Friday, May 24, 2013

aFtEr YeaRs Of ExaMs aNd SLeEpiNg iN cLaSs



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




"Now the time has come"




Baiklah, amaran awal buat para pembaca. Entry ini adalah entry bergambar sempena hari graduation (G-Day) yang saya janjikan previously. Bukanlah semuanya gambar semata tapi kebanyakannya memang gambar laaa. Dan entry ini amat sangat terlalu sungguh dan memang panjang gila gila gila. Jadi, kepada yang rasa-rasa dia tengah sibuk dengan meeting ke, busy nak buat homework ke tengah kejar deadline or what-so-ever dan sebelum korang pulak jadi gila, adalah dinasihatkan agar korang tidak membuang masa membaca post aku ini. Nanti dah ada masa lapang baru bulih. Ok, sila skrol bawah lagi...





Bawah lagi please...








Ok. So ceritanya, four and a half years ago, these are the girls yang aku kenal sejak bergelar pelajar universiti. Kalau baca belog aku masa zaman-zaman tahun 08-09-10-11-12-an muka-muka ini adalah sangat tidak asing lagi. Mereka membuatkan zaman asasi aku sangat bahagia sebab dioranglah kawan gaduh kawan gedik kawan gelak kawan gila semua yang bermula huruf G kalau boleh aku nak taip kat sini. 




Actually ramai lagi. But since masing-masing dah berpisah ke kampus UiTM cawangan lain so tinggal ini sahaja yang dijadikan teman gosip sehari-harian. Alhamdulillah, semuanya grad on time. Walaupun 'kolar' aku saja yang warna kuning meaning that aku tak sama fakulti dengan diorang, tapi budak-budak law tak sombong ok sebab mereka masih nak berkawan dengan saya ^_^ - Sebab aku ugut kalau tak datang photoshoot aku tak nak mention nama dalam belog...hahah.




Congratulations girls!!!








Finally we made it. Walaupun scroll tak sama, but I feel happy cuz we're still together untill the end. Even not together all the time Ya Allah kalau nak cerita krisis-misis memang tak payah cakaplah. Tiga tahun dekat Shah Alam ni rasa macam mencabar sangat nak harung sekali bila dah sampai G-Day rasa macam eh eh, biar betul kita nak grad? Seriously, I had so much bitter-sweet moments with you guys. Siapa tak jemput aku datang kenduri kawen dia nanti aku ban nama korang dalam belog aku. Hek eleh, nak ugut lagi. Oh ya, from left silakan...



LAWYER LYDIA, LAWYER NADZIRAH, MISS OCHA (InsyaAllah doakan aku jadi lecturer suatu hari nanti), LAWYER EZZY, LAWYER FARA, LAWYER HANI, LAWYER LINDA and LAWYER HAAJAR (like the best gosip mate ever!)








Fine, semua orang lawyer aku je tak...hahah. 
This is kehendak Allah. We never know future anyway.




So, itu kira girls group yang kira paling senior dalam hidup aku la. Yang bawah ni, lebih kurang 2 or 3 tahun kot like sejak aku mengaktifkan diri join MCC dekat Melati dulu tak yah ceritalah malas pulak nak bagitahu 2,3 kali so kena jadi follower belog aku yang setia baru faham cerita setiap entry I okeh. TQ.





Nak bagitahu from left jugak ke? Ok, from left MISS YAYA (baru grad hari Isnin hari tu - congrats darling), MISS ROY, MISS NAJWA, MISS OCHA (lagi), MISS YATT and MISS MIMI. And nak bagitahu, kitorang semua sebaya tapi Yatt dah grad tahun lepas. Aku dengan Yaya baru grad hari tu. Roy, Najwa and Mimi next year sebab diorang budak akaun so diorang lagi hebat so diorang kena belajar lama siket la kan kan kan...








Tapi harus mention Cia jugak, sebab tolong snapkan gambar kitorang hari tu. Aku kalau setiap kali keluar dengan diorang ni memang tak jadi orang normal dah. Tak kisahlah. Yang penting thank you dear for being there celebrating the moment. 




Kalau macam nilah dia punya celebrate, hari-harilah aku nak grad! Hahah - Dengar cerita ada orang tu mengidam sampai termimpi-mimpi. Haaa, inilah DOMINO yang dijampi tuuu :P








Well, tak cukup dengan diorang, on my way nak balik Putrajaya petang tu sempat lagi menyinggah photoshoot dekat depan dataran Putra ok like it was part of my plan jugak sebenarnya nak bawak gadis-gadis di atas tadi ke sana tapi memandangkan banyak sangat kekangan and banyak sangat reasons yang sampai so aku dengan selamba badak redah berani mati je posing sorang-sorang apa kau ingat aku dengan badak tu bestfriend ke? Dah la sorang-sorang, mula-mula memang niat nak cancel je niat photoshoot dekat Putrajaya tapi tak tahulah ada pari-pari datang and made my wish come true oh taching taching rasa nak nangis tibe-tibe.








Yang penting scenery kat belakang tu. Even hari-hari lalu jambatan ni, tang mana pulak aku nak tangkap gambaq pakai jubah konvo weh? Jadi kesimpulannya, thank you Dr. M for established such a beautiful government administrative centre amboih kemain aku skeaping memanglah beautiful sangat sampaikan bila dah hari-hari lalu Alamanda, hari-hari lalu kompleks kerajaan kubah kaler hijau tu, lalu masjid Putra and aku pun macam "biaq-betui-aku-dok-kat-sini-la-ni."




Terima kasih jugak Dato' K.




And sebab aku dah penat nak taip, so next pictures, which I save the best for last gitulah kononnya. 




Selain girls di atas tadi, mereka inilah juga buah hati pengarang jantung saya yang oweys bagi sakit jantung, bagi darah tinggi bagi bunga-bunga cinta dan segalanya. My dearest tomato and bear yang tiba-tiba buat aku rasa nak nangis masa taip perenggan yang ni Oh Allah, kau jagalah hati kami bertiga agar sentiasa tetap dengan-Mu dan sentiasa menjadi penyejuk hati Mak dan Ayah kami. Janganlah pesongkan hati kami dengan melakukan kejahatan sehingga mengguris hati kedua ibu bapa kami.








To tomato and bear, congratulations for what you have achieved so far. I'm so much proud of you. Along nak korang datang konvokesyen hari tu sebab along nak korang tahu, senyuman mak ayah yang korang tengok masa tu buatkan penat belajar bertahun-tahun dari pergi tadika mak hantar jalan pimpin tangan sampailah sekarang pergi Shah Alam drive sorang-sorang, eh eh rasa macam penat belajar hilang macam tu je sebab dapat tengok senyuman mak ayah.




Dan sebab bertahun-tahun diorang bekorban dan bersusah-payah untuk kita bertiga, jadi along nak korang belajar rajin-rajin and jangan buat mak ayah berhenti berbangga dengan kita. Nak jadi orang berjaya, it's really a thousands miles of journey. So, don't ever give up, don't ever stop. Redah je apa yang datang. Pertama sekali, because of Allah SWT and secondlly because of our beloved mummy and daddy. 




To bear, finish your diploma on time. InsyaAllah ada rezeki nanti along try apply jadi lecturer dekat politeknik kau...hahah. And for Tomato, always believe in yourself. Along doakan yang terbaik untuk kau. Rezeki Allah tu di mana-mana. Along doakan kau lulus interview degree Sabtu ni. Meh sini along jampi meh-meh...




To my best boyfriend




And to my best girlfriend



Thanks for always be there for me. Like all the time. Together with me in happy and tears. Allah sahaja yang tahu betapa bangganya along lahir sebagai anak mak dan ayah. Well, I don't know how to say it but truly deep inside my heart, I'm always grateful to have you as my mom and dad. Bajet mak dengan ayah baca belog ni and paham sangat aku speaking..lalala.




Ok, lauk gulai maman mak hari tu sangat terbaik. And pertama kali tengok ayah pakai baju batik sekali pandang macam MB nismilan. You're so ensem la daddy. Nanti along nikah ayah pakai ensem-ensem macam ni lagi tau. Eh, dah konvo laaa. Dah boleh nikah la kan daddy kan... :D





Ya Allah, jagalah kami, peliharalah kami, panjangkanlah kebahagiaan ini hingga ke akhir hayat kami.
Amin ya Rabb.




Gambaq paling mahal sekali dalam entry ni.
Sekian terima kasih.
(Sambil kesat air mata sebab dah seminggu tak balik rumah.)
Mengada tak?

1 comment:

Dato' K said...

you are welcome (^_^)

the history

Followers