Wednesday, October 17, 2012

BeNdaHaRi YaNg AnNoYiNg (AnNoYiNg GiLa!!!)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT



Masa form 1 dulu, dalam kelas aku ada sorang bendahari ni. You know kalau dah namanya bendahari kelas pasti kerjanya ala-ala ceti along gitew asyik nak menyergah orang mintak duit setiap bulan. Sungguh annoying. Sumpah annoying. Lagi-lagi bila bendahari yang jenis suka buat muka. Kau bajet kau bendahari aku takut dengan kau? Aku nak bayar ke tak nak bayar ke aku punya sukalah dol. Sampai aku berani jamin, bendahari tu pun pasti annoying part nak mintak duit dekat aku. Konfirm. Pasal masing-masing akan buat muka antara satu sama lain. Aku masih dapat rasakan perasaan annoying hitu.




Masa form 2 pulak, tak tahu macam mana aku boleh sesat tak jumpa kelas. Memang kelas paling hujung paling bawah paling memang hujung blok punya ceruk dia duduk so aku masuk lambat. Tempat semua dah penuh. The only seat yang tinggal ialah di sebelah bendahari form 1 aku yang annoying tu. Lalu aku dengan pasrah dan menyerah mengambil tempat di sebelah bendahari itu. Eh, bekas bendahari itu.




Dah naik form 3, aku dengan bendahari itu tiba-tiba jadi kamceng. Kau jangan tanya aku kenapa sebab aku tak pandai nak flash back. Biasalah orang cakap kalau benci sangat-sangat, lama-lama dia jadi sayang. Kan dah sayang dengan bendahari annoying.




bendahari annoying yang jarang jumpa tapi aku rasa kau sentiasa dekat dengan aku.
sorry dik, sebab kita dah lama tak jumpa, so aku tak ada the latest picture kita berdua kau tolonglah faham




Dan sekarang bendahari annoying itu sudah tua. Sedang meniti usia emas. Menunggu masa untuk bergelar emak orang juga. So, biarkan dia. Jangan kacau. Jangan marah-marah. Jangan annoying dengan orang. Tak baik. (sebenarnya aku tak ada point nak cakap). Tapi aku akan annoying kalau kau kawen tak letak nama aku dalam senarai VVVVVVVVVIP. Beruang dalam kepala hitu.




And right now, aku sedang ber'camping' di Rembau. Dan birthday kau pun sudah 2 hari berlalu. Maaf sangat-sangat dik. Memang otak aku tepu sekarang. Nak tunggu sampai tak tepu, alamatnya tahun depan punya birthday baru aku tulis. Jadi, apa yang ada kita gasak je. Nah entry birthday untuk kau. Version macam Haajar hari tu. Simple. Boring. Harusnya aku dihazafkan daripada memegang title BFF dalam hidup kau ye nok.




So here, aku baca doa, kau tadah tangan ok. Doa untuk kita sama-sama.




Ya Allah,
panjangkanlah umurku dan umur sahabatku ini, agar lebih lama kami mentaatiMu,
jadikanlah kehidupan buat kami, umpama ladang, semoga di akhirat mampu kami mengutipnya,



Ya Allah,
tambahkanlah amalan kami di saat bertambah usia kami,
sinarilah jalan kami, agar kami tidak mensia-siakan hidup kami.
Amin Ya Rabb




CIK ADEK AYANG,

TERIMA KASIH KERANA SETIA MENJADI KAWAN BAIK AKU SELAMA SEPULUH TAHUN INI. WALAUPUN BADAN KAU KEDING BEGITU, UMUR KAU DAH LAYAK MENGUNDI OK, JADI SILA BEHAVE, SILA SEDAR DIRI BAHAWA KAU SUDAH BANGKA DAN SUDAH LAYAK BERGELAR PUAN, TAPI SEBELUM KAHWIN, JANGAN LUPA BAWAK LAKI KAU JUMPA AKU, MINTAK APPROVAL, OK! CHALO BETEH.




p/s: aku rindu nak panjat pokok rambutan belakang aspuri masa kita sekolah dulu. kau rasa-rasa pokok tu ada lagi tak haaa?

4 comments:

Anisa Anuar said...

ambik ha...dari benci kan dah jadi sayang...

Unknown said...

tu laaa.. apela naseb :P

Sayidah Nafisah Ruslan said...

dulu pun kita tak suka ocha, sekarang rasa nak kahwin je dengan ocha sebab dah sayang sangat.. hahaha

over tau.

Unknown said...

yeke... jum kawen skrg!

the history

Followers