BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Hari ni aku habes exam. Habis maksudnya dah tamatlah. Dah tak payah pergi kelas dah tak payah buat assignment dah tak payah pening kepala hari ni nak pakai baju apa dengan tudung kaler apa dah tak payah serabut nak gelabah cari final question paper download banyak-banyak fotostat untuk kawan-kawan sebagainya dan yang paling penting, dah habis exam bermakna dah boleh fikir pasal cari calon menantu mak ayah dengan serius (muka serius)
Muka bakal dapat calon suami selepas habes exam last paaayyyperrr last paaayyyperrr.
Lagi ceria bila kawan kanak-kanak riang duduk di depan. Itu klasmet I nama dia Ayu. Ayu seorang gadis yang comel yang selalu dibuli oleh kawannya yang bernama Ocha. Tapi walaupun selalu dibuli, Ayu tetap berkawan baik dengan Ocha. Sebab Ocha baik dan selalu bekap Ayu. Ocha suka makan tengah hari dengan Ayu. Bila kelas gab tak panjang dan tak tahu nak buat apa dekat kelas, jadi Ocha dengan Ayu akan merayau-rayau pergi koperasi Perindu dan beli gula-gula, beli nugget, beli coklat, beli eskrem kalau tak tahu nak buat apa jugak, Ocha dengan Ayu akan pergi surau Kenanga bukan untuk beribadat, tapi untuk membuta. Sekian.
Ocha sayang Ayu. Jadi Ocha nak grad sama-sama dengan Ayu.
Ayu kau dengar taaakkk!!!
Eh eh itu kalau nak tahu, muka bahagia sangat dalam dewan exam lepas invigilator rampas kertas jawapan. Dah la aku tak sempat nak highlight lagi satu point. Tergamak! Lepas tu taching tiba-tiba teringat dewan inilah aku masuk masa kali pertama jejak kaki di UiTM Shah Alam ambil gambar kad matrik pakai tudung bawal hitam dengan jubah hijau, lepas tu tempat terakhir pun dekat dewan yang sama jugak. Kad matrik pun tak tahu campak mana dah. Selamba masuk dewan exam tak pakai kad matrik ingat kau hebat sangat?
Lepas tu bila dah keluar dewan, groupmate pulak call direct terus nak hangkut bawak pergi berjimba sempena exam dah habes kononnya ini kali terakhir together gether. Tiga tahun mengadap muka yang sama setiap kali ada group assignment kau bayangkanlah macam mana dia punya understanding perangai each other.
Ok, really rasanya lepas ni memang dah tak jumpa lagi dah. Lepas ni dah tak boleh nak sentap-sentap dengan geng puaka. Nak rasa cabut undi siapa buat intro, siapa buat analisis siapa buat conclusion pun takkan ada dah. Kutuk-kutuk puji-pujian pun tak tahu nak share dengan siapa dah. Hanya klasmet yang memahami perangai klasmet. Takkan dapat mesej daripada ketua grup bagi arahan itu ini jumpa kat situ kat sini emel part masing-masing sebelum pukul itu dan pukul ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih geng puaka. Disebabkan korang, aku selalu dapat cover carry mark pasal markah group assignment suka panjat tinggi-tinggi. Tak gayat langsung!
Different pictures quality sebab different camera used. Aku tahulah, Encik Qobi aku tu biase-biase je. Beza gila kan. Gila pun tak beza macam ni yaw. Eh eh. Ok la. Besok banyak benda nak kena setel. Kalau nak cerita perangai soghang-soghang yang dalam gambaq ni, boleh jadi lagi tebal daripada thesis aku. Lantaklah. Yang penting aku dah merdeka. Nak jadi apa dengan Thesis, jadilah. Aku redho je. Gud nite. Princess tido dulu ok. Bye!
No comments:
Post a Comment