BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Empat hari saja aku mampu bertahan untuk cuti daripada berblog. Aku rasa blogging ni da jadi macam darah daging pulak. Hari-hari aku terfikir dalam kepala otak, apa-aku-nak-merepek-hari-ni? Bagusnya kalau aku mempunyai pemikiran begitu terhadap lambakan assignment dan juga tidak berhenti berfkir bagaimana untuk memajukan diri sendiri. Kan kan kan.
Hari ini selasa. Hari kedua aku di rumah sewa baru bersama housemates baru dan roomates baru. Terima kasih Haajar kerana mempertemukan aku dengan mereka. Tapi aku tidak mahu lekas teruja. Takut nanti natijahnya tidak positif seperti yang selalu aku lalui. Jadi aku berlagak biasa-biasa sahaja. Takut mula-mula indah, tapi penghujungnya hampa. Biarlah aku membawa diri ke BBQ Chicken. Aicheeeeh, kemain promote. Kalau bukan tomato punya pasal, memang aku tak berapa nak meng'ayam'kan diri sangat.
FYI, she's a big fan of chicken.
(amboih speaking)
And the Baskin Robin as well. Selamba tak selamba bawak outside food dalam BBQ Chicken? Mujur owner tu tak rasa nak halau dua makhluk di atas. Kan kan kan. Kemain panjang cerita. Motifnya nak cakap, jemputlah datang BBQ Chicken kalau datang One Utama. Kalau park dekat luar, amatlah senang nak cari kedai ni around 500 meter dari entrance giteeeww aku punya explaination. Recommended untuk siapa-siapa nak makan banyak under bajet around RM50.
Melantik diri sendiri menjadi duta.
Sekian yang benar tomato.
And this is the main course. Kan da speaking lagi. Ok, ini menu utamanya. Half chicken okay. Kau memang hebat kalau boleh habiskan ini. Dan mintak maaf, muchroom soup (tak-tau-kenapa-eja-mushroom-begini) dan aiskrim punya gambar tak dapat nak upload. Terlupa bluetooth daripada tomato. Tapi kalau di gabungkan semuanya, memang harus meletop jugak perut akak ni.
Kau tengok duta makan macam mana?
Kakak duta pula makan bagaimana? Don't bother it anyway haaa sekali lagi dia speaking. Abaikan abaikan. Yang penting kau harus tahu, kami berdua sangat seronok menambah lemak di BBQ Chicken. Ayam aku itu, semestinyalah diwakafkan separuh kepada tomato. Hanya duta yang mampu melakukannya.
Muka fake sangat. Padahal habes jugak.
Oh masa sudah hampir tamat. Aku ingin terus bercerita tapi semenjak balik ke Shah Alam ni, hidup mula terasa padat. Sesi menjalinkan kasih sayang harus diteruskan. Jangan pecah tradisi kalau tak kang takut ada yang putus kawan pulak.
Yang aku beriya mengelakkan diri daripada speaking mak-salay sangat ni pun nanti aku cerita di lain entry. Sebab memasing dah famous amous sampai ke obersee belog aku ni pergi. Jauh kau berjalan Cik anameku? Haaa, nak cerita pasal reunion jugak. Later ok. Nak pergi dinner dulu. Bye!
Yang aku beriya mengelakkan diri daripada speaking mak-salay sangat ni pun nanti aku cerita di lain entry. Sebab memasing dah famous amous sampai ke obersee belog aku ni pergi. Jauh kau berjalan Cik anameku? Haaa, nak cerita pasal reunion jugak. Later ok. Nak pergi dinner dulu. Bye!
No comments:
Post a Comment