Saturday, September 22, 2012

PaRa JeMaAh HaJi, JaGa DiRi aNda


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




 Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj ayat 27:
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."


Sekarang dah masuk musim haji. Ya, memang sungguh pantas masa berlalu. Ain praktikal kat sini sampai bila? Oktober, 31. Oh, lama lagi. Lama? Aku memang mengeluh lama. Sebulan setengah tu tak lama kak. Pejam celik aku dah nak masuk kelas balik. Pejam celik aku pun dah berdiri depan barisan lecturer bentangkan final project aku. Bersiaplah dengan hambatan kencang komen-komen berbisa. Tisu selori, sapu tangan standby untuk mengesat air mata. Pejam celik lepas tu Januari pun datang. Final exam menjelang. Tunggulah istiadat konvokesyen dengan 2nd class degree itupun kalau layak ambil skrol daripada tangan YDP agong.




Tapi tadi cakap pasal musim haji sebenarnya. Bulan Zulhijah bulan depan tapi bukan apalah, saja dah alang-alang terlintas dalam kepala otak malam-malam begini. Teringat Timbalan Pengarah di PPD yang turut mengerjakan ibadah haji di Makah sana. Macam manalah agaknya Puan Siti sekarang ya? Semoga mabrur hajinya. Semoga tenang dan sihat menjalani ibadah. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Amin. More about Zulhijah, I tell you in another entry insyaAllah.






Dalam entry lepas yang aku gedik tayang gambar pakai tudung tema batik kononnya tu, masa tu bos yang drive kereta kat sebelah asyiklah mengadu sakit tekak. Bos yang mana satu? Ini bukan Encik Ridwan atau Encik Mail kesayangan. Encik Nazri. 2nd big bos. Nak makan sakitlah. Nak telan air liur pun sakitlah katanya. Atas desakan wah ayat aku, atas desakan aku yang memaksa dia ke klinik, akhirnya dia pergi jugaklah. Alhamdulillah. Sekarang semakin baik. Lega.




Aku bukanlah jenis caring sangat dengan orang. Contoh kalau saja-saja nak tanya ‘you dah makan belum?’ itu bukan aku. Kalau saja-saja nak tanya ‘you hari ni beli lauk dekat supermarket mana?’ itu bukan aku. Kalau ada yang saja-saja caring nak tanya ‘you tengah buat apa?’ masa aku tengah online pesbuk, dan aku pun akan jawab ‘I tengah berenang ni.’ Caring sangat kan?




Tapi bila kau mengadu pasal sakit, it depends. Aku akan tengok jugak criteria tertentu sebab sakit mengada-ngada dengan sakit yang betul-betul sakit ni beza dia besar. And definitely aku hanya akan caring pada orang yang sakit betul-betul. Kalau boleh memang sampai tahap nak jadi jururawat peribadi ngko. Tapi tengoklah. Adalah tu.




Kembali ke pangkal jalan, kepada para jemaah Haji. Yang sudah berangkat mahupun belum. Ada lagi ke yang belum depart? Ok dan kepada ahli keluarga para jemaah haji yang sedang membaca. Saya mohon supaya iringkanlah mereka dengan doa, paling penting sekali supaya diberi kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan haji. Bukan mereka saja. Berdiri depan cermin dan pesan kepada orang yang anda nampak itu juga supaya jaga kesihatan sepanjang masa.




Jangan sesekali miss solat kerana solat itu juga merupakan terapi dan senaman buat kita. Tak bersenam, badan sakit. Tak solat, badan sakit, hati pun sakit. Untuk senaman extra, buatlah solat extra. Berpuasa sunat Isnin Khamis. Recite al-quran everyday. Dalaman sihat, luaran juga, insyaAllah mantap. Akhir kata, semoga kita pula diizinkan untuk ke Tanah Suci suatu hari nanti. Sama-sama doakan ye.




p/s: Oh please, Encik Ridwan pernah jadi jurulatih netball. Encik Nazri pernah jadi jurulatih tarian. Then should I learn soccer? Tergugat okeh. Aku sendiri dah lupa apa function WA.


2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

bila lagi kita ni nak pergi haji?
umi abi fisa pun tak jejak ke sana lagi... haraplah mereka dapat pergi ke sana satu hari nanti :)

Unknown said...

insyaAllah, mak ayah aku pun.. doakan sama2 moga kita semua sampai ke sana nanti...

the history

Followers