BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Ini cerita malam raya ya. Memanglah terlambat sikit sebab dah masuk hari raya ketiga, tapi tak apalah. Aku nak cerita saja. Kalau nak baca, bacalah. Kalau tak nak pun tak apa. Teaser beriya, sekali coming update tak ada kena mengena. Haha. Malam raya pun cerita raya jugak dik. Ok sekian.
Ceritanya, mummy memang dah lama plan nak buat makan-makan sefamily malam raya hari tu. Ya. Memang dah selamat pun makan-makan semua. Dengan pelita depan rumah. Entah si beruang tu mimpi apa agaknya nak berpelita bagai tahun ni. Dahlah duit aku jugak yang terkorban. Tak apalah, tak luak pun, tahun depan bulih recycle balik. Chop-chop, perempuan selalu macam ni kan. Suka cerita melalut-lalut tak nak straight to the point. Ye, sekarang cerita malam raya kembali. Kami buat barbeque, bakar ayam sekali la dengan satay. Plus hari mantai kan. Dengan kuah kacang mummy masak siang tu, dengan nasi impit sekali, pergh, malam raya tahun ni rasa memang live hari raya betul. Misi mengembangkan badan dengan gigih yuno. (Minus, tak ada orang rumah je nak dating bawah pokok dalam gelap kat depan rumah.)
Dan disebabkan tak ada orang rumah, maka akulah tukang hidup api, akulah tukang masak dan akulah juga tukang makan. Kau boleh bayangkan tak bagaimana feeling malam raya bila semua 'aku'? Haish, memang kalau bulih target tahun depan nak raya berduet lah macam ni...
Encik Satay sedang dalam perjalanan. Honest. Ini kali pertama bersatay-satay di malam raya. Dan bakal menjadi acara tahunan untuk tahun-tahun seterusnya. Siapa nak join, sila buat muka tak malu. Ini pelawaan serius. Datang je ok. Malam raya, I memang akan buat open haus...
Sedikit messy. Dengan buku The Smurf kanak-kanak tadika yang aku jadikan sebagai kipas, maka beginilah kesudahannya. Rentung-rentung pun licin jugak. Siap ada second round lagi tu. So, consider profession sebagai makcik tukang kipas satay berjaya la eh...
See, daripada satu family, jadi dua family, lepas tu tiga family, sudahnya satu taman pun turun join the barbecue. Daddy siap bentang tikar lagi. Lepas balik dari takbir dekat masjid lapar katanya. Bermeeting sekejap kaum bapak-bapak dan ibu-ibu di hadapan rumah beta.
Pasal belum ada anak sendiri, layan jela anak-anak jiran main bunga api.
Oh. Ok. Fine.
Tahun depan kot tak dapat terkinja-kinja begini lagi. Jadi kesempatan yang ada, bedal je main bunga api. 23 tahun pun apa kisah kan. Jadi kanak-kanak riang sekali-sekala. Padahal dalam hati...
Riang la sangat...
p/s: thank you mummy for the awesome chicken. tahun depan buat kita perap 3,4 ekor pulak yap!
No comments:
Post a Comment