BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA
NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT KAWAN-KAWAN
Hari ni mood gatal sikit. Pasal hari tu lepas hantar Beruang pergi sekolah, tak tahu apasal tibe-tibe demam.
Tidur malam pun asyik terjaga je. Tekak sakit. Kepala berat. Makan minum
pun tak selera. Nyaris tak pengsan dekat depan Melati semalam. Gigih nak pergi
kelas punya pasal kan. Sebab dah promise dengan Mummy takkan ponteng kelas
lagi, so gagahkan diri jugak walau macam manapun. Alhamdulillah, nasib baik ada
suami yang memahami eh eh tiba-tiba je ada suami.
Ini si Faiz punya pasal la ni, dok rajin sangat post
dekat APB punya group kononnya sempena musim cuti ni
al-sama-al-dengan-al-musim-al-kawen, tiba-tiba je dia letak ciri-ciri calon
suami yang baik dah tanda-tanda nak naik pelamin la tuu. Tapi bila aku
renung-renungkan sendiri, konfirm, siapa tak nak suami yang baik kan. Jadi, berikut adalah ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman untuk dibuat suami yang aku derhakakan ayat skemanya kepada ayat hancur memang aku ni suka jadi perosak bahasa. Ok, cekidaut jelah.
Tak tahu kenapa nak letak gambar ni. Pasal dia comey kot...haha.
So, pertama sekali, suami yang baik ialah suami yang mampu
menjadi imam dalam solat. Sebab obviously, kalau dia mampu jadi imam dalam
solat, konfirm dia mampu memimpin rumah tangga. Maka aku sebagai isteri pun
konfirm akan hormat sebab suami ada kredibiliti yang sememangnya menjadi main
point dalam berkeluarga. Haaa, nak berkeluarga pun kena ada 'main-point' okeh!
Mampu menjadi imam dalam solat ni jugak adalah tanda yang seseorang suami itu
mampu memimpin isteri dan anak-anak ke jalan lurus. Bukan sesat bawak ke neraka jahanam. Kalau diri sendiri pun tak lurus, macam mana nak meluruskan orang lain kan?
Yang kedua, mesti pandai mengajar
ilmu-ilmu agama. Yang ni agak susah nak cari. Sebab ciri-ciri ni dalaman punya
yang kita tak nampak. Perangai gila-gila tapi hafal 30 juzuk Al-Quran kita tak
tahu. Dress up rugged, sempoi gila tapi bila bercakap bab agama, ternganga
kita. Haaa, itu namanya limited edition punya calon suami. Sebab memang ramai
yang boleh sediakan harta-benda duniawi, tapi tak ramai yang boleh siapkan
isteri dan anak-anak dengan harta-benda untuk bekalan akhirat. Untungnya kau
Jemah kalau dapat suami limited edition macam tu.
Ustaz Sham yang rock...haha.
Ni contoh je ok ^_^
Ketiga, calon suami yang baik ialah
suami yang matang. Bukan 'nampak' matang. Sebab kalau setakat 'nampak' matang padahal tak matang, alamatnya huru-hara rumah tangga. Pasal suami yang
'nampak' matang ni, hakikatnya tak bersedia pun nak berkeluarga. Eksyen je lebih. Jadi, kepada
bakal isteri, bolehlah test bakal suami tu agak-agak dia matang ke tidak. Nak
test macam mana, cuba minta pendapat bakal suami tu walaupun actually kita dah
ada keputusan sendiri kan. Saje nak tengok tahap pemikiran dan level kematangan
dia. So, pandai-pandailah. Jangan nanti dah kahwin, nak decide beli beras cap
apa pun tak tahu. Ada kena mengena eh beli beras dengan matang?
Okeh, yang keempat ni best. Suami yang baik
ialah suami yang pandai masak. Sebab suami adalah penjaga kepada isteri dan
anak-anak. Jadi dia bukan tahu 'dijaga' je, tapi juga tahu 'menjaga'. Kalau tak, namanya bukanlah penjaga. Faham tak? Ok, maksudnya dia bukan tahu makan je, tapi dia jugak tahu masak sendiri. Bukanlah
pandai masak macam Masterchef ke apa. Goreng sambal sardin dengan telur dadar
pun dah boleh buat isteri taching tau. At least kalau emergency case isteri
pergi outstation ke, kursus dua tiga hari ke, taklah kebulur sorang-sorang kat
rumah kan. Dah jimat tak payah makan kat luar. Isteri pun tak risau asyik dok
fikir 'laki-aku-makan-apalah-agaknya-kat-rumah-hari-ni'
Haaa kelas ngko dengan anak-anak sekali tolong papa dia masak.
So yang kelima, suami juga haruslah independent. Independent ni maksud dia tahu uruskan diri sendiri. Jangan asyik nak harapkan isteri basuh baju, gosok baju, sebab ada masa-masanya macam emergency case tadi, mungkin isteri tak mampu nak lakukan semua tu. Jadi seorang suami yang baik, dia mampu buat kerja-kerja tu semua walaupun tanpa bantuan isteri. Alaaah, basuh baju pakai mesen, bukan kena pergi sungai sental-sental bagai. Dan percayalah, suami akan nampak comel dan romantik sangat di mata si isteri. Tak percaya? Cuba try test.
Keenam pulak, suami yang baik dia adalah
seorang yang ada prinsip dan pendirian. Walaupun aku belum jadi isteri, tapi
aku tak suka kalau suami asyik nak suruh isteri je buat keputusan. Nak holiday kat mana, nak beli apa, nak buat apa, semua isteri yang decide. Penat tau. Lagi mintak
dijauhkan, kalau suami yang jenis ikut cakap ahli keluarga dia
especially kalau ada masalah rumah tangga. Contoh je. Senang cerita, pandai
setelkan masalah sendiri la. Tak harapkan campur tangan mak bapak atau mak
bapak mertua. Setiap decision yang dia buat, sangat confident dan tegas. Memang aku respek sangat orang macam ni. Tapi bukanlah bermaksud family tak boleh
campur tangan langsung. Mintak pendapat ahli keluarga apa salahnya kan? Cuma the rest tu,
selesaikanlah sendiri. Lagi cool.
Yang ketujuh pulak, suami yang rajin
tolong isteri jaga anak. Banyak berlaku dalam masyarakat hari ni, masa isteri
tengah mengandung, amboi kau tatang bagai minyak yang penuh. Tapi bila dah
bersalin, daripada nak mandikan anak, tukar lampin, pakai baju, bagi makan
apakejadah semua, isteri yang tunggang-langgang uruskan sorang-sorang.
Lagi-lagi kalau anak tu bukan anak sulong. Isteri akan jadi penat 10 kali ganda
kalau dapat suami yang tak ada sense macam ni. Tanggungjawab tu sebenarnya
suami kena rasa jugak. Sama-samalah bangun malam kalau anak menangis lapar ke
nak susu ke nak tukar lampin ke. Hilang penat lelah isteri seharian uish ayat
aku.
Macam ni baru la best ^_^
Selain daripada tu, suami
kena serba-tahu. Bukanlah serba-tahu yang khatam semua buku astronomi,
matematik ke apa semua, tapi serba-tahu atau serba-boleh tentang basic
knowledge dalam setiap perkara. Basic je, tak detail pun takpe. At least bila
si isteri tanya taklah muka macam cicak tercekik kapur kan. Isteri pun mesti
kagum lagi-lagi kalau paip sinki dapur tiba-tiba bocor, suami rilek je repair walaupun dia tak pro sangat. Dapat suami yang tak tahu
pasal paip, konfirm sama-sama menggelabah. Tapi kalau dah kritikal sangat sampai banjir dalam rumah, terpaksalah panggil tukang
paip jugak kan. Ini kalau jadi laki aku, bukan aku je sayang lebih, mummy daddy pun boleh
cair.
Ok. Jadi cukuplah sampai
lapan ni je. Kalau nak list kan semua, memang boleh jadi thesis kedua aku dah.
Lepas tu aku letak tajuk dia 'Calon-Menantu-Ibu-Bapa' amboih kemain kemain kemain. Ini memang
mood tengah menggatal berangan tak habis-habis ni. Padahal banyak lagi buku boleh dibaca, ciri-ciri bakal suami jugak yang aku dok hadap. Nanti lepas ni aku update
ciri-ciri isteri yang baik pulak. Ada aku cakap mood gatal aku dah habis ke?
^_^
p/s: already miss my beruang :(
4 comments:
rindu kamu
Nanti kita dating ok. Be strong! ^_^
paling penting bab agama dengan solat. and and tau hormat orang.. itu aku dah setuju dah nak buat calon suami.. hehe
Amin, semoga bertemu orangnya ^_^
Post a Comment