Monday, February 4, 2013

MoOd : RaNdOm


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Agak melampau kot rasanya sebab tinggalkan blog lebih daripada dua minggu? Eh yeke? I guess it’s exactly DUA MINGGU. Jap nak chekidaut tarikh. Ok. Memang betul dua minggu. So? To be honest memang tak rasa bersalah. Tapi nak update jugak sebab tak nak buat belog ni jadi loser. And so hari ni post aku adalah random.





Mula-mula nak bagitahu, list yang aku tulis dalam entry lepas, hampir semua dah buat. Dah remove ‘friends’ kat fecebook, I mean kawan yang ‘eh-dia-ni-siapa-eh?’ haaa, kawan yang spesis gitu. Almost 300 lebih jugaklah ter-out-list. Yang dah memang kawan pun ada jugak yang rasa macam nak out-list kan dia. Tapi kang macam kejam sangat pulak. Ok, so biar jelaaa. Sabar. Seterusnya, bilik kesayangan dah direnovate habis-habisan. Tingkat-tingkat wardrobe rasa sangat indah mata memandang. Rak buku juga sangat kemas tersusun macam bahagia je bila bersarang dalam bilik. Yelah sebab dah indah. I mean, indahlah daripada tongkang pecah. And lagi, cerpen sempat siapkan satu cerita. Really a short story oh ya, lupa nak post dalam belog cerpen. Nanti-nantilah. Dan gitar, semakin improve. But still I need to learn from someone yang betul-betul berpengalaman. Banyak jugak chord yang aku maen redah suka hati. Main dapat je. Tapi list yang last sekali tu, hurm... belum ada jodoh nak jadi ustazah agaknya. Hari tu almost nak mengajar KAFA dekat sekolah rendah aku dulu, tapi since sekolah tu dah ada ustazah tetap, ustazah ganti tak diperlukanlah kot. Well, cuba nasib lagi. Belum cukup layaklah tu maknanya. Ok, faham.





Baiklah, cerita kedua, this is quite.. really out of topic. Sebab aku tahu someone yang baca blog ni akan terasa dan tersentap dan ter’touching kalau aku cerita and aku tak nak benda ni worst sebab aku tahu walaupun Cik Anameku ni followers dia tak ramai... tapi silent readers dia hangpa jangan cakap. Semua gosip boleh tersebar tiba-tiba. Kalah beautifulnara dengan ohbulan. So aku tak bulih nak bermulut dan bertangan puaka sangat menaip kang ada yang putus sahabat kang. Cukuplah aku bagitahu ending degree aku tak berapa nak cantik sangat. Seseorang eh no bukan seseorang, tapi adalah dua, tiga orang, yang aku dah hilang percaya dekat dia. TOTALLY. Aku rasa macam orang bodoh yang bukan bodoh sikit-sikit punya bodoh tapi bodoh gila. Literally ok. I mean bodoh dan gila. Sebab apa tu kau kena direct call. Aku tak boleh cerita kat sini nanti orang tu saman aku siap tunjuk bukti lagi aku malas nak layan paparazi. Confirm besties dia akan faham. (text-me-if-ure-curious)





Dan ending degree yang membuatkan perasaan aku sebal last 2 weeks bukanlah semuanya buruk belaka. I still had a chance to gather around with budak dua orang yang kebulur nak ke Seoul Garden haritu...haha. (mention sikit). Dan jugak celebrate birhday Kak Aryn geng puakers aku before straightaway balik ke Negeri 9. Of course together with member yang lain. And it was aswesome jugak walaupun setakat lepak makan-makan. Sampaikan birthday girl yang bagi hadiah dekat aku and the gang. Ada ke patut. Cheh sajelah Kak Aryn ni nak bagi aku taching. Dan incident staff Gulatis yang sound Mar pasal pintu kereta terkena Hilux dia yang kononnya macam ada orang sagat pakai screwdriver tu padahal kesan scratch tu actually nak tengok pakai mikroskop pun tak nampak. Propa tau buat drama depan Gulatis. Bajet nak masuk propaganza. Tolonglah. Scary campur annoying sangat masa tu. 





And finally here in my home. Which is always and always and always the sweetest place ever! Meet my beloved Alicia. We’re getting along very well. I know she missed me so much. Itu yang tangan sampai bengkak-bengkak dibuatnya. Sure she’s the only friend dekat rumah ni. Oh ya fish sekali. And Cheng jugak. Err, Encik Akir semestinya dating almost 24 hours. Cuma Encik Qobi je yang agak silent. Walaupun tak letak mode silent. Line tak ada kot. Ke busy? Eh? Lupa sekarang ni dekat Mars. Sooorrryyy.





And finally lagi, lupa nak bagitahu I mean, nak share berita gembira. How the January ended? Mummy got her new bestfriend. Nama dia Anjang Merah. Macam nama Zizan dalam Chapalrela kan? Selamba aku bagi nama dekat menatang tu. Menatang apa? Haaa, kereta baru dia. (text-me-if-ure-curios) Again, hambek kau. Nak reveal-reveal jugak, tapi taklah bijak sangat sampai nak cerita sedetail-detailnya dekat sini. Yang penting nama Anjang Merah tu sempena kaler body dia yang seksi merah menyala merah makngah memang kenalah dengan title ‘Mak Ngah’ mummy kita. Kawan mak kita seksi tau. Jangan tak percaya.





Eh lagi satu nak finally… Finally I got a chance untuk berjimba sekejap dengan besties semalam walaupun sekejap yang I mean memang sekejap gilalah. It’s all thanks to Haajar sebab invite ke wedding kakak dia yang gojes tu (awak-pun-gojes-jugak) sebab memang mimpilah nak tengok budak-budak Keyel ni turun Melaka tanpa alasan yang agak valid kan kan kan? Dah la buat farewell party mandi swimming pool tak ajak. Sentap sentap dan sentap. Mujur semalam dendam macam dah terbalas sikit. (Baru sikit) Yang penting dapat peluk-peluk, gelak-gelak, gedik-gedik. Dah lama sangat tak kembali ke kancah kegilaan macam semalam. Actually, semalam tu tak cukup gila lagi. Tak apalah, yang penting, I’m more than happy to gather around with you guys. Kalau macam nilah gamaknya, suruh kakak kau kawen hari-hari pun takpe Haajar :P
















Walaupun gila, tapi harus upload gambar yang sopan je. 
Kang kaum-kaum ibu tengok, terus batal niat nak buat memantu.
And for record, semua single kecuali Hani Afiqah tu.
Tak kenal Hani Afiqah? Text-me-if-ure-curious-bye!






Baiklah, aku tension sebab tengah layan Creating Destiny sampai 23 episode tapi actually episode tu belum final lagi. Faham tak perasaan bila dah setia sangat mengadap drama sampai 23 episodes but at the end tak tahu ending dia macam mana mak Sang Eun tu hidup lagi ke? Kyu Han kahwin dengan Yoon Hee ke? Yeo Jun dengan Sang Eun balik Korea balik ke tidak ke or macam mana? Encik Director bagi nombor telefon jap. Ni siapa nak bertanggungjawab sampai I tak dapat tengok last episode ni hah? Dah la sekian lama pencen layan Korea, skali bila dah terbukak hati nak jiwang, spoil pulak. Kejam tau!







Mood : Frust. Umi cepat upload gambar tab awak tuu...!

2 comments:

Anonymous said...

loikeeee dis post! btw, ak ke yg ko sentap n hilang caye tuh. ohhh, so currriousss.

lovelylinda

Unknown said...

Oh oh, no baby no.. It's just, another creature on this planet. Lelaki, biasalah...~

the history

Followers