IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT
Hari tu masa balik rumah tak tahu kenapa rasa rindu gila dekat dapur. Lama sangat tak rasa pegang senduk, pegang periuk, pegang mixer, biasalah sejak asyik berkasih-kasihan dengan Encik Thesis jadi hari tu kepala terasa gatal sangat dok fikir hari-ni-nak-buat-apa-eh? Tiba-tiba dapat suggestion untuk buat coklat yang home-made punya coklat padahal tak pernah buat pun. Maka dengan konfidennya Cik Ocha pun masuk dapur dengan niat nak buat home-made coklat. Memang senang gila. Pakai choco chips, campak cocoa powder sikit konon tak nak buat manis-manis la kan then campak planta sikit sebab dalam recipe bilang begitu.
Tapi oh please jangan gelak. Home-made chocolate saya berakhir dengan kegagalan. Tak tau la salah acuan ke atau salah recipe ke sebab dah sejuk lama gila dalam peti ais pun coklat tu tak reti nak keras-keras. Dah la puas aku hentakkan acuan tu dia tak nak keluar-keluar jugak. Aaargghh, dengan muka tension yang teramat maka aku pun korek balik coklat-coklat dalam acuan tu and cairkan balik. Mesti korang tak faham kalau tak keras kenapa nak hentak? Keras maksud aku dia bukan keras macam coklat bar tu laa. Kalau tekan-tekan pun boleh tenggelam jugak jari alkisahnya. Nak buang rasa sayang, dah la rasa sedap macam coki-coki. Jadi aku manfaatkan dia jadi chocolate ganache kalau tak tahu apakebenda ganache tu dia ala-ala topping tapi versi cair sikit laa gitew...
Amboi panjang mukadimah. Jadi disebabkan recipe home-made coklat tak jadi, maka kita kena sentiasa ada back-up plan. Maka dengan ganache itu, aku pun merajinkan diri untuk buat cupcakes dengan niat untuk treat adik-adik kesayangan aku dekat Melati iaitu Izzah dan Husna yang dah banyak bersusah payah untuk Kak Ocha mereka ini. Niat itu penting tau. Jadi bila kita niatkan yang baik-baik, maka hasilnya alhamdulillah...
Beginilah jadinya...
oooh sukanya tengok mereka duduk diam dalam cup polca dots begitu.
Baiklah. Masa untuk fokus.
oooh sukanya tengok mereka duduk diam dalam cup polca dots begitu.
Ditambah pula dengan hujan petang semalam. Lepas tu pekena dengan teh o. Daddy geleng kepala je tengok aku leka susun heart-heart atas coklat tu semua. Lepas tu anak-anak pun sibuk nak deco cupcakes sekali ambik kau asal masuk dapur je terus feeling masak untuk anak-anak, kemain.
Haha, so untuk minggu kedua stay dekat Melati, Kak Ocha semakin sibuk dengan kelas yang walaupun tak banyak tapi melihat assignment yang mendatang rasa nak deman tiba-tiba. Jangan demam, please jangan demam, please jangan demam ~
Dan Alhamdulillah akhirnya selamat tiba di Melati pagi tadi.
Alhamdulillah, glad they love it.
Next week ada request cheese cake pulak amboih korang, kemain tau.
InsyaAllah kalau ada masa Kak Ocha buatkan ye.
Jum study!
p/s: lepas ni cuba lagi buat home-made chocolate. mesti jadi. mesti. mesti. mesti!
2 comments:
em..nampak sedap :)
pandai ocha buat benda2 macam gini..
nampak je sedap.. tapi acheli tak sedap pun..hik3 :P
Post a Comment