IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM, PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT
"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Riwayat Imam Ahmad)
kau apahal kucin nak buat muka banggariaktakabur dengan aku?
Biasalah kalau kita tengok orang sembah kubur, puja busut, pokok dan sebagainya memang kita tahu itu adalah SYIRIK yang memang sangat jelas dan nyata. Percaya kepada tukang tilik macam contoh nombor-nombor bertuah, horoskop, tangkal pelindunglah bagai semestinya itu adalah juga adalah SYIRIK. Kau faham tak kenapa aku tiba-tiba intro je terus serius macam ni kau faham tak? Mesti kau tak faham kan sebab aku pun tak faham kenapa mood menulis aku hari ni tiba-tiba terus nak serius lepas tu terus bagi ceramah pasal syirik. Ntah.
Praktikal? Cukup-cukuplah asyik nak berpraktikal manjang orang lain pun praktikal jugak tapi taklah over bebenau ceritanya. Tu yang beriya cakap pasal syirik tibe-tibe tapi tak habis kau apasal? Aku rasa aku sudah boleh mendaftar di Hospital Bahagia sekarang sebab memang jelas ada unsur-unsur ketidakwarasan dalam entry ini. Mari sini aku ajar kau baca doa untuk melindungi diri daripada syirik. (tibatiba)
Tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu, sebab bila aku copy hadis dekat atas tadi susah nak konfidenkan diri sendiri kau orang baca atau tidak statement tu. Siapa yang tak baca, sila baca lagi sekali sebab itu adalah main point yang manusia bernama Ain Natasha Omar nak cakap di sini.
Biasalah kita, kadang-kadang tak sedar bila kita rasa kita dah cukup semua. Kita rasa kita dah cukup mewah, kita dah cukup pangkat, berjawatan tinggi, bangga sungguh bila bercerita tentang kereta besar, rumah besar, bini besar kau tak nak cerita pulak. Faham-faham. Sekian terima kasih. Tapi kita tak sedar, memang bukan niat kita nak meriakkan diri, membangga diri ke apa, tapi bila orang dah bercerita pasal diri dia, kehebatan dia, kita pun mesti ada rasa macam tercabar sikit kan. Mesti ada rasa macam 'eh mana boleh dia lebih daripada aku' kan kan kan. Maka keluarlah cerita-cerita tentang kehebatan kita pulak dengan penuh perasaan riak, perasaan megah dan bangga dalam diri.
Tolong eh. Jangan nak deny sangat. Syirik itu selalu berlaku dalam diri kita. Ya, SYIRIK juga nama dia. Syirik kecil. Syirik khafi. Syirik yang kita tak nampak. Itu termasuklah jugak macam contoh bila kita pergi shopping kan, jalan-jalan alaaa nak window shopping je pun. Sekali ternampak dress yang ala-ala Kate Middleton yang memang tempted punya design kan. Kelas kau ada hati berangan nak jadi Kate Middleton. Lepas tu rasa 'aku-nak-jugak-tak-kira-tak-kira' dasar patuh kepada hawa nafsu dan maka termasuklah kita dalam golongan musyrikun, orang-orang yang melakukan syirik. Syirik kecil tadilah. Ye, syirik kecil namanya berapa kali nak ulang ni?
Dan begitu juga dengan situasi macam ni,
hoot hoot
Bila kita terlalu taksub untuk memberikan dakwah dengan niat untuk mendapatkan perhatian orang, dengan niat untuk mendapat pujian dan sanjungan, nak orang tengok kita kononnya kita ni sangat baik beriman bertakwa dan sebagainya, maka berhati-hatilah. Jangan sesekali hati kita sampai ke tahap terdetik dengan perasaan macam tu. It's like a crime. Kita bangga bila melihat orang 'like' status dakwah kita, kita bangga dapat anugerah dekan. Kita bangga orang puji body kita cantik. Kita bangga dengan status dan gelaran nama keluarga kita. Kita bangga kita banyak followers. Tapi kita tak sedar yang sebenarnya kita kejam kepada diri kita sendiri.
But Allah says:
"Surely Allah will not forgive the association of partners (shirk) with Him, but He forgives (sins) less then that to whomever He wishes" (Surah An-Nisa 4:48)
Maka sebab itulah kita kena sentiasa muhasabah diri. Check up apa yang kita dah buat dalam sehari. Ada tak perasaan-perasaan yang termenyimpang dari jalan yang lurus? Ada tak unsur-unsur banggariaktakabbur dalam aktiviti-aktiviti seharian kita? Memang nampak kecik, nampak remeh. Tapi sekecik-kecik dan seremeh-remeh itulah yang akan Allah persoalkan di akhirat nanti. Ring any bells. Now you do.
Memang saja tulis untuk perli diri sendiri. Doakan agar aku kembali ke jalan yang benar. Sekian, wassalam...
4 comments:
menusuk kalbu ni...thanks 4 da sharing...muhasabah diri
insyaAllah, sama2 muhasabah ^_^
terasa :(
peringatan ^_^
Post a Comment