BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Aku pernah ada niat nak jadi YB. Yang Berbahagia atau Yang Berhormat, entah aku lupa. Mesti Encik Mail malu nak mengaku aku anak murid dia. Nama je dapat A untuk subjek penghujahan, tapi biadab, tak amalkan ilmu. Maafkan saya Encik Mail. Maafkan aku Tuhan. Memang hanya niat. Bukan betul nak jadi pun. Bukan bersungguh pun. Kang hancur rakyat jelata Gemencheh dapat aku jadi ADUN. Hari-hari berkampung depan pejabat buat bantahan besar-besaran. Gamaknyalah.
Nah. Sekarang aku ambil Master in Education. Tapi aku tak nak jadi cikgu. Sebab aku tak pandai mengajar. Aku tak pandai ajar budak-budak buat benda baik. Benda jahat, benda sesat, itu boleh. Nanti aku manjakan anak orang, nanti diorang spoil. Tapi kalau aku bengis memanjang, aku pulak yang spoil. Maka kesimpulannya, aku kena ada satu tema je. Tema mak tiri atau mak kandung. Kau faham tak? Tak faham tak apa. Teruskan membaca kalau masih tak berputus asa.
Tapi tapi tapi. Aku tak cakap yang aku tak boleh. Aku pernah cuba. Aku pernah rasa. Aku pernah ada (pause sekejap) pengalaman. Kenapa kena pause? Aku punya sukalah. Ok, sambung balik. Cerita pengalaman aku mengajar, aku tak salahkan cikgu, aku tak salahkan ibu bapa kalau anak-anak spoil. It might be a factor. Tapi tak semestinya. Sebab dalam satu hari, masa budak-budak lebih banyak di sekolah berbanding di rumah. So, ada logik tak kalau aku cakap cikgu lagi kenal anak murid daripada mak bapak? Logik.
Anak-anak sekolah sampai petang. Balik rumah sambung lepak dengan kawan siapkan kerja sekolah. Itu group yang bijak pandailah. Kalau yang tak berapa bijak pandai, pergi kau merayau merempit buang masa buang duit segala. Sedih. Kesian. Tapi nak buat macam mana? Bukan salah cikgu. Bukan salah mak bapak. Tapi pihak sekolah. Eh, tak juga. Sekolah ikut arahan PPD. PPD ikut arahan Jabatan. Jabatan itu arahan Kementerian. Dah polisi kata hantar kerja sekolah, assignment, hambat anak-anak dengan aktiviti sukan, kelas tambahan. Tak cukup hari sekolah, hujung minggu boleh bantai. Elok-elok anak jadi pandai, terus berenang terkapai-kapai. Segala benda nak capai. Haa, kan dah berima.
Habis tu nak buat macam mana? Semua nak naikkan taraf pendidikan, pencapaian, grades, tapi kalau satu sekolah sampai berbelas-belas kelas satu tingkatan, lepas tu satu kelas pulak sampai 30 orang lebih pelajar, mana nak dapat naik taraf pendidikan? Nak manage kelas pun dah ambil setengah jam. Berapa minit tinggal untuk lesson plan? Ingat cikgu tak ada kerja lain selain menjerit-jerit masuk kelas suruh budak-budak diam? Takkan semua cikgu kena tukar karekter jadi cikgu disiplin? Takkan semua cikgu nak kena genggam rotan ke hulu ke hilir?
Saya cadangkan tambah bilangan sekolah. Tambah cikgu. Tambah fasiliti. Pasak kepala otak cikgu untuk pupuk anak-anak dengan pendidikan yang berkualiti. Bukan ranking. Tak guna kalau anak-anak bijak pandai hari ni bila besar jadi menteri kerjanya manipulasi. Dah cikgu didik dari kecil. Moral. Adab. Intigriti. Itu benda kecil. Tolak tepi.
Mana tahu Tuhan nak makbulkan niat aku nak jadi YB. Dapat pulak kahwin dengan menteri. Senang aku minta sekolah sebiji. Pengetua masuk, cikgu masuk, budak-budak masuk, semua cuci kaki. Sekolah kampung, tapi canggih dengan teknologi. Yang penting, sorang cikgu jangan bagi anak murid berpuluh-puluh. Mana lepasan maktab yang susah nak dapat kerja tu? Meh sini datang mengajar kat sekolah aku. Sekolah kampung, budak kampung, aku briefing dulu perangai diorang macam mana. Nanti aku cuci kepala otak budak, kepala otak cikgu sekali. Macam yang aku cakap tadi. Semuanya kalau. Kalau aku jadi YB. Merangkap pengetualah sekali.
Kau tamak!
Biar aku tamak. Kau doakan niat aku jadi reliti.
Lepas tu kau tengoklah nanti.
Lepas tu kau tengoklah nanti.
Hah, apa tak matching dengan kos? Management & Leadership? Lah sangat...
2 comments:
Ehem2..jadi Dato' pun da penat nk pencen..nk jadi YB pulak? Hidup YB chocolate Ocha !!
Memang nak take over dato' la ni.. Haha, tak payah nak cokolat sangat..!
Post a Comment