BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Terlebih dahulu, saya mewakili keluarga Encik Omar, iaitu daddy saya yang misai melenting tetapi baik hati dan kelakar dan handsome kacak bergaya di bawah ini, serta mummy saya yang comel, serta beruang dan tomato yang debab di kiri dan kanan, ingin mengucapkan, SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA para pembaca anameku.blogspot ini.

Halalkan makan dan minum, ampunkan segala silap dan salah, dari hujung rambut hingga hujung rambut kaki. Semoga Aidilfitri ini bertambah barokah dengan kemaafan yang saling diminta dan diberi. Saya sendiri, Ain Nathasha binti Omar, turut memohon ampun dan maaf secara peribadi, sekiranya ada coretan-coretan saya di dalam belog ini mengguris hati dan sanubari para pembaca.
Terutamanya kepada 'anda' yang pernah menjadi mangsa amukan saya dalam belog ini. Mengamuk-mengamuk tu biasalah. Macam tak kenal pula angin saya yang sentiasa lintang-pukang asyik nak beromosional sahaja kan. Ikhlas dari hati, saya sudah maafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati saya. Dan saya harap, saya juga dimaafkan. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah redha...
Ok, takmo taching-taching lagi. Dah hari raya kelima pun nak sedih-sedih. Jadi lupakanlah segala sengketa, mari join saya beraya dekat Rembau, kampung halaman teratak atuk dan wan tercinta. Hari tu kan dah janji nak share gambar raya. Jadi inilah dia. Cerita hari raya saya.....

Siapa tak tahu pakcik yang hensem ni, memang nak kena sepak laju-laju. Beliau ialah boyfriend saya sejak saya kecik lagi. Nama dia Encik Omar. Pagi satu syawal, memang tradisi family Encik Omar ni, kami akan beraya di rumah sendiri terlebih dahulu. Sebab sekarang dah besar gedabak, segan nak tidur kat kampung. Lepas raya rumah jiran-jiran terdekat, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, barulah we ols akan ke Rembau. (lagu Rembau Most Wanted pun berkumandang)
Yang ini bestfriend sejak I dalam perut dia lagi.
Sekarang dah keluar dari perut, dah pandai main tumbuk-tumbuk.
Yang ini pulak kalau tak tahu nama sebenar tak apa.
Panggil je sorang tomato sorang beruang.
Ok, mereka pun bestfriend jugak sebab selalu gaduh dan sayang sama-sama.
Finally, welcome to rumah atok dan wan.
Introducing, my very big family. Yang ini cousin sahaja. Memang semua stock jantan-jantan daripada anak Pak Ngah (which is my daddy) sampailah anak paksu. Anak-anak maklong semua dah status mak-mak orang. Jadi faham-faham sendirilah giliran siapa pulak jadi mak orang lepas ni. Nak tunggu gigirl tiga orang kat depan tuuu...??? Ok.
Yang betul-betul geng anak dara, inilah saja yang tinggal.
Spesis yang semakin diancam kepupusan.
Genetik apakah adik-adik sepupu aku tinggi bergalah-galah begini aku pun tak tahu. Yang pasti, kalau balik kampung, tidak perlu berkerah tenaga kerana adanya mereka.
Dan sila jangan hairan kenapa aku menjadi seorang kaki bola kerana aku dibesarkan bersama kaki-kaki bola dan kepala-kepala bola iaitu mereka pakcik-pakcik bola di kiri di kanan di atas dan di bawah.
Sesi melepak dan bergosip anak-beranak di bawah rumah.
Dan sesi photoshoot.
Dan photoshoot lagi.
(sampai tak tahu dah nak pandang kamera yang mana satu.)
And kita jamakkan sekali, ini semua geng sepupu saya di kampung. Tidak termasuk beruang sebab dia yang snap gambar ni. (kot). Jadi, boleh calculate sendiri, ranking umur paling tua, starting dengan si baju merah paling kiri itu, 24 tahun. Lepas tu next lalalala. Tiba-tiba tak de mood nak tulis pulak...
Dan menjadi acara wajib juga kalau balik Rembau, tak gegar pokok rambutan atok tak sah raya.
Menikmati rambutan dengan kusyuk dan tawadhok.
Kemudian bergosip lagi.
Eh eh, bukan gosip. Sesi santai bersantai di hari raya.
Sekian, dah habes cerita hari raya. Tak ada gambar pergi rumah sanak-saudara. Sebab kalau tengah beraya, melantak konfirm tak ingat kamera. Jadi tak adalah gambar tengah beraya. Yang ada, gambar selepas melantak. Mana yang bulih share, kita share. Raya kalau balik Rembau memang beginilah. Tak tahu tahun depan bulih terkinja-kinja lagi atau tidak. Buatnya pakcik omar jadi sambut menantu? Haa, tahun ni calon je datang, tahun depan, kereta menantu parking depan rumah.
Pergh, jauh kau berangan...
No comments:
Post a Comment