Wednesday, April 24, 2013

CaRe To KnOw hEr TiMeTaBLe?



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I wake up in the morning, let say 6.06 or maybe 6.16. Jangan tanya kenapa bukan 6.10 or 6.15 sebab aku punya alarm aku punya sukalah nak set pukul berapa. So tak kisahlah 'cuti' ke tak 'cuti', that's the time aku akan bangun everyday. Errr, sekali-sekala dia terlajak jugak. Kecuali hari sabtu dan ahad. Yaaah, cuti is cuti. I mean kalau tak cuti solat pun, lepas solat tido baliklah. Oh, only during the weekend. Terima kasih kerana memahami betapa aku sangat menghargai weekend sebagai hari untuk beristirehat dan bermalas-malasan. I mean, the timetable so far, begitulah.




Then I took breakfast and around 7.35 gerak ke tempat kerja. Around 10-15 minutes sampailah. Agaknya kalau tak ada traffic light berapa minit lagi cepat kot. Syukur. Dan sementara tunggu kelas start pukul 8.30, aku akan panggil beberapa orang anak kecil untuk berdating dengan mereka di celah-celah keriuhan mereka bersenda-gurau, atau mungkin di celah-celah mereka yang leka menonton learning video sambil ikut menyanyi dan meniru gaya di kaca televisyen tersebut eh eh eh sejak bila andai berkata-kata begini? Lalu aku memulakan sesi pagi mereka dengan aktiviti membaca.




Mulakan dengan anak kecil yang akan balik tengah hari. Yang balik petang boleh 'reading' during class session atau mungkin sebelum mereka tidur tengah hari nanti. Dan biasanya, dalam masa setengah jam tu sempatlah reading around 3,4 orang. Depends berapa muka surat diorang baca. Selalunya 1,2 page pun dah cukup. As long as diorang baca. Ok, cerita reading di pagi hari dah habis. Then after short assembly (termasuk baca doa and exercise ringan sikit), learning session pun bermula.




Learning session waktu pagi biasanya teachers akan buat outdoor punya activity. Gardening ke, play dekat playground ke, biasanyalah. Ada jugak indoor. Sometime buat class project. Then around pukul 10.15  diorang rehat because my class is 5 years old children, bagi adik-adik 4 years old rehat dulu. Depends on breakfast jugaklah. Kalau makan yang berat-berat like nasi lemak or nasi goreng biasanya extra period sikitlah waktu rehat diorang tu. Kalau setakat breakfast roti or cereal, pantas litar pintas la mereka. Dan lepas tu sambung learning session balik. Masa ni masing-masing agak super active. Makin susah nak kawal. Sebab energy dah terlebih kot. Sampailah waktu lunch. 12.30. Maksudnya dah habis learning session la tu.




Dan bila semua dah selesai makan, masing-masing naik atas, mandi dan tukar baju apakejadah semua, lepas tu turun bawah balik minum susu. Oh ya. Tak semualah. Mana yang parents nak jemput tengah hari tu diorang balik tengah hari laaa. So, tinggal la beberapa kerat je yang perlu dimandikan, dipakaikan drypers, disikatkan rambut segala, really masa ni terasa sangat mak-mak okeh! I mean, sebab masa ni tak setegas dalam kelas. Masa ni attention more to bagi kasih sayang, melayan diorang merepek, dengar cerita diorang, main-main dengan diorang, kalau kau tengok aku punya roleplay masa ni, agaknya memang boleh dapat anugerah ibu penyayang. Macam biasalah aku punya berangan. Ok bye!




Nak dijadikan cerita, ada pulak sorang anak murid aku ni nama dia Aqeel Rasikh. (Maksud nama Rasikh itu apakah?). Tak tahulah. Tapi nama Aqeel/Aqil tu memang aku dah reserve baik punya untuk anak aku adalah dalam beberapa tahun yang lalu. I don't know why but I really love that name. Yang bijaksana - Yang baik budi, - Yang penyayang. See berapa banyak dia punya maksud dalam satu nama. Tak payah letak nama kedua dah. Aqeel bin XXX cukup. Jadi sebab berangan nak anak nama Aqeel, maka secara tak langsung my attention become more to that little handsome guy. Bukanlah gedik asyik nak bias dekat dia, but it's true, memang si Aqeel Rasikh ni sangat pintar, so silent and humble even baru 5 tahun. In my eyes, anak ni ada potential untuk jadi Imam Muda suatu hari nanti. Or mungkin juga pegawai besar dalam bidang keagamaan. Who knows. Wish you're my son Aqeel. Oh, berangan lagi.




Patah balik after diorang mandi and minum susu semua, maka it's time to sleep. And so, this teacher akan continue reading siapa yang tak sempat nak habiskan reading during class session pagi tadi and kalau sempat lagi check buku exercise anak-anak sambil perhatikan diorang tidur. Boleh bayangkan tak macam mana? Ok, basically I'm not really a teacher. But I prefer myself as a mother. I treat them the way I want to treat my children. Ada masa I shouted to them. Tapi mak mana yang sampai hati nak tinggikan suara dekat anak kan? Lagi pulak dekat anak-anak 4, 5 tahun yang tak berapa nak tahu apa-apa tu. Kalau dah sekolah tu lain ceritalah. So, no komen ok no komen no no no. 




Pukul 2, aku balik. Tinggalkan anak-anak yang tengah tidur tu and go to class. Time to turn into a student. Masa nilah nak rushing to the class, set up apa yang patut, hadap assignment kalau sempat. Kalau tak sempat hadap waktu malam or weekend (terpaksalah kacau weekend). Masa ni jugaklah nak catch up dengan kawan kalau ada group discussion or what, masa nilah nak fikir tentang masa depan. Seriously, my mind is totally kosong before 2pm. Working with a children like them obviously sangat menenangkan fikiran sangat seronok so far tak stress apa pun even penat tu memang tak dinafikanlah. Tapi kalau nak pilih penat fizikal dengan penat mental, I prefer penat fizikal lagi. Suruhlah aku lompat-lompat dengan budak ni, bawak diorang main dekat playground sehari suntuk pun aku sanggup daripada dihambat segala macam kerja plus maki hamun dekat pejabat oh gaji besar pun hati menyumpah-nyumpah pergi kerja buat apa kan?




Sekian, dah pukul berapa aku invest masa study malam ni semata-mata untuk update latest news about me myself. I really don't care orang nak baca atau tak. Even aku tak cerita everything at least aku bagitahu jugak daripada senyap like orang ingat aku dah mati ke apa. Eh, janganlah cakap macam tu. Nanti anak aku si Aqeel tu siapa nak jaga?




Bapa dia yang asyik dok dekat kerusi The Voice ni? 
Oh, gurau saja. Ini gambar hiasan ok lalala. 




p/s: Takut nak sayang anak-anak ni sebab bila sampai masa I got to move to another school, tak boleh tahan air mata. Siapa sanggup nak berpisah dengan ahli syurga?

No comments:

the history

Followers