Wednesday, March 13, 2013

BaCk To 'ScHoOL'


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hai Encik Mac. Saya tak tahu nak mula dari mana. Tinggalkan belog almost like two weeks ingat best ke? Rasa macam lost sekejap walaupun sebenarnya taklah lost mana. Beberapa hari tinggalkan rutin harian, bangun awal pagi, pergi sekolah, mengajar adik-adik subjek Bahasa Melayu dan ICT, tapi sekarang tidak lagi. This is live update from my very new room, in my very new house, in front of my very new faculty, surrounded with my very bright new roomates and housemates. Baiklah, 12 hari sahaja tempoh berkhidmat. Miss my kids already. Especially those in 2 Kemboja.




Story about school yang saya tinggalkan lebih kurang 3 hari yang lalu, you know I'm the class teacher for that Tingkatan Dua Kemboja. 2 Kemboja tu macam 2nd class students la at that school. Kategori kelas hujung tapi not the very last class because the last one I guess Mawar kot. Tak kisahlah kan yang penting saya bukan nak cakap pasal their level of grade ke apa but more to their adorableness and their cuteness biasalah kalau kita layan diorang macam adik-adik kita mesti la diorang pun anggap kita macam kakak diorang. Kakak sangat. Tak takut dengan saya langsung. Kadang-kadang lawan cakap. Tapi kurang ajar tak pernah lagi laa. Nakal-nakal gitu je. Maybe I really can't be angry bird kot. Kalau nak angry pun biasanya takkan jadi. So, paling-paling pun warning pakai mata je. Behave for 1 minute. Lepas tu jadi hantu balik. Pasrah.




Of course not all of them. Yang betul-betul nak belajar tu memang saya truly respect la. Sit at the very 1st line in the class. Paying full attention. Ask me questions. Baru tahu why lecturer seronok bila kita involve dalam kelas. Yang tak pay attention tu I don't know what to say lah. Pas keluar kelas tak pernah duduk diam atas meja. Lepas sorang balik dari toilet, orang lain pulak keluar. Lepas orang tu balik, yang lain pula keluar. Orang yang sama pulak tu. Sampai kadang-kadang terpaksa tinggalkan pas dekat bilik guru so that bila saya masuk kelas tak ada siapa boleh keluar. Kalau nak keluar jugak, keluarlah without pas. Kena tahan dekat guru disiplin padan muka...hee. Cikgu Ain jahat!




Tapi overall I can managed them well. Degil-degil pun, tapi kalau dah namanya budak 14 tahun, nak lawan dengan Cikgu Ain yang 23 tahun ni, berani kau buatlah. Hewhewhew. Ok, cukup cerita pasal adik-adik. Pasal rakan sekerja? Nak tahu, ada seorang cikgu yang very the attention grabber. Taklah kacak mana. Tapi kalau dah namanya attention grabber, maknanya ada aura lain yang menariklah tu. Hee. Cikgu Ain gedik. Mujur saya dah berhenti. Kalau tak, habis kena bahan dengan budak-budak Dua Kemboja. Mereka dasyat okeh.




So now, since saya dah berhenti, semestinyalah with reason. Sebab right now dah balik Shah Alam untuk bergelar 'PELAJAR' semula. Alhamdulillah, Allah masih memberikan title itu kepada saya. Sangat bersyukur dalam linangan air mata. Cabarannya tak usah cakaplah. Berhempas-pulas, bergolok-gadai, bersangkak-sangkak with everything. Tuhan saja yang tahu berapa banyak air mata saya menitis. Baru dua hari masuk kelas, ketakutan for another one and a half years dah boleh nampak dah. Jelas depan mata. Kalah ketakutan masuk Fear Factor. Kalah kepenatan masuk The Amazing Race. Macam dah boleh kira berapa kali boleh pergi tengok movie, berapa kali boleh pergi shopping, berapa kali boleh balik rumah, berapa kali boleh tengok astro, berapa kali boleh makan nasi dalam sehari. Sekian.








Allah dah beri apa yang terbaik. Jangan nak merungut. Jalan dah terbentang depan mata. Tinggal nak rempuh je. So, with bismillah, Ya Allah, kau permudahkanlah hambaMu ini. Amin.

6 comments:

Shedyfairy said...

eh cha! kau bukan dah habis ke? ke kau buat masters plak skang??? hehe

Unknown said...

degree dah habes.. now another stage my dear.. doakan aku dik..:)

Shedyfairy said...

woaaa!!! this is great!!! Wish u all the best geng!!

Unknown said...

InsyaAllah.. tq very much.. It's totally out of my plan.. Semestinya Allah sebaik2 perancang.. Wish u e best as well.. latest update lemme noe ok!

Sayidah Nafisah Ruslan said...

bagusnya kau.. teruskan usaha ye. aku rasa sampai diploma je kot aku punya sijil ni. nak sambung terus ke degree maybe next next time. family aku perlukan aku sekarang ni. ko doakan aku jugak ea. aku pun teringin nak sambung macam kau.. tahniah ocha!

Unknown said...

tq syg.. jgn risau, rezeki Allah tu di mana2.. semestinya Dia merancang yg terbaik utk kita.. don't worry, aku sntiasa doakan ko berjaya, kita semua berjaya.. dunia dan akhirat insyaAllah...

the history

Followers