Wednesday, October 3, 2012

SiaPa CaKaP pRaKTiKaL TaK bEsT? - PaRt II


In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Peace be upon Him, Prophet Muhammad SAW,
Assalamualaikum wbt




Dan begitulah seperti yang pernah aku ceritakan. Praktikal dekat PPD aka Pejabat Pelajaran Daerah ni kalau ada sesiapa yang cakap tak best tu memang ada something wrong somewhere dalam kepala otak mereka. Memang hebat kalau nak bercakap pasal organsasi yang gah, yang besar dan dikenali ramai. Aku faham perasaan tu. Bukan aku bercakap tentang syirik lagi oh tidak kerana kali ini aku bercerita kenapa aku terlalu mencintai organisasi yang aku sedang praktikal sekarang walaupun ia tidaklah sehebat mana melainkan sekadar berbakti kepada anak bangsa. (hew)




Tapi tak boleh nak mencintai sangat-sangatlah. Macam orang selalu cakap kan, kalau beriya sayang nanti, lama-lama benci. Kalau beriya benci nanti, lama-lama sayang. Itu konsepnya. Aku memang amalkan kepada semua. Kepada manusia ke, kepada benda ke, haiwan ke, pokok ke. Aku tengah buat muka serius okeh. Kau apahal gelak?




Dan baru-baru ni, PPD ada buat Bowling Competition. At first memang I refuse to join. Pasal plan asal nak ke Shah Alam untuk jumpa supervisor kesayangan and nak berjimba dengan makcik-makcik LW220 (harap tidak tersalah kod). Dan untuk merantau seantero Seremban untuk mencari bahan-bahan thesis, nak interview orang-orang adat dan sebagainya. Dan shopping juga. Tetapi agenda yang telah disusun rapi itu tidak menjadi. Tayar kereta pancit 2 minggu berturut-turut bukan 2 minggu tayar pancit aku tak pergi tukar. This week tayar kereta mummy pancit. Next week pulak kereta daddy. Bunyi macam kejam kan?




Yang azab tu, sebab kedua-duanya pancit di tangan aku yakni pancit ketika aku yang memandu. So daddy tak kasi terbang ke Shah Alam atas faktor keselamatan. Biasalah tu. Sebijak-bijak kita merancang, tetapi Allah lebih bijak. Aku sedaya upaya gagahkan diri juga untuk pergi Shah Alam hari tu, tetapi Dia lebih tahu. Maka jalan terbaik adalah, bersabar.




"INDEED, ALLAH IS WITH THE PATIENT"




Dan aku akhirya menerima pelawaan bos untuk ke MITC Melaka untuk join depa main boling. Stress dengan tayar pancit, diorang sanggup jemput aku dekat rumah okeh. How sweet. Siapa yang suwit itu? Cikgu Abu, Encik Mail and Encik Redzuan. Seriously they were sooo sweet mujur masing-masing dah kahwin kalau bujang lagi memang aku pekik 'will-you-marry-me' time-time tu jugak hiperbola tak ayat? Dan bersama-sama merekalah aku berjimba malam itu menghayun boling 3 set sampai menang tempat ketiga. Ye. Faham. Ketiga jeeeeewww.




So that's Encik Nazri. My supervisor. Cute isn't he?




Super sporting, rasa macam bapak mertua sendiri je amboih statement.




Pilih bola dan jampi bola dengan harapan nak memang.
Tapi ke longkang jugak dia pergi.




Boss saya tempat ketiga bagi kategori lelaki. Walaupun dengar macam ketiga jeeeeeewww tetapi dia hebat okeh. Sebab saingan kategori lelaki teramatlah ramai, so kalau dapat 3rd place tu dah boleh buat kenduri kesyukuran dah. Dan Cikgu Abu yang kat sebelah tu juga!




So itu Encik Shuib the driver and Encik Mail. Yang Encik Mail lagi best. Dapat 2nd place dan almost dapat Striker Terbanyak. Encik Mail? Alaaa, Encik Mail. Tak kenal eh? Fine. Kau bukan seorang yang setia dengan belog aku. Sekian, terima kasih.




And The Nasi Arab.




And the... 




Ye saya tahu kasut Encik Hairul sangat handsome. Tapi sebab tak ada gambar yang lebih handsome yang Encik Hairul upload dekat pesbuk tu, maka I bedal saja letak yang ni. Yang dua orang couple di tengah tu juara bagi lelaki dan perempuan. The grey one, sama-sama 3rd place. And Encik Mail yang baju hitam jugak perlu aku ulang statement tadi ke? Oh, dan 2nd place for women, tu Kak Izan yang tudung purple dekat belakang. Sebelah Kak Nan Ayu yang comel tudung kaler koko. (Pergh, apasal kau tak state je seorang-sorang dari kiri siapa nama?)




Aku dah kata aku tempat ketiga kau orang tak percaya. 
Itu consider hebat okeh bagi amatur seperti aku.
Tu muka tak puas hati apasal?




p/s: lain kali jangan prejudis dengan subjek internship. Kan dah rasa sayang nak blah selepas 3 bulan.

4 comments:

Shedyfairy said...

Ocha!!!!
hehe..aku baru habis practical, rindu weh dkat office bila dah habis ni..hehe

Unknown said...

kan kan kan... walopun aku x hbs lg, tp aku da rasa da aura kerinduan itu...

Sayidah Nafisah Ruslan said...

dulu kerja ada 4 orang budak praktikal.. seronok keje dengan dorang :)

Unknown said...

praktikal memang seronok.. sbb buat kerja utk org. cube kalau kerja sendiri, tnggungjawab sndiri..hik3. over kau komen nok.

the history

Followers