BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Last week ada birthday celebration dekat tadika. Birthday celebration ni like a tradisi tau sebab memang setiap dua bulan sekali it will be celebrated. Sepanjang 3 kali birthday celebration yang aku join selama ini, aku rasa this one yang paling fun dan meriah. Bukan sebab aku celebrate dekat BSP (kang Kak Sarah or Kak Yana or kakak-kakak Putrajaya yang lain bace kang sentap pulak), tapi sebab celebrate sekali sempena Hari Raya. Like open haus gitew. Kan meriah tu kan kan kan.
Pagi-pagi punya aktiviti, pun dah sekian masyaAllah banyaknya dan seronoknya. Starting daripada setting tempat dengan anak-anak dekat luar (termasuklah gantung belon yang berapa kali asyik nak meletop je kejenya), lepas tu short assembly macam biasa, praktikal solat, dan barulah sesi menternak lemak di dalam badan. Breakfast semua berkolesterol tinggi. Alah, off pantang sehari. Ok bye!
Dah setel menternak lemak, maka aku kembali mengaktifkan saraf anak-anak dengan memasang lagu raya kuat-kuat, membiarkan mereka terkinja-kinja sendiri. Lepas tu Kak Wawa buat few activities like musical chair dan juga mengadakan konsert hari raya pakai musical instrument yang ado dan saya secara rasminya melantik diri saya sendiri sebagai tukang PA system dan camerawomen.
And that's Alif Haziq (the boy in black). The only birthday boy hari tu sebab lahir bulan Julai and no one yang lahir bulan Ogos. So he was very the VVVVVVVVIP on that day. Takpe Alif, Alif geng dengan teacher kaaaaayyyy...
Kemudian, lepas menternak lemak dengan kek dan menu nasi impit sempena hari raya, sesi berpeluh-peluh di halaman
Ok, ni last. Sebab rasanya lepas ni tak ada event begini dah kot dekat tadika. Tak tahulah kalau aku gedik jugak nak bukak cerita mengarut entah apa-apa. Aku memang suka share detik-detik bahagia dengan orang walaupun sebenarnya aku taklah bahagia sangat. Mamat motor biadab mana entah cium bumper Vivy merah mummy aku hari tu, dahlah call rescuer pun tak respon. Hati sakit dan panas dan bengkak segala ni tapi tak apalah. 400 lebih terkorban. Ya, Allah itu Maha Tahu.
Baiklah. Sekian sahaja buletin hari lahir part ii saya kali ini. Bulan depan siapa nak booking publisiti, kaunter pendaftaran sudah dibuka. Bye!
2 comments:
saya,kak ngah!!!~roy yean~
ok. baek2...
Post a Comment