BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Sebab hari ni hari sabtu, jadi I free sikit. Assigment pun semakin susut. Pintu syurga pun mula terbuka. Syukur alhamdulillah kerana dikurniakan ibu bapa dan teman seperjuangan yang faham betapa bukan senang jadi budak sekolah sebab orang yang tak faham dia akan ingat kita ni free sepanjang masa kalau tak ada kelas buleh berjimba tak hengat dunia padahal nak mengganti balik harga berjimba itu ialah duduk library duaplohempatjam, makan minum dekat library, pergi jamban library, solat dekat library, usya jodoh pun dekat library, kalau library blackout pergi lari dekat McD pulak, minum kopi bertingkek-tingkek, tidur pukul tiga empat pagi bangun balik pukul enam nak jumpa adik beradik sendiri pun tak sempat.
Sebab tu last week singgah Puncak Perdana ambek tomato lepak dengan beliau dekat SCM, tengok Frozen lepas tu makan Kenny Rogers, sebab tak tahu lepas ni bila bole jumpa sampai cuti sem nanti. Sebab actually ingat nak balik kampung sama-sama sekali beliau bagitahu beliau ada test seminggu berderet baguslah alamatnya anda tidak mendapat izin daripada kakak untuk pulang sebab kena paksa study untuk test. Dan selapas sekian lama gambar terperap dalam henfon, hari ni baru boleh update sebab hari ni baru free. Sorry tomato.
Sekian, semoga pandai jaga diri. Nama je ada kakak dekat Shah Alam ni tapi bukan jumpa hari-hari. So, along nak usya pointer kau macam mana first sem degree ni nanti. Kalau best, tengoklah. Along bagi kau hadiah abang ipar. Ok bye!
And publish.
2 comments:
amboi.. hadiah yang sangat lumayan..
abg ipaq teruih!
hadiah mahal kot... dah la susah nak dapat...haha
Post a Comment