Monday, September 10, 2012

TeRiMa KaSiH. JaSaMu DiKeNaNg


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST RIGHTEOUS AND THE GREATEST,
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW, 
ASSALAMUALAIKUM WBT BROTHERS AND SISTERS



Masa sorang makcik cleaner tengah menyapu sampah dekat pejabat ni pagi tadi, dia tegur aku. Saja berbasa-basi.




"Dah minum?"

"Belum lagi. Makcik dah minum?"

"Pagi tadi dah minum kat rumah."

"Tu kat rumah, kat sini belum lagi."

Aku tersengih. Sambil makcik tu menyapu, dia pun tersengih-sengih jugak.

"Tak apa, pukul 10 nanti makcik minumlah." 




Lalu makcik tu pun blah. Aku cakap terima kasih dekat makcik tu sebab bersihkan tempat aku, clearkan tong sampah kecik aku kat bawah meja ni. Kalau tak ada makcik tu tak adanya aku dapat duduk dekat tempat yang bersih macam ni. That was my automatic thought. 








Kadang-kadang bila aku menggatal nak pergi kelas pakai heels, sampai je Melati aku sure akan jalan kaki ayam. Sejak berat badan bertambah ni pressure dekat tumit kaki biasalah mesti akan bertambah punya. But lucky me makcik cleaner dekat Melati tu kerja diorang semua meveles. Aku jalan dekat koridor, macam jalan dalam rumah. Lantai licin habes tak ada rasa habuk. Seriyes gua tak tipu.




Lagi yang aku respek makcik cleaner ni, diorang terbaik juga bab kebersihan tandas. Aku kalau pergi toilet dekat stesen bas memang kalau boleh nak tadah muka dengan sapu tangan yang dah rendam perfume tiga hari tiga malam nak bagi avoid kehancingan tandas 30 sen tak menahan tu. Kat pejabat? Tak ada begitu beb. Landskap terbaik siap pokok bunga-bunga cinta bagai memang sehari tak menziarah tandas office ni memang tak sah. 




I know kalau nak dibandingkan dengan tandas dekat rumah atau dekat hotel atau dekat R&R memang tak dapek do jang, mana yang hado kita bersyukurlah at least ada insan-insan yang sudi berkhidmat dan menjaga kebajikan kita. Jadi silalah jangan memandang rendah kepada mereka. Jasa mereka sangat besar kepada kita yuno. Kalau tak ada mereka, masak kau. So give em a big hand. Applause!




terima kasih encik gugel juga kerana sudi sponser gambar.



Itu baru cerita makcik cleaner. Belum cakap pasal pekerja-pekerja yang tukang kutip sampah, yang tukang repair jalan raya. Siapa nak uruskan sisa-sisa sampah yang kita dah makan kalau tak ada tukang kutip sampah tu? Apa akan jadi dekat kereta kesayangan kita yang mahal yaahamat tu kalau orang jabatan kerja raya tak selenaggara jalan raya berlobang-lobang tu kasi cantek? Tayar senget kang hapa segala, tak pasal-pasal beriban duit keluar nak hantar repair kat workshop. 




Jadi kepada para makcik cleaner, para tukang sapu sampah, para tukang kutip sampah, para kontraktor dan buruh di jalan raya, para tukang kebun, para tukang cacak bendera di jalan raya sempena Hari Malaysia yang bakal tiba dan istimewa kepada pak cik guard di pejabat saya ini yang tidak jenuh mengangkat tangan setiap kali saya keluar masuk pejabat, senyuman kalian di mata saya teramatlah indah. 




Paling penting, Allah turut memandang kalian dengan penuh rahmat. Bergembiralah wahai ahli syurga...

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

tanpa mereka siapalah kita.. eeh.. hahaha
aku memang sayang makcik cleaner dekat uitm aku ni weh.. bilik air aku setiap hari bersih.. nak mandi nak terberak masyuk je.. bau wangi pulak tu :)

Unknown said...

haha, tu laaa, serendah-rendah pangkat pun, jasa mereka tetap besar.. yg berpangkat tnggi blum tntu jadi ahli syurga, so nak bermegah dgn jawatan tu nk bawak ke mana kan..

the history

Followers