Wednesday, April 3, 2013

aMaRaN : LaiN KaLi JaNGaN sExisM


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Diorang ----- selalu sangat ----- describe ----- situation macam ni -----




"Haa, kereta depan ni mesti perempuan yang bawak. Selow (slow) kemain."




"Ini parking senget ni, mesti perempuan yang parking."




Tapi tak pulak cakap,




"Ni kereta cantik, kemas, berkilat, harum, wangi ni konfirm kereta perempuan."




Macam biasalah, lagu mesti tak ada kena mengena dengan tajuk.
Anyhow, lagu ni agak best. Baru released ke Encik Train?




Once upon a time, I used to say those words kepada rakan sekaum saya. Pantang betul kalau tengok orang bawak kereta terhegeh-hegeh. Rasa nak maki secukup rasa lagi-lagi bila jalan kecik macam kat kampung kan. Highway boleh tahan lagi. Eh eh, tak sedar ke diri sendiri tu perempuan jugak? Kononnya nak tangkis persepsi orang ramai, u-know stereotype orang upon lady driver, saya tak mahulah mereka yang 'gentlemen' sangat bawak kereta tu ingat kita tak boleh drive ala too-fast-too-furious kan. Itu yang kalau dekat highway, 120 even almost 130 tu biasalah. Kalau daddy tak bising tak insaf. 




Lepas tu da la bawak laju, nak upgrade pulak drive-laju-sambil-texting. Kadang-kadang sambil-lilit-shawl atau sambil-baca-magazine atau sambil-ketip-kuku (kau-mampu?). Haa, lagi satu yang kurang kegemaran kalau bab-bab nak vacuum kereta atau nak cuci kereta. Even setakat nak siram air gitu-gitu pun malas yahamat. Tapi alhmdulillah, part service, check minyak hitam, air, enjin sikit-sikit tu bolehlah. Kursus untuk tukar tayar secara manual pun daddy dah bagi. Cuma tak praktikkan je lagi. Apa tak, once tayar meletop terus gelabah dah tak tahu nak buat apa seolah-olah tayar pun dah tak kenal. Panik katanya. Tapi, ekhem... itu cerita dulu laa, I said once upon a time yuno...




Oh, ini pun once upon a time jugak.
She, and her very first car.
Epic!




Then last year kan, bila hujung tahun banyak cerita eksiden happened, eksiden yang berturut-turut pulak tuu. Tayar kereta meletoplah, tayar kereta pancitlah, cermin kereta berkecailah, tayar kereta meletop (lagi) lah, haa ----- part paling sadis, mak aksiden sampai kemik kereta hari tu. Masuk workshop almost 5 bulan, 'patah kaki' tak boleh ke mana-mana tu boleh tahan lagi, tapi trauma, fobia nak bawak kereta mana nak cari semangat balik? Termasuklah saya ni haa. Hilang semangat nak berlagak KL Drift atas jalan sebab banyak sangat dah pengalaman 'ngeri'. Eh, tayar meletop sampai kereta berpusing itu kira ngerilah ok.




Jadi adik-beradik pun macam dah pandai soksek-soksek dekat mak, eh-along-bawak-kereta-perlahanlah-sekarang-mak. Terima kasih kerana merepot. If not mak takkan penat mention jangan-bawak-laju-laju di telinga saya. Baguih noh u ols sister and brother. BFF I don't know laa. So far tak ada yang komen lagi. Tak perlu komenlah. I oways pemandu yang berhemah. Kini dan selamanya. Dulu je tak.




Itu yang mula-mula cakap pasal discrimination tadi nak highlight dekat sini perempuan sebenarnya bukan tak boleh nak tekan pedal minyak, tapi sebenarnya berhati-hati dan sentiasa beringat. Sekali dah kena, sekali dah rasa, memang sampai bila-bila dia beringat. Macam eksiden ke, kena saman ke. Lelaki tak macam tu (kot). Berapa kali eksiden pun, berapa kali kena saman pun, susah nak serik. I don't know, mungkin naturally begitu. Mungkin juga tidak. Tapi kalau tengok statistic, purata kemalangan dan saman tertinggi dekat Malaysia ni adalah daripada kaum Adam (Mukhriz). Sila gugel kalau tak percaya. Takpun tanya Encik Polis teghoih. Ini bukan research or case study nak letak statistic chart bagai dekat sini eh yuols. And samalah kalau nak apply on other things. Perempuan kalau sekali dah serik...




Dan seriously, saya sekarang tidak lagi memandang rendah kepada kaum saya semasa memandu. Kalau ada lady driver di depan nak menyelit dalam line or nak masuk simpang or nak apa-apa sajalah, saya automatically akan berikan laluan. Somehow, they way they're driving are so cute. Even dekat simpang tiga tu supposedly dia yang masuk dulu, tapi dia boleh pulak beri laluan dekat kita. Eh, buku memandu mana dia belajar ni? Maka tergelaklah hamba seorang diri.




Oleh itu, janganlah sesekali memandang rendah kepada pemandu wanita. I mean, memang somehow they can be a bit annoying tapi sekarang cuba jalan atas highway tuu, mana ada lady driver bawak kereta 80/90 KMJ lagi dah. I sorang je yang setia duduk lane tiga tu Jemah...




Thank you gugel. 
You rock grandma!


No comments:

the history

Followers