Wednesday, January 2, 2013

"ThaT tHiNG" - 2013, LeT's RoCk ToGeThEr


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Malam tahun baru hari tu, aku membuta dengan kadar segera. Menanti fireworks sambil terkinja-kinja laungkan "HAPPY-NEW-YEAR" bukanlah habit aku. Azam tahun baru pun dah lama tersemat sejak Maal Hijrah hari tu. Bunyi macam tak masuk dek akal Ocha beriya celebrate New Year Hijrah padahal tak post apa-apa pun pasal Maal Hijrah. So now aku nak post boleh?




Haha, dalam mimpi kau nampaknya. Dengan mata stim begini kau mahu aku bercerita pasal Maal Hijrah, lupakan sajalah. Aku bagi salam pun dah cukup bagus demi untuk menghapdet entri baru pada 2013. And "THAT-THING" yang beriya aku caption untuk title itu is my new resolution yang memang baru meroyan nak buat tahun 2013 ini. Maal Hijrah hari tu tak terfikir pulak nak buat, so I list it as the new one. Yang tahu, tahulah. Yang tak tahu, jangan tanya.




Benda itu hanyalah something yang baru yang aku nak belajar sampai pandai bukan untuk berlagak dengan orang ke hapa tapi untuk melepaskan gian di hati sebab rasa macam best pulak bila berangan pada masa hadapan lepak dengan kawan-kawan sambil bercakap tentang "benda-baru" itu. Statement saja nak bagi hangat hati.




Oh ya, remember that I told you guys about my "wedding-account" yang aku cakap dalam entry anak ayah hari tu? Yeah, account itu mungkin akan mula dibuka pada tahun ini. Dan tahun ini juga rasanya dah boleh mula fikirkan tentang masa depan dengan lebih serius. Tak boleh main-main. Tak boleh boros. Tak boleh kecewakan family. Sentiasa fikirkan cara terbaik untuk kekalkan senyuman pada wajah ibu ayah dan adik-adik. Jadi anak yang baik, jadi kakak yang baik, jadi sahabat yang baik, azam yang membosankan booo ~




Ok, simpan azam yang merepek dalam diari elok-elok. Biar Tuhan saja tahu apa 'gila' yang bakal aku buat nanti. Don't worry, I'll never cross the border limit. Masih tahu baik dan jahat, dosa dan pahala, halal dan haram. 2012, sayonara bebeh. 2013, let's rock together. 




"Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya, tidak akan mengenai sasaran" - Fawat Al-Fawayat, 3/87 - Beirut: Dar Al-Sadir.




Berfalsampah aku tengah-tengah malam buta begini. Penat meniti hari-hari terakhir bergelar student punya pasal. Cepatlah habis belajar. Aku tak sabar nak bawak anak-anak pergi Legoland.









How funny is that my junior did asked me this on twitter. Apa aku nak reply?






No comments:

the history

Followers