Monday, November 4, 2013

NoVeMbEr - MaaL HiJraH - tHoR ii ^_^


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




What else can I say. No more berjimba-jimba. Now dah masuk November, then you know what is that suppose to mean. Kalau u ols boleh nampak tulisan dalam planner kat bawah ni (planner baru yuno-hehe), nampak tak berapa banyak benda nak kena submit by the end of every week sepanjang bulan ni? And FYI, semua benda alah tu tak siap apa pun lagi. Baguslah. Boleh tulis belog lagi.










Actually, walaupun aku terkejut dengan kesedaran bahawa betapa banyaknya due date seperti yang tertera di atas (like kejadah apa test TQM sampai tiga hari wei), tetapi aku sebenarnya lebih terkejut dengan ke-ghaiban housemates aku yang seramai 9 orang kau bayangkan aku sampai pagi tadi sebatang hidung pun aku tak nampak. Kalau sorang dua aku tak heran sangat, ini sembilan-sembilan semua yilek. Memang terserlah niat suci dan murni mereka untuk menyambut Awal Muharram disamping keluarga tercinta. Kuajaq diorang ni, nak ponteng tak roger. Kan tak pasal-pasal aku pergi kelas tak ikhlas tadi.





And obviously aku hanya ditemani Encik Fish malam ni. Gagahkan diri untuk buat assignment (yang keempat daripada berpuluh-puluh list aku agaknya). Dan ditemani oleh lagu-lagu hindustan. Dah. Cukuplah. Setakat mukadimah entry bulan November. Dan juga untuk mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH. Ampunkan salah dan dosa hamba, halalkan makan dan minum semua. Ayat cliche, semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Kalau dulu malas study, sekarang nak jadi rajin. Ok bye, nak sambung buat assignement. Minggu ni minggu maut.






Kononnya nak bagi semangatlah letak gambar kesayangans dekat pintu almari.





Assignment melambak pun melambak laa. Yang penting aku dah jumpa laki aku dok bertapa kat Asgard bertahun-tahun lama. Finally, I watched Thor II. Dengan siapa itu biarlah rahsia. Yang penting, kau tahu bahawa aku benci betul filem-filem sekuel begini. Dah la best. Lepas tu tahun depan, tahun depan depan depan lagi, mulalah keluar Thor 3, Thor 4, Thor 5 bagai. Memang aku suka perabih duit bagi nafkah kat diorang ni. Whatever. Yang penting, wish come true. Boleh la hadap assginment dengan tenang. (Tenanglah sangat)






By the way, tolonglah kalau ada sesiapa yang belum tengok Thor II, dan rasa macam nak pergi tengok, tolonglah wei, tolonglah ajak aku sekali. Desperate sangat nak tengok lagi sekali tapi tak tahu nak ajak siapa. Sumpah tak lelap aku tido dok bayangkan pakcik Tom Hiddleston tu senyum kat aku gaya dia senyum dekat Natalie Portman. Ada aku kisah tengok Chris Hemsworth tayang body berketak-ketak dia?






omaigod, his grinning
Mana nak cari tilam nak pengsan?
Tak sempat dah.







Nah, ambek feeling sekali.

No comments:

the history

Followers