BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Tinggal tiga minggu lagi. Lebih kurang, dua minggu sebenarnya untuk tutup tirai sem dua ni. Pejam celik, dah December. Dah nak habis sem. Tinggal satu sem lagi sebelum layak sarung jubah konvo kali kedua. (i wish). Mujur consultants mummy and daddy disagree masa aku voice out hasrat untuk tangguh sem ni bulan sembilan yang lalu. Kalau tak, bertambah panjanglah masa nak countdown hari berjumpa Yang Di Pertuan Agong kesayangan.
Actually, it was so hard to accept the fact that aku penat sangat study dan bekerja. Probably sebab masa tu baru lepas kena torture perasaan dengan bekas majikan. Nyaris nak give up tapi mak ayah cepat-cepat hulur tangan mereka bagi support. Terus nangis lepas tulis ayat ni. Sekarang dah rasa macam matang sikit, baru sedar rupanya aku bukan multitasking. Aku tak boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Tak boleh jadi wonder girl.
Alhamdulillah, aku betul-betul nekad kali ni. Tak mahu lagi pandang belakang. Pandang belakang congkak pun aku tak nak. Selepas apa yang jadi semenjak-dua-menjak kebelakangan ni, aku juga sedar, yang aku ni kuat juga sebenarnya. Kuat sebab ada ramai orang sekeliling yang sayang dekat aku. Kuat sebab ramai orang sekeliling yang tak pernah berhenti bagi semangat dekat aku. Kuat sebab ramai orang sekeliling support aku physically and mentally. Yang sudi pinjamkan telinga dengar soksek-soksek aku, yang sudi bagi pinjam bahu tadah air mata aku, yang sudi layan turun naik emosi aku. Semua itu yang buat aku rasa kuat. Love. Itu baru betul orang panggil love.
Tadi borak-borak dengan adik rumet. Layan soalan dia pasal bidang yang aku study ni.
Master susah tak kak?
Nak sambung master ada interview eh?
Kenapa akak tak ada final exam?
Apa beza orang yang ambek master fulltime dengan part time?
Apa beza master coursework dengan research?
Apa beza thesis dengan case study?
Kenapa sem ni akak tak nak kerja?
Kenapa master punya passing level is B?
Kenapa tak C macam degree dulu?
Viva tu apa?
Akak buat research pasal apa?
Siapa yang akan bagi markah untuk thesis akak nanti?
The truth is, aku cuma nak bagi reason yang aku tak start buat assignment malam ni sebab seronok layan soalan adik rumet. Padahal actually memang spesis malas nak study dan rajin cari alasan. Terlalu rajin cari alasan sampai sanggup update dalam blog. Sekian.
Klasmet saye yang paling best sebab beliau suka sedekahkan markah beliau dekat saye dalam test, dalam grup assignment, dalam individual assignment, dalam presentation dan semualah. sebab tu saye sayang beliau sangat-sangat. nama beliau cik iema. single. tapi tak tahu available ke tidak.
tak sangka dah tua-tua begini perangai gila gambar dalam kelas masih tak hilang.
kalaulah dah namanya ocha...
p/s: saye tak boleh jawab soalan-soalan yang adik rumet saye tanya tu di sini kalau tak sembilanpuluhtujuh hari pun tak cukup nak skrol belog ni sekian bye!
p/s: saye tak boleh jawab soalan-soalan yang adik rumet saye tanya tu di sini kalau tak sembilanpuluhtujuh hari pun tak cukup nak skrol belog ni sekian bye!
No comments:
Post a Comment