Macam biasalah, mulakan dengan bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW,
Dan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
^_^
Freedom. Ya, semua orang ada kebebasan untuk buat apa sahaja. Untuk bersuara, untuk berdiam diri, untuk beli kereta, untuk jual rumah, untuk berkahwin dengan siapa, untuk tinggal di mana, it's up to you. Tetapi bukan semuanya. Sebab itu aku terus intro dengan nada serius nak cakap pasal hijab pasal benda yang paling simple Allah SWT suruh buat tapi kenapa paling susah untuk kita ikut? Dan ingat, itu bukan kebebasan tetapi kewajipan. Ke'WAJIB'an.
"Orang yang tak pakai tudung,
tapi sembahyang lagi baik daripada yang pakai tudung tapi tak sembahyang."
Baik?
Siapa yang baik? Dua-dua perangai tu tak boleh pakai tau. Sembahyang dan tutup
aurat itu dua-dua adalah sama WAJIB dalam Islam. Sama-sama hukumnya kalau tak
buat salah satu akan berdosa besar. BERDOSA BESAR! Jadi jangan sesekali rasa
aku-tak-pakai-tudung-tapi-aku-sembahyang-so-aku-orang-baik. Akak bukan tak
boleh terima statement tu, tapi rasa macam kelakar laa. Kau dah terang-terang
tak pakai tudung, tapi kau mengaku kau baik. What is that? Perangai apa tu?
"Tapi kalau pakai tudung, in
fact tudung labuh lagi tu, tapi perangai buruk nak buat apa? Lebih baik tak
pakai tudung tapi hati baik, suka tolong orang dan sebagainya kan kan kan?"
Adik sayang... pakai tudung, tutup aurat, itulah sebenarnya yang membezakan antara wanita Islam dan wanita kafir. Diorang pakai skirt pendek, baju jarang nampak bra, nampak segala, tapi hati baik, bagi sedekah, buat amal kerja-kerja sukarela bagai. So, apa bezanya dengan wanita Islam? Sia-sia mak ayah hantar pergi sekolah dari kecik sampai besar belajar agama semua tapi tak boleh nak fikir. Malulah.
Well, do you realize that we’re
the most wonderful creature on Earth? Allah lahirkan kita sebagai seorang Islam
dan sebagai seorang wanita. Dan tuntutan bertudung itu sebenarnya satu anugerah
yang Allah kurniakan kepada kita sebab itulah ‘trademark’ yang Allah beri untuk
membezakan kita dengan wanita bukan Islam. We should proud of it.
Say what ladies?
Then ada pulak orang cakap,
Naaah, yang ini memang susah sikit nak cakap. Tapi walau apapun, tahniahlah kerana berjaya memenuhi tuntutan bertudung itu. Cuma apa guna pakai tudung kalau baju ketat, sanggul tinggi? Eh, ini bukan suka-suka cakap je tau, jangan lupa, Nabi SAW dah bersabda dalam peristiwa Israk Mikraj...
"Kitorang pakai baju ketat
pun, at least kitorang pakai tudung. Itu pun nak bising lagi ke?"
Naaah, yang ini memang susah sikit nak cakap. Tapi walau apapun, tahniahlah kerana berjaya memenuhi tuntutan bertudung itu. Cuma apa guna pakai tudung kalau baju ketat, sanggul tinggi? Eh, ini bukan suka-suka cakap je tau, jangan lupa, Nabi SAW dah bersabda dalam peristiwa Israk Mikraj...
“Dua golongan ahli neraka
yang belum pernah aku melihatnya iaitu, kaum yang bersama mereka itu
cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian
tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah. Kepala mereka
seakan-akan bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak masuk ke syurga dan
tidak pula mendapat baunya.”
– H.R Muslim, Ahmad, Baihaqi dalam Qubra dan
al-Tabrani dalam Mu’jam al-awsat.
Bukan setakat pakai ketat-ketat dan bersanggul tinggi saja. Kalau pakai tudung tapi berhias lebih-lebih dan berperangai macam tak senonoh, tak semenggah pun tak guna juga. Jaga tingkah laku. Ketawa jangan terbahak-bahak, cakap jangan kuat-kuat, menjerit-jerit. Haish, tak sesuai. Dan satu lagi, niat. Ikhlaskan hati. Jangan pakai tudung sebab trend, bukan sebab 'cik abang' suruh, bukan sebab nak akad nikah, bukan sebab-sebab yang selain daripada Allah SWT ok dear ~^_^
(Sambil angkat-angkat
kening) – So, how? Tak ada rasa apa-apa? Rasa macam alaaa-setakat-api-neraka-apa-ada-hal.
Gitu eh? Tak apalah. The choice is yours. Renungan untuk diri sendiri. Kalau nak share, sangat dialu-alukan. Spread the love ^_^. Sekian.
8 comments:
betul tu ocha.. aku ni ha pun belum tentu semayang aku sempurna.. lagi pulak gelak aku tak leh nak cover.. susah betul nak buang tabiat aku yang paling sopan tu.. adoi..
kita kena la sentiasa beringat... baik jahat tu bkn kita tentukan...lagipun bg saya lebih cantik kalau org tu berhijab...serious2..
nafisah: samelaa.. aku pun kadang2 terover jugak. but we oweys have the chance to improve n to change ^_^
anisa: sangat setuju. hijab and beautiful.. covered and protected ^_^
perempuan bertudung antara perempuan yg takkan saya kahwini
hak individu. terpulang :)
suka sangat post ni. n baru nk baca. hehehe... well, post ni mengingatkan ak pada statement seorang lelaki dat is " prangai pompuan yg pkai tdung lg setan dr prangai pompuan yg tak pkai tdung. so apecer?" astaghfirullahalazim!. btw, susah kan nak argue dgn orang yg jahil pasal agama.. istighfar je la bnyak2
lovelylinda
so then, we convey the best that we can lah... show him dis post...hahah.
Post a Comment