SWT kepada hamba-hambanya apatah lagi jika perbuatan-perbuatan
itu diberikan imbuhan yang lumayan.
Oleh
itu, musabahlah diri kita. Jika kita merasakan kesenangan dan kemewahan yang
kita miliki hari ini adalah hasil titik peluh kita semata-mata? Fikirkan
kembali. Dari mana asal usulnya kekayaan itu semua. Dan jika kita merasakan
kita sudah cukup bijak dengan segala ilmu dunia, adakah kita cukup bijak dengan
ilmu akhirat? Ketahuilah, segalanya milik Allah SWT, Tuhan Penguasa alam.
So, that's a simple care and reminder. To dear friends and me myself. Do take care of yourself. Keep in health. Happy Eid Everyone ^_^
4 comments:
aku baca ni sambil membayangkan kau memberi ceramah macam ustazah siti norbayah tu :)
cool!
baru aku tau ape itu istidraj. dulu belajar main2.. huhu
Haha, aku pun baru2 je tahu pasal ni. So, kita sharelah same2 ye. btw, part ustazah ct norbayah tu tak boleh blaa... jep sepah boley laa buat tuu. ^_^
alhamdulillah...there is still people nowadays being sharing the dakwah through this way....
alhamdulillah...^_^
Post a Comment