Friday, February 15, 2013

mY gRaTiTuDe To aLL oF yOu ^_^



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




Pertama sekali, TERIMA KASIH ini saya lafazkan kepada Allah Maha Besar, Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Kerana meminjamkan hamba dengan kegembiraan sementara ini. I mean, kegembiraan atas nikmat dunia yang Dia berikan hari ini. Semestinya result exam ni takkan bawak masuk kubur pun. Tapi syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas sedikit kekuatan, secebis kesabaran, termasuklah segala perasaan suka duka yang Kau pinjamkan kepada hamba sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar selama ini. Ya, inilah tuaiannya. Guys, what do you think I’m talking about? Semua orang dok update status pasal result kat fesbuk. Jadi, obviously I’m talking about result here.




Seterusnya kepada mummy and daddy. Minta ampun dan maaf pukul 2 pagi melalak depan mak ayah. Sesungguhnya, tangisan itu untuk kalian berdua. Yang mengorbankan segala-galanya. Segala-galanya I guess I can’t even state it here sebab terlalu banyak. Sangat banyak. Korbankan masa, korbankan wang ringgit, korbankan perasaan, korbankan keringat. Berdoa siang malam. Bagi semangat, bagi kritikan. Sampai mati pun along takkan dapat balas jasa mak ayah. Sungguh. You’re the precious gift I ever had. Tuhan, kurniakanlah mereka tempat yang paling mulia, seindah dan selayaknya dengan segala pengorbanan yang telah mereka lakukan kepadaku di akhirat nanti. Amin.




Then, kepada pensyarah-pensyarah. Especially, Encik Azhar dan Dr.Sharil. Merekalah antara insan yang paling banyak bersabar dengan aku sepanjang tahun lepas. Daripada bincang proposal sampailah thesis dah siap, sampailah nak viva, sampailah nak binding hard cover, getting their consultants, getting their recommendations, saying sayonara to each other. Sesungguhnya, tersentap dan terjentik dan ter’touching’ saya selama ni bukanlah sia-sia. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka berdua. (Applause). Oh ya, dan juga kepada semua pensyarah sepanjang saya belajar daripada asasi sampailah degree. Coming soon, master. InsyaAllah kalau masih diberikan rezeki. (Bow 90 degrees to everyone)




Dah habis majlis tertinggi, kita masuk pulak kepada kelab rakan sebaya. Semestinya pertama sekali I would like to thank to my Geng Puaka. Mar, Aryn, Fiza dan Ida. And nak selit sikit Ayu. For staying with me in laugh and pain. I mean they really are. Throughout the 3 years. Because honestly, without them, this is not the outcome I’ll get. Terutamanya Mar. Segala kenangan dengan korang, baik suka duka, pahit, masam, manis, sumpah aku takkan lupa sampai bila-bila. Dan semua classmate LGBM221D dan rakan-rakan batch LG221 yang lain juga! Syukran semua!




Rakan sebaya seterusnya, alaaa, semestinya yang rajin sangat menebeng dalam belog ni, besties BLS, Gossip Girls, Queen B, Hunny Bunny, Linda, Ummi, Ezzy, Lydia, Fara, budak-budak asasi law 08/09 (kenal I lagi kew?), then besties di Melati, Geng Rice Cooker, Kak Long Mimi, Kak Chik Roy, Kak Chu Yaya, Geng MCC especially Izzah dan Husna, thanks for patiently there, bear with me siang dan malam. Dan juga kepada Geng USIM. Kak Ummu Anisah aka Nurul Jannah, Jijan, Zul, Encik YB (itu je kot?) Dan geng-geng Maahad yang masih lagi keep in touch. Malaysia dan Mesir. Korang semua adalah sebahagian daripada pahit-manis empat tahun setengah aku di UiTM selama ni. Yang lebih daripada tu pun ada ^_^ Komawoo cinggu!




Kepada Nurul dan Zura, hangpa aku tak tahu nak groupkan ikut geng mana. Geng Moncheh bulih kot. Pasal rumah kita dekat-dekat kan. So aku nak say thanks jugak. Sebab sentiasa bagi semangat dekat aku, care pasal aku, lepak dengan aku, gila-gila dengan aku. Korang datang rumah aku, aku datang rumah korang. Kategori truly BFF la ni. Bajet sangat. Ok, tapi sejujurnya, korang memang sejati. Espicially awak. Hew hew hew, yang dok guling-guling tengok movie atas katil saya semalam. Haaa, awak laaa.




Ok, siapa lagi yang I tak mention angkat tangan! Baiklah, kepada adik-adik. Tak kisahlah kategori adik-beradik ke, adik tak beradik ke, adik angkat ke, adik ipar ke, adik jiran tetangga ke, yang rasa-rasa ada kena mengena dengan akak ni, terima kasih jugak. You guys tetap ohsem in your own way. Thanks for being there with me, especially Tomato dan Beruang yang memang selalu buat aku tension sambil tergelak. Amazing sungguh korang. (Kagum dengan adik-beradik sendiri)




Last but not least, to all readers. Tak kiralah followers or silent readers, even I tak mention you guys, but there still something about you which related in my life. My journey all this while, there’re your name on it. Even it’s just a tiny little part. So arogatou gozaimas minna-san! (Sapu air mata)




Nikmat memaniskan wajah mak dan ayah itu, hanya Tuhan saja yang tahu. Once again, thank you so much everyone!








Mood: Mari shooping baju konvo. Kajaa!!!

6 comments:

Anonymous said...

yaaahhh..xtext me pun kan..huhuhu
nk beli bju convo jgn lupa ajak..hahaa

Shedyfairy said...

wah cha!!! I'm happy for you! semoga berjaya!!!

Sayidah Nafisah Ruslan said...

bestnya kau dh nk grad :)

Unknown said...

cik anonymous : told u oredi.. nk shopping nnt i let u know ok..

Unknown said...

alhamdulillah dik.. tq.. wish u e same too.. :)

Unknown said...

x sabar nk tggu kau pulak fisah.. cepat2 habis ok!

the history

Followers