Wednesday, November 21, 2012

AsPuRi, sUcH a SwEeT pLaCe EvEr


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT BROTHERS AND SISTERS




I'm starving right now at this tengah-tengah malam. Nak bancuh kopi dekat dapur masa nak tekan punat heater baru perasan lampu heater tak menyala siapa pulak yang cabut plug dia nih haish saja la menguji kesabaran. Right. Thesis on making. Tak payah tanya darjah mana aku punya kesabaran sekarang. Tadi baru dapat idea sikit to start my chapter 4. Satu muka surat je tak gerak-gerak since previous week. Kira la start aku habes praktikal hari tu. Serabut!




Lalu semua ni membuatkan aku terlalu amat nak merasa cepat ke masa hadapan I mean kawen atau pun patah balik zaman sekolah dulu. Nak SPM ingatkan dah cukup torture. Rupanya ini lagi torture. I guess nak dapatkan segenggam ijazah is not that easy. 




And bila time-time macam ni mulalah nak mengimbau kenangan lalu masa sekolah dulu, Ya Allah punyalah banyak babak annoying waktu tu tak sangka bila sampai masanya, macam sekarang bila time tengah stress ni, boleh pulak tersengih sorang-sorang. Sangat rindu. Sebab sesiapa yang pernah merasa pengalaman dok sekolah asrama dulu you will know how much that we hate the announcement pagi-pagi before seven in the morning like "ASPURI TURUN SEKARANG!!!!!" bagai nak gila masing-masing keluar dorm cari kasut masa tu la masing-masing nak tertukar kasut, nak kiwi kasut, kasut sebelah saiz lain sebelah saiz lain. Azab mencari sampai dorm sebelah dia usya, bergegar tangga berlari turun. Saje je nak bagi hangin pagi-pagi. Biasa daaa ~




Part kakak senior menjerit kat bawah tu satu hal. Part kakak senior yang dalam dorm pulak? "ANIS, CADAR TAK TEGANG!!!!!" - Mulalah si Anis kelam-kabut masuk dalam dorm balik tegangkan cadar memang ketua dorm akan make sure that cadar is super tegang macam baru lepas iron and flat habes kerana that is one of the factor untuk dianugerahkan "DORM TERBERSIH" setiap minggu di perhimpunan perdana every Monday morning. Dekat besi katil tak boleh ada satu hanger pun yang tergantung. Walaupun hanger kosong. Atas katil tak boleh ada barang kecuali bantal dan selimut. Langsir mesti ikat. Lantai mesti bersih. Dapat ketua dorm fussy macam tu lah.




I was one of them. The dorm leader yang kalau nak cerita agak annoying tapi boleh dibanggakan sebab Dorm 3.1 which is my dear dorm dengan bilangan ahli yang almost 30 orang (sebab dia besar) pernah dapat dorm terbersih 3 weeks in a row okeh. Hahaha. Sila percaya. Part ketua dorm annoying lagi is bila malam balik prep, tak boleh tido selagi semua tak duduk baca surah Al-Mulk ramai-ramai. Yang dah tido, kejutkan balik. Yang pergi toilet, tunggu sampai dia balik dari toilet. Lambat, kunci pintu. Lepas iqamah setiap penjuru bilik, iqamah setiap penjuru katil pulak. Kalau nak keluar lepas mengaji, iqamah dekat pintu pulak. Dasyatnya!




Part senior buli junior, itu biasa. Macam bila nak mandi kan, mesti akan selamba take over shower atau toilet siapa-siapa tanpa rasa bersalah walaupun ada budak lain dah beriya Q dengan sabarnya. Atau maybe bila semua orang berpusu-pusu ke dewan makan but the first thing pada setiap tengah hari Jumaat yang akan aku buat and most of the students di Aspuri akan buat is berlumba untuk booking tempat basuh baju dengan meletakkan baldi nak bagi tahu "this place is taken" ~ Kalau dah terlambat pun masih lagi ada harapan bila tanya "After-kau-siapa?" then bila no one. Dia pun akan faham-faham la. Which is, lepas dia habis basuh baju, tempat basuh baju tu akan jadi milik kita. Perasaan "jadi-milik-kita" tu sangat something ok! Apahal entah. Haha. Biasa laa. In rush.




Lepas tu Jumaat akan jadi hari feveret sebab balik awal. Balik dorm mesti sharp dan terus tidur tak sedarkan diri pasal prep pukul 3 so lambat lagi banyak masa lagi nak mandi and basuh baju and makan atau sebab hari Jumaat is hari boleh outing ataupun balik kampung. Yes. Balik kampung is the term walaupun rumah aku sebelah pagar sekolah je. So, balik rumah jalan kaki. Kalau ada barang tertinggal dengan selamba boleh patah balik petang nanti. Macam pantun Jah bunyi kau.




Lepas habis cuti, balik asrama balik, the best thing ever is ahli dorm akan berkumpul ramai-ramai dekat tengah-tengah dorm sambil bukak apa yang ditapau dekat rumah. Kalau sorang bawak bubur kacang hijau dalam 1 bekas besar, the other 19 orang dengan makanan diorang apa tak jadi kenduri. And the kakak senior macam biasa akan belasah sama dengan muka tak bersalah walaupun tak bawak apa-apa dari rumah. Lagi best kalau dalam dorm dia ada haters kakak senior pasti depa akan makan by group sembunyi-sembunyi belakang katil hadang dengan pintu locker what the ... ??? ~ Eleh, ingat akak tak tahu?




And itu tak termasuk weekend bila masing-masing konon nak buat makan together-gether alalala schuwitnyeee we ols, makan dekat pondok wakaf ^_^




Lepas tu apa lagi? Oh ya! New junior is equal to adik angkat. Kalau dekat sekolah aku, they called it "adik gedek" bukan gedik eh, "gedek". Entah siapa entah yang came out with the term ntah. Fine. Kalau tak kakak cari adik, adik yang akan cari kakak. Kalau nak grand brilliant lagi, cari adik gedek budak aspura. Budak aspura cari adik budak aspuri. Pergh, masa tu laaa kontroversi bermula. Bukan antara different gender je, sesama gender pun boleh jadi issue. Time makan nak dating. Time prep nak dating. Dalam surau berkepit dengan adik/kakak gedek. Time balik kampung mesti nak jumpa salam-salam cium muah-muah adik gedek. Hew. Masa dulu tak ada istilah hew. Depa bangga yahamat tau. Lagi-lagi bila dapat adik or kakak yang hot, bijak pandai cerdas litar pintas. Pemberi semangat katanya. Banyaklah!




And memang sangat banyak. Banyak kenangan masa sekolah dulu. Yang pahit yang manis memang kalau nak cerita semua, alamatnya berkampunglah korang depan blog aku ni haa. Belum masuk cerita part pegi musolla (surau) lagi, cerita selipar jamban hilang laa, cerita hantu loker, cerita bila musim tak ada air. Musim tak ada air is sangat common at my school so setakat bau %$#&*^% itu biasaaa. Lepas tu cerita tido masa prep is wajib. Gula-gula pulak adalah makanan ruji dalam kelas. Cerita pinjam baju kawan-kawan (especially bila bosan tahap nak mati asyik rotate baju yang sama), cerita pasal betapa annoying perasaan bila balik prep terus kena turun riadah. Padahal bukan ada benda nak di riadahkan. Haha, riadah mulut. Gossip.




Lepas tu budak yang ada exam besar macam PMR, SPM, STAM akan mula jadi kerek pasal diorang akan dapat speciality. Boleh tak turun riadah, boleh balik musolla awal, boleh excuse tak cuci tandas, boleh melenggang balik prep dengan buku bertimbun kat tangan bajet study hard sangat. Lepas tu ambik kesempatan mandi awal haaa, yang period pun termasuk dalam kes ambik-kesempatan ni jugak. Contohnya kalau bocor ke, nak mandi wajib ke, semua tu bonus dan reason yang paling best untuk dapatkan turn mandi awal. Hahah, mandi awal is everything bagi budak aspuri. Seolah-olah macam dapat kuasa superpower!




Cerita pulak lagi pasal nak pinjam kadfon atau syiling pasal nak telifon mak ayah. Cerita pasal share sepit kuku waktu perhimpunan hari Isnin (sebab akan ada spot chek). And lelaki yang rambut panjang akan digunting secara live di perhimpunan (cover pakai songkok pun kantoi jugak). Cerita nak pinjam clorox, pinjam softlan, pinjam jarum peniti, pinjam bla bla bla. Baju harus licin takmau kedut. Tudung mesti keras. Pakai stokin dengan sarung lengan itu wajib. Anak tudung tak boley setengah. Bila bercakap dengan lelaki, guna "ana-nta" pasal sekolah agama. (tapi perangai ntah hape-hapa jugak).




Lupa nak bagitahu nama sekolah awal-awal tadi.
Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.
And itu, the pintu gerbang yang totally bukan macam ni lagi dah.




Then lepas tu cerita pulak macam mana dok usya budak aspura time nak pergi musolla, time nak balik musolla, time makan kat DS (dewan selera), time diorang tengah main bola dekat padang. Siapa duduk dorm tingkat 3 or tingkat 4 memang port baik punyalah. Senang cerita asal dapat chan je, konfirm nak usya budak aspura sah gatal memasing. Tu belum cerita gosip skandal sesama rakan sebaya. Crush dengan Ketua Umum, Ketua Musolla, Ketua Sukan, Ketua Dewan. Usya suara siapa yang jadi imam malam ni, siapa yang bawak madeh, siapa yang bagi announcement. Amboi masing-masing perangai... Eh, tapi itu realiti. Itulah aspuri. Serious!




Haha, ok laa.. Penat dah tulis banyak-banyak. Tapi rasa best pulak sekali-sekali tulis macam ni. Kalau mak tahu aku dok buat essay benda ni and bukan essay untuk thesis, pergh, azab telinga. Ok to my dear kawan-kawan yang baca entry ni, I want you to know that I really miss you girls. And guys jugak ^_^. Bila dah balik Malaysia bagitahu ok. I'll arrange the reunion for us, InsyaAllah. Jaga diri baik-baik ye semua. Di Malaysia ke, di luar Malaysia ke. Bittaufiq wannajah (ayat standard setiap kali nak exam) ~ Sekian, Assalamualaikum wbt. Bye!




The best classmate ever!

Dari kiri, dari belakang
Mun, Myra, Jijan, Hajar, Nafisah,
Sarah, Awatif, Azza, Fatihah, Ayu, Beha, Ocha, Jannah, Shalie
Hafizi, Zul, Kudrat, Cikgu Abidah Kesayangan, Qayyum, Izat, Luqman
Faizal, Firdaus, Fakhruradzi, Sya'rani
Alhamdulillah, kebanyakannya masih keep in touch ^_^




 And trademark budak perempuan, akan posing macam ni.
Masing-masing sopan ayu-ayu gitew.





And budak lelaki...haha. Their trademark. Ambik gambar tak pernah nak pandang kamera ^_^





Tapi dalam seronok-seronok kembali ke sekolah, jangan lupa doakan saudara-saudara kita di Palestin ye kawan-kawan. TQ. Saya amat menghargainya. Maahad Ahmadi, laka hubbi wa fuadiy ^_^ Ok, boleh sambung thesis balik.

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

pergh! entry kau buat aku rindu teramat!

masing2 dah bz. susah nak jumpa dah. :(

Unknown said...

haha, pasal rindu la aku tulis entry ni...

the history

Followers