Friday, November 30, 2012

MuMmY iS aLWaYs RiGhT ^_^


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT





Baru kahwin 5 bulan dah bersalin? Betul ke mak? Mummy mengangguk dengan penuh konfiden. Muka kerek. Macam penyampai berita astro awani. Lagi-lagi bila cerita hot macam tu. Aku mengeleng kepala. Ya Allah, apa nak jadi dengan umat akhir zaman ni? Sangat tak sayang diri sendiri. Sangat tak sayang maruah.




“Mak cerita ni bukan nak burukkan orang. Tapi nak bagi pengajaran kat kau dua orang!”




Nah, meriam meletup satu das. Dekat bawah pokok kuini depan rumah, aku, tomato and mummy meneruskan sesi bergosip sambil bakar sampah, bakar daun-daun mangga dan kuini yang gugur, kaut rumput yang pakcik-pakcik majlis daerah baru lepas mesen semua.




“Bukan kesian dekat mak bapak, tapi kesian dekat budak tu. Kau bayangkan nanti dia dah besar, tak ke dia tanya kenapa di binkan dengan Abdullah? Apa dia akan fikir? Buruknya perangai mak bapak aku. Malu tau.”




Aku dengan tomato mengangguk lagi. Meriam meletup kali kedua. Kereta lalu-lalang aku peduli apa? Suara mummy sure lagi kuat vavavoom daripada enjin kereta tu semua. Aku angkat-angkat kening. Tomato buat muka.




“Nasib baik bukan anak perempuan. Esok nak kahwin, mana boleh pakai wali bapak dia tu.”




Lalala. Meriam ketiga pulak meletup. Aku tanya mummy.




“Ooo, tak boleh eh mak?”




Dengan muka konfiden lagi mummy geleng kepala. Aku angguk. Faham, faham.




“Kesiannya budak tu.” 




Aku macam cakap sorang-sorang. Tomato main-main dengan pencakar daun. Gaya macam nak cakar muka aku. Bagi signal apa entah tapi aku tak faham.




“Itu pasal mak tak kasi kau selalu jumpa anak jantan orang!”




Gulp! Meriam kali keempat ni kena muka aku. Kena tepat-tepat tanpa warning tak sempat nak elak. Kalau aku tahu mummy punya aim, dah lama aku bangun pergi petik cili api yang sedang masak ranum tu cepat-cepat.




“Kalau nak keluar makan, borak-borak tu mak tak kisah. Tapi yang sampai tengok wayang tu mak tak suka. Dok dua-dua dalam gelap. Setan tu cari peluang je.”




Boom, boom, meriam kelima dan keenam keluar serentak. Kena hidung, kena telinga, pakai peluru cap apa pun aku tak tahu. Tapi memang pedih dan pedas. Yes, yes, tomato tersengih-sengih. Aku rasa macam nak rembat pencakar daun tu cakar muka dia pulak. Baca belog aku diam-diam sudah la. Ini siap report sama mummy ewah ewah kan dah kantoi.




“Alah mak, bukan buat apa pun. Tengok movie je. Time solat kitorang solat.”




Tak tahu kenapa rasa macam duduk dalam kandang tertuduh tiba-tiba. Dah la peguam bela tak ada. Pasrah.




“Iye. Memang tak buat apa. Tapi setan tu sentiasa ada. Kalau nak jadi, dia tak kira.”




Ouch. Meriam ketujuh keluar. Paralize satu badan. Cacat tibe-tibe. Bisu tak boleh nak back-up diri sendiri dah. Lepas tu mummy sambung lagi.




“Lain kali kalau nak keluar boleh. Tapi setakat jumpa makan-makan je. Tengok wayang tak boleh. Mak tak nak kau buat perangai yang bukan-bukan.” 




Tang tang tang (bunyi macam hakim ketok meja tu). Kes ditutup.




Pasrah lagi. Mummy buat muka tak bersalah. Of course sebab dia hakim. Hakim yang dah banyak bagi peluang dekat aku tapi kadang-kadang aku selalu ingkar. Suruh balik sebelum pukul 8 malam, aku sampai rumah pukul 11. Suruh pergi Shah Alam, jangan menyimpang mana-mana, tapi aku mesti nak singgah ****i. Kalau tak dating dengan Nurul J, aku akan lepak dengan Encik YB. Lepak jew, hew. 




Tapi bila dah lepak, mesti la akan banyak benda nak reveal, banyak isu nak keluar. Discuss. Heart to heart. Ask for opinion and semualah. Itu namanya besties. Mummy faham actually. Tapi bila ada benda yang dia harus strict, dia akan strict. Especially about social life and dress up. That’s why I can’t lie to her. Pergi mana, buat apa, dengan siapa, I have to tell her! I must!




Dia singa yang garang tapi comel. Dia bestfriend yang terbaik dan always boleh negotiate tapi ada limit. Boleh bermanja tapi jangan cari pasal. Meriam-meriam dia pun, untuk kebaikan aku jugak. Makanan dia jugak yang aku selalu mengidam. Dekat dia jugak aku nak menangis, nak mengadu, nak menggedik.




Anyway...





And much more ^_^




Patut laa mummy cakap, dia tak nak aku bertunang. Memang atas dasar Islamnya bertunang itulah masa untuk dua pasangan itu berkenal-kenalan. Tapi zaman sekarang ni tak ada istilah tak kenal sebelum kahwin. Bertunang versi sekarang is a big license to buat maksiat katanya (dia bagi example yang mula-mula tadi laa). Kalau nak bertunang jugak, buat pagi, petang tu nikah. Lalala. Apo nak dikato. Mummy is always right.








p/s: saudara kita dekat palestine, menangis sebab kehilangan ibu mereka, so keep praying dan bersyukurlah kita masih ada ibu ^_^ ok!

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

untungnya macam ni. satu lagi kalau mak dah pesan, tapi anak tak dengar cakap.. haa jadilah macam aku ni ha. main keluar je walaupun malam2. huhu

Unknown said...

Apa yg untungnya..? Anak tak dengar cakap jugak aku ni.. P

the history

Followers