Monday, October 7, 2013

DiVas WeNt OuT 4 ChaRiTy


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku bukan nak certa sangat pasal berjalan kaki amal ni sebenarnya, tapi sebab tension tak jumpa tajuk proposal yang baru. Cari-cari artikel, sekali terjumpa blogger.com. Memang alasan sangat. Lagipun, bila sebut perkataan 'amal' itu sahaja sudah membuatkan aku rasa oh-aku-sudah-dewasa-rupanya. Seoleh-olah sudah tidak lagi bernafsu buas untuk berjimba seperti pada zaman muda-mudi dahulu padahal kalau nampak diskaun 50 peratus pun dah terbelahak bijik mata apatah lagi 70 peratus. Jadi lupakan sahaja angan untuk menjadi dewasa. Selagi tak dapat tengok bebola daging (atau nama penuhnya cloudy with a chance of meatballs), aku tidak akan berhenti tulis perkataan itu di sini. Tibe-tibe. Kau tahu aku memang rajin mengarut kalau kepala dah serabut. Nasiblah. Siapa suruh baca belog aku?








Patah balik patah balik. Ini poster World Hunger Relief yang aku cakap tadi. It's a charity walk yang disertai ribuan pejalan kaki sebagai simbolik untuk menyelamatkan dunia daripada kelaparan. Selamatkan dunia okeh. Haaa, kan dah tiba-tiba rasa macam superhero.









Jadi, bertempat di depan Palace of Justice, (one of my favourite building dekat Putrajaya) semalam, we started the walk. Kak Dyna yang gambar atas tu, dialah yang bawak kitorang. Nor and me. Tapi Nor tak ada, dia miss we ols sebab we ols jalan laju gila macam tengah masuk amazing race cari registration counter sekali walk-in registration kejadah registration semua pun tutup, memang ngam-ngam sampai masa tu, orang tengah aerobic warming up bagai lepas tu terus flag off. Maka dengan muka tak bersalah we ols pun berjalan. Tak kira nak join jugak jadi superhero tak berdaftar even they screwed up our registration.





Dan Nor, yang we ols miss tadi, dia duduk je dekat khemah walaupun dia pakai complete sports attire. Ingatkan kat belakang, bajetlah nak tunggu dia catch up. Sekali dia decide nak tunggu dekat ending point je. Aku yang tak berniat nak join pulak yang terjebak. Dah la pakai seluar jeans, pakai blous, tudung kalah ular sawa melingkau cekik-cekik leher bagai dan of course dengan selipar kegemaran, sambil bimbit beg tangan gabak nak mati. Tak segan silu weh aku join jalan dengan orang-orang tu. Aku pun tak tahu kenapa. Bajet macam jalan atas red carpet feeling diva sangat.





Kan lain sangat tu. Macam heroin nyanyi lagu hindustan baju dia sorang je rare, penari dekat belakang semua seragam. Hah, bayangkan macam gitu ok kau jangan buat aku rasa loser sangat.





Lepas tu, dengan muka berlagak tak nak jalan 3km, nak pilih 5km sampai depan Putrajaya International Convention Centre pulak. Nampak kan PICC yang tercatuk tinggi dekat hujung jalan tu? Sepatutnya, dekat traffic light depan tu boleh je u-turn siapa nak buat setakat 3km. Tapi tak best la, diva jalan 3km je. Mesti up la maksimum distance kasi dapat title Iron Lady Diva Divana. Enak title aku bagi kat diri sendiri. Sudahnya sampai garisan tamat...








Kak Dyna maintain lagi. Aku pun nak bajet gagah jugak. Sekali masing-masing ketaq lutut. Kak Dyna spray kaki tak henti-henti. Peha kiri aku pulak krem tak bagi salam. Terkejut tuan dia tiba-tiba bawak jalan 5km konon boleh cairkan lemak berapa kilogram. Mimpinya Laila sangat. Habis charity walk, pegi Alamanda sumbat carbonara jugak. Perangai diva, gitu gamaknya. Dah la dah la, malas cerita charity walk lagi. Tahun depan aku nak join lagi sekali. Promise, masa tu aku tak nak bajet diva lagi dah.





Ok last. Dah bye!

No comments:

the history

Followers