BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI JUNJUNGAN SAW
ASSLAMUALAIKUM WBT
Saya ni kalau busy memang busy sungguh. Kalau free pulak memang free sungguh. Alah, cliche cliche. Cliche ayat kau. Anyway my dear, assalamualaikum wbt sekali lagi. Hari raya kan tak lama lagi. After tomorrow. Tak lama lagi la tu. So perkara paling gian nak buat is duduk di dapur dan menjahanamkan dapur. Lagi pulak lepas jumpa satu cake store dekat seremban hari tu Ya Allah aku punya borong kau jangan cakaplah nasib baik dalam purse RM50 sahaja kalau lebih daripada RM50 memang jahanam, rabak atm kad asyik nak mencucuk je keje. Anyway mak cik Ina, you're awesome! Terima kasih banyak for introducing me to that gorgeous cake store. It was like a heaven to me.
InsyaAllah, aku update pasal cake lepas raya nanti. Tapi sekarang, kita cerita pasal Zulhijjah ok. Siapa tak tahu bulan Zulhijjah bulan ke berapa dalam kalender hijri sila angkat tangan! Siapa tak tahu birthday aku is pada bulan Zulhijjah sila angkat tangan! Siapa tak tahu birthday dia dalam bulan hijri pun boleh angkat tangan kalau rajin!
Tak apa. Bukannya aku nak murka kalau korang tak tahu birthday dalam bulan hijrah. Tapi kalau tahu lagi elok la kan. So, mine is on 25 of Zulhijjah. Kalau ikut kalender masihi tu kira 25 Disember la macam Krismas punya hari sebab Zulhijjah ni bulan yang last dalam kalender hijrah. Tapi Krismas apa kau bulan Zulhijjah kan kan kan? Jadi 25 Zulhijah tahun ni bersamaan dengan 10 November 2012. Memang hebat kalau ada yang wish aku time tu...lalala. Kita tutup majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah al-asr. Bye!
Sambung cerita Zulhijjah yang real punya. Sebab nak raya haji, jadi bulan Zulhijjah is obviously famous pasal haji dan cerita-cerita orang yang menunaikan haji as well as about Qurbaan dan juga ok itu sahaja. But 1st, of all, LETS FASTING TOMORROW! Sebab besok 9 Zulhijjah. Sebab 9 Zulhijjah itu ialah hari Arafah. And what is the best thing about fasting on the day of Arafah is...
(itu bukan no '9' semata-mata. sila besarkan gambar dan baca tulisan di dalamnya)
Naaah, isn't that awesome? Tuhan beri macam-macam peluang kepada kita untuk menikmati ganjarnNya. Tinggal lagi kita nak atau tidak je. MasyaAllah. Lagi hebat daripada mega sale kan? So, malam nanti jangan lupa niat puasa besok ok. (harap-harap bulan tak mengambang) ^_^
So, itu yang pertama. Next. Tahukah u ols tentang sejarah bulan Zulhijjah? Sejarah tentang Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail? Bukanlah aku ni orangnya yang jenis rajin untuk me'restate' dan me'recall' balik cerita itu semua. Alaaa, dulu masa kecik-kecik kan Ustazah dah ajar subjek Pendidikan Islam. Jadi you guys recall sendiri la ye. Saya cuma mengingatkan. Dan...
(Terlupa nak state dekat atas tadi)
Dan besok boleh la kita start bertakbir beramai-ramai lepas berbuka. Ini bukan bertakbir style Aidilfitri ok. Gangnam Style lagilah bukan. Tapi style Aidiladha. Acanner style Aidiladha? Bertakbir sampai habis hari Tashreeq iaitu pada 13 Zulhijjah. Nak kena ajar macam mana nak bertakbir ke? You ols tunggu I asah kasut tumit tinggi I dulu ok.
Baiklah, sekian sampai di sini sahaja peringatan saya yang tidak seberapa untuk para pembaca. Akhir kata,
yang benar,
Encik Lembu
Saje letak sebab dah mula rindu merenyam kawan-kawan yang nak balik Mesir.
Eh, ke dah balik?
2 comments:
rindunya dengan kawan2.. :(
samelaaa~
Post a Comment